Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL
Ketenangan Hati & Keredhaan Ilahi : Impian Abadi

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

11 OKTOBER 2006

ASSALAMUALAIKUM...

Doa Hari Kelapan belas

“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.” Sumber [Emedia]

Qiara

Hanya Padamu

Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

( korus )
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci


sumber: www.liriklagu.com
 

Buat isteri tercinta, abang amat menyayangimu.

 

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

10 OKTOBER 2006

ASSALAMUALAIKUM...

Doa Hari Ketujuh belas

“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.” Sumber [Emedia]

Tahniah rakan lama saya Dr. Mohd Hafiz Osman yang baru beritahu saya yang beliau sudah menimang cahayamata. Tahniah. Kalau nak jenguk bolehlah ke Laman berikut: [Hafiz]. Lama saya tak bertemu dengan Hafiz. Last sekali sewaktu majlis perkahwinan beliau tiga tahun lepas kalau tak salah. Tak ingat berapa hb dan maybe kena rujuk balik diari lama saya.

Alahmdulillah walaupun agak suntuk tapi saya cuba juga update Diari saya yang agak tak dikemaskini ni. Sedikit kisah saya. Hehehe... Kereta rosak. Entahlah kenapa rosak time macam ni. Mungkin ada hikmahnya. Habis lari bajet saya dan terpaksa pulak berhutang dengan adik. Saya tolong member caj bateri kereta kawan lepas tu bila kawan saya usik sikit pendawaian kereta dia terus berasap dan short ke kereta saya sampaikan fius putus. Sekarang fius dah ganti dan ada beberapa lagi minor problem. Bateri pun kena tukaq. Aduh!

Bab kerja, memang agak busy dengan modul patient accounting, modul yang paling saya benci tapi sebab kerja kena lah usaha dan cuba. Nak kena betul dari segi accounting dan juga of course dari segi flow.

Bagaimana dengan Ramadhan anda?

Alhamdulillah Ramadhan kali ni memang paling jimat bagi saya dan lebih baik dari tahun lepas cumanya kena sorang-sorang ja : ( Wife dengan baby kat kampung. Bapa mertua pulak sedang tunaikan umrah di Mekah. Mudah-mudahan selamat kembali.

Saya agak kekok nak menulis sebab dah agak lama tak menulis. Nantilah saya sambung lagi. Nak cari rentak menulis kembali. Sekian dulu buat masa ini.

Sesiapa yang nak Protes FAM boleh turunkan tandatangan anda di sini [Protes FAM]

Untuk paparan aktiviti saya [sila klik di sini]

WASSALAM...

09 OKTOBER2006

ASSALAMUALAIKUM...

Doa Hari Keenam Belas

“Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.” Sumber [Emedia]

WASSALAM...

08 OKTOBER 2006

ASSALAMUALAIKUM...

Doa Hari Kelima Belas

“Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.” Sumber [Emedia]

WASSALAM...
 

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][Arkib 2003][Arkib 2004][Arkib 2005][291][292][293][294]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Crimsonsky][Nana][Megat][Wawa Online][Islam selamanya][Airpool][Lalili][Ariep][Erniza][Shaukhi]

LAMAN HIJAUKUNING
Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2005
Provided by
Saiful Azrul Che Lah