Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


MARI BELAJAR PROGRAMMING QBASIC

Pembelajaran 'PROGRAMMING' menggunakan QBASIC dengan bahasa pengantar BAHASA MALAYSIA
Balik ke Halaman Utama

Apa itu Programming dan Apa itu QBasic©

Programming adalah satu bidang ilmu yang sangat bermanfaat. Apabila anda menggunakan komputer tentu sekali anda menggunakan program tertentu. Contohnya anda mungkin menggunakan Netscape© atau Internet Explorer© sekarang. Jadi tentunya program-program ini ada penciptanya. Penciptaan programlah yang dinamakan Programming dan Orang yang mencipta program itu pula dinamakan Programmer.

Apabila anda belajar di dalam kursus ini bermakna anda sedang belajar menjadi programmer. Anda tidak lagi hanya menggunakan program orang lain tetapi mencipta program sendiri untuk digunakan. Orang lain pula mungkin menggunakan program anda. Apa yang menarik sebagai programmer ialah anda bebas. Sebagai contoh anda mungkin mengidamkan sejenis game namun ianya tiada di pasaran...di mana anda nak cari...Anda boleh mencipta sendiri!!!...kemudian anda main sendiri...jika ada yang anda tak suka anda boleh ubah sendiri....kemudian jika anda mahu anda boleh menjualnya kepada kawan-kawan...atau menjualnya melalui internet.

Game Program, Graphic Program, Cipta Sendiri Program Anda, Belajar dirumah

QBasic© pula adalah program untuk mencipta program lain.Terdapat banyak program yang dapat mencipta program lain, antaranya adalah C++©, Cobol©, Fotran© dan lain-lain. Kita menggunakan QBasic© untuk mencipta Program kita sendiri. QBasic© adalah Dos© Program dan ia terdapat di dalam mana-mana komputer yang menggunakan Sistem Dos© . Ianya juga boleh dijanakan di dalam Windows 95© tanpa ada sebarang masalah. QuickBasic adalah bahasa programing yang paling mudah berbanding dengan bahasa programing yang lain.

Balik ke Halaman Utama