Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

This Site is written in Malay Language Only, thank you for visiting us.


MARI BELAJAR PROGRAMMING QBASIC

Pembelajaran 'PROGRAMMING' menggunakan QBASIC dengan bahasa pengantar BAHASA MALAYSIA
Selamat Datang ke Halaman Mari Belajar 'Programing'...Halaman yang pemberi peluang untuk Anak Melayu belajar menguasai komputer dengan lebih mendalam, bukan sekadar menggunakan program sedia ada tetapi mencipta sendiri program yang diingini....Halaman ini sesuai bagi pelajar atau
mereka-mereka yang mempunyai minat menjadi programer.

Game Program, Graphic Program, Cipta Sendiri Program Anda, Belajar dirumah

Bagi sesiapa yang meminati komputer adalah amat merugikan jika membiarkan masa berlalu begitu saja..Adalah lebih baik diasahkan otak dengan sesuatu yang diminati. Mari mendalami suatu alat yang teramat penting pada masa sekarang apatah lagi pada masa akan datang iaitu Komputer Programming.

Belajar Programming dapat menajamkan pemikiran. Ia juga dapat membentuk menjadi seorang yang berhati-hati kerana mencipta Program memerlukan kita berfikir dari banyak sudut dan memerlukan pemikiran yang mendalam. Namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil dipelajari terutama bagi generasi zaman sekarang.

Kursus ini dibuat secara umum, yaini sesuai untuk pelajar atau orang dewasa . Pembelajaran akan dilakukan secara teratur didalam satu program khas (mbp.exe) yang boleh dijanakan di dalam komputer dirumah anda. Sambil belajar pelajar akan diberi latihan membuat Game sendiri, program-program music, program-program graphic dan program-program lain yang menarik.

Bagi sesiapa yang berminat sila pergi ke Download untuk mencuba 'pembelajaran percubaan' secara percuma atau boleh teruskan dengan bermain program-program yang bakal anda cipta apabila anda mengikuti kursus ini. Untuk keterangan lanjut atau jika ada sebarang kemusykilan mengenai kursus ini sila E-Mail kepada kami dengan menggunakan alamat magiczu@pd.jaring.my.


Isi Buku Tetamu Lihat Buku Tetamu