Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 


TENTANG WEBSITE INI


 

 

Aku (Idzwan) adalah pemilik dan pereka website nie ataupun lebih glamer digelar sebagai webmaster. Segala yang ada dalam laman ini merupakan idea dan titik peluh aku sendiri. Buat masa ini, ianya di hoskan di server angelfire. Alamat rasmi laman ini ialah http://idzwan.cjb.net tetapi address tu ialah redirection address. Alamat sebenar tapak ini ialah https://www.angelfire.com/id/idzwan/newupdate.html

Aku buat website nie pakai komputer aku berjenama Fujitsu. Kengkadang aku guna pc kat ofis tumpangan aku nie iaitu Compaq Proliant. OS - Windows 98. Perisian untuk HTML editor aku pakai Microsoft Front Page 2000. Untuk grafik aku pakai Adobe Photoshop 5.0 dan untuk gif animation aku pakai Ulead GIF Animator

Grafik tu ada yang aku amik dari laman lain. Ader yang aku amik dari scream design. Polling ngan guestbook aku guna HTML Gear. Forum - aku guna cjb.net. Games - aku amik dari Adveractive. Santapan rohani - kebanyakan sumber dari Shamsuri Online. Counter aku ambik dari TheCounter.com manakala untuk search dalam site nie aku ambik dari atomz.com.

Laman nie memulakan operasinya pada awal tahun 2000. Jurnal pulak start pada Oktober 2000. Sekarang nie dah masuk versi 1.4 dan mulai versi 1.4 nie juga aku namakan website nie Higher Than Mountain, Deeper Than Sea.

Aku tulis guna HTML 4.0. Takdak Java Applet tapi Javascript melambak. Source dia aku amik dari Javascript.com. CGI pun takdak. ASP pun takdak. But i'm looking forward for it. Resolusi terbaik ialah 1024 x 768 dan paling best puashati kalau guna Internet Explorer 5 and above.

Aku berlanggan dengan TM-NET. Modem aku jenis SpeedCom 56K. Kalau kat UUM, aku guna segala perkhidmatan internet nie secara percuma. Bil internet kat umah, kadang-kadang aku bayar, kadang-kadang mak bapak aku bayar. Tapi selalunya mak bapak aku bayar laa. Jadik - selain UUM, penaja utama laman ini ialah parents aku. 

 

 

 

     
 

 

Laman Utama | Peribadi | Profil | Biografi | Family | Friends | Arkib Jurnal | Download  

Santai | Santapan RohaniFirdaus | Galeri Foto | Links | Message Board | Guestbook

 

 
 

Hakcipta Terpelihara Idzwan 2001