Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

 


Me, myself and I

 

All About Myself

Profil dan Biodata

Life History

My Great Family

Friends Forever

My Online Journal

Download

Just For Fun

Islam is Beautiful

Ke Laman Web Kumpulan Nasyid Firdaus

Koleksi Gambar

Chain Reaction

Papan Buletin

Buku Tamu

 

Cari Dalam Website Ini

 

 

P E M B U K A   B I C A R A

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Selamat Datang ke homepage aku nie. Dalam kita membangunkan website nih, kita tak mampu untuk memuaskan hati semua orang. So, aku nak mintak maaf awal-awal kalau taste korang ngan aku tak sama, anyway terimalah website ini seadanya. 

Diam tak diam rupanya dah lebih setahun usia website nie. Mulai bulan Ramadhan tahun nie, aku buat sedikit perubahan (minor jer) dari segi interface. So, aku naikkan taraf version dier kepada versi 1.5. 

Secara keseluruhannya, aku rasa homepage ini mungkin berguna kepada mereka yang ingin mengenali diri aku nie secara lebih dekat ataupun mereka yang ingin berkongsi minat dan informasi berguna dengan aku. Niekan zaman cyber, cara komunikasi dah jadik semakin canggih. Dan mulai bulan Oktober 2000 yang lalu, aku dah mula berjinak-jinak dengan online journal. So, kalau berminat, bolehlaa baca.

Nasihat aku pada korang, kalau korang nak menjelajah website aku nie dengan senang lenang, tolong la gunakan Internet Explorer 5.0 dan ke atas dengan resolusi piksel 1024 x 768.

Laaa...dah lama bersembang lupa lak aku nak perkenalkan diri. Kepada yang first time masuk, pemilik homepage nie...aku la tu... ialah Mohd. Idzwan B. Yacob.  

Aku nie sebenarnya merupakan bekas pelajar Sek Tinggi Kluang dan Sek. Men. Sains Muar dan merupakan graduan dalam bidang Teknologi Maklumat (Networking) dari Universiti Utara Malaysia. Baru jer konvo pada bulan November 2000 dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat master/sarjana dalam bidang Intelligent Knowledge Based System. 

Sebelum terlupa, aku nak maklumkan bahawa homepage ini aku dedicate buat family aku serta kawan-kawan yg dah banyak bantu aku. Kat dunia ni kita mana boleh hidup sorang-sorang yer tak?

Woopss...kepada rakan-rakan baru, yang mengenali aku hanya menerusi laman ini, terima kasih kerana melawat. Dan pastu biasalaa...ambik masa seminit dua... isi laa guest book kat bawah tu. Sepanjang website nie online...aku terima banyak kritikan dan pujian. Terima kasih laa kepada semua. 

Perancangan hidup aku lepas nie masih jauh lagik, setakat nie perancangannya nak habiskan aku punya master pastu kerja dan bantu keluarga. Ok la, tu jer la prakata aku untuk versi 1.4 nih...hopefully korang enjoy surf kat sini. Bye!! Wassalam.

 

Baca Jurnal Terkini

Ke Arkib Jurnal

 

Laman Idzwan (Versi 1.5) - Hak Cipta © 2000-2001 Mohd. Idzwan Yacob
Click here to read about this site.
Segala komentar, pendapat, ketidakpuasan hati, nak puji, nak kutuk, nak berkenalan atau apa saja yang berkenaan sila e-mail kepada idzwan22@lycos.com