Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 


PERIBADI


 

 


Sapa aku?? Haa...aku nie bernama Mohd. Idzwan Bin Yacob, dilahirkan sebagai seorang lelaki sejati pada 1 Ogos 1977 - mmm...maknanya aku dah berusia 24 tahun laa. Aku nie sejenis manusia yang cukup pancaindera, berfizikal sederhana, sihat mental dan berdaya saing (wuishh). Dari segi pendidikan, for the time being, aku merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia dan kini sedang menyambung pelajaran aku ke peringkat sarjana dalam bidang Kepintaran BUatan di universiti yang sama.

Section just want to describe my personality. Kepada yang tak kenal aku - aku nie jenis yang kurang ramah coz kalau baru berjumpa aku kekok sket nak berbual. Tapi kalau dah kenal - i'm very talkative, peramah. Aku jenis orang yang suka berkawan. Semua orang aku campur, yang tua yang muda, yang kaya yang miskin, yang baik yang jahat, semuanya aku buat member.  Aku nie pengemas. Actually aku suka semua harta benda aku dalam keadaan kemas. But it doesnt mean aku nie pembersih.. hehe. Actually, kotor sket takper, asalkan kemas! Aku nie juga tak suka orang berlagak atau nampak berlagak. Beware - nampak berlagak pun aku tak suka. Orang2 yang sombong dan suka berbangga dengan kuasa yang ada pada mereka merupakan jenis yang aku benci sangat. Aku jugak ada habit benci pada orang yang ketuk pintu kuat-kuat waktu aku sedang nyenyak tidur. Aku bukan jenis samseng dan tak suka pukul2 orang. Banyak problem aku suka simpan dan aku tak suka diskusi tentang masalah. Most of all, aku mungkin seorang penyabar but bila aku dah melepasi tahap kesabaran aku tuh, biasa nya aku baran dan kau takkan sangka betapa zalimnya aku... hehe. That why kadang2 aku pemarah jugak. Dulu aku jenis  pendendam selagi orang tu tak mintak maaf, but sekarang aku dah tak macam tu rasanya. Aku boleh consider bahawa aku pun bukan perfect sgt, apa salahnya maafkan orang.  Aku susah nak percaya pada orang. It takes time. Aku jenis yang mabuk darah. Aku tak merokok .... dan aku amat alergi pada asap rokok. Dan aku ni haaaa - boros. Teramatlah borosnya.  

Ciri-ciri kawan yang aku suka dah tentulah yang memahami aku dan yang sentiasa bersama bukan sahaja pada waktu senang tapi jugak dalam waktu susah. Aku suka kawan yang ceria, kreatif boleh buat lawak, kalau minat muzik lagik best! Aku suka yang kepala giller2 tapi ajaran agama tak dilupa. I mean kita remaja off course lah byk sikap keremajaan kita bawak tapi persoalan penting mcm solat itu tanggungjawab yang tak boleh diabaikan. Dulu aku ader join mamat skate yang nampak brutal, tapi bila waktu semayang semua gi surau.. it was cool.

Pasal hobi plak.. semenjak kecil dulu sukan yang aku ceburi ialah sepaktakraw, dan posisi kesukaan aku ialah Tekong. Kejayaan terbesar aku ialah menjadi Naib Johan antara universiti di UPM tahun 1997. Member aku, Saiful Nizam dan Fauzi Zainal Abidin antara pendorong aku main takraw coz sebelum tuh aku minat sangat main bola. Diorang la yang mencungkil bakat aku dan rupanya baru aku tahu yang aku nie ada potensi dalam sukan tuh. Tapi biasalah, bila terikat dgn study nie aku slow sket dgn sukan. Kalau aku training betul2 maybe aku sekarang nie dah wakil negara... Cheh! (angan-angan!) Hobi lain aku?? Aku minat main bowling. Markah tertinggi pernah aku dapat, kira rekod peribadi laa ialah 199. Area aku main - Sentosa Bowl (Alor Setar), Summit (Batu Pahat), Cheras Leisure Mall (KL). Aku juga suka tengok wayang coz aku minat dengan filem. Kat rumah jugak aku simpan beratus-ratus koleksi video cakera padat versi DVD filem2 yang aku suka.  Aku jugak suka surfing, buat website, jelajah website orang, jahanamkan pc sendiri dan main games. Aku jugak minat melancong. Aku suka travel dan melihat tempat orang. Tak kira lah pergi hutan ker, bandar ker, pulau ker.... Aku teringin sangat nak jelajah europe. Tengoklaaa...kalau ader rezeki nanti. Aku jugak suka menulis. But aku tak suka tulis cerpen atau novel, kebanyakan tulisan aku adalah artikel ilmiah. Dan tulisan aku penah tersiar di Utusan Malaysia, Berita Harian dan Majalah MASSA. 

Bahan bacaan kegemaran- majalah: Massa, APO?, Sentiasa Manja, Shoot, Match, Tamadun, Hai.

Kalau bab makan - aku suka nasi goreng cina + ayam masak merah or nasik goreng paprik. Sup ekor pun aku layan jugak.. hehe. Aku tak berapa suka sayur especially taugeh. Aku suka pada makanan laut kecuali kerang. My favourite was udang dan ketam. Ikan bakar was nice too. Aku tak suka cuba makanan yang pelik-pelik. So, jangan paksa aku... Minuman kesukaan aku - fresh orange, laici dan teh o ais. Aku tak minum air kacang soya dan off course - arak. Kalau kat kedai - kengkadang sarapan pun aku bantai air laici. Kalau aku lepak KL aku lebih suka fast food. Aku paling minat Kenny Roger Roasters, KFC, McD ngan A&W. 

Benda yang aku takder dan aku tak pernah buat: Aku takder kereta. Aku takder lesen kereta pun. What a pity - 24 tahun takder lesen kereta lagik. Takder kad kredit. Aku takder  binatang peliharaan walaupun aku suka kucing. Aku suka tengok jer, belai-belai nie aku alergik sket. Aku tak penah kawin. Aku tak penah isap dadah atau telan ecstacy dan aku tak penah mengundi dalam pilihanraya umum. 

Koleksi handphone - Mula-mula pakai NEC, 1998 pastu tukar Ericsson sekarang pakai Nokia. Aku dah 3 kali tukar no. telefon bimbit. Nie nombor ke-empat aku. Dan aku dalam proses berhijrah ke nombor ke-5 aku - Maxis maybe. Aku pakai komputer Fujitsu. That was entertainment. Kat rumah ader TV 30 inci + Astro + amplifier dgn 2 speaker besar. Memandangkan aku selalu bekerja di studio, maka aku amat alert dengan sound. Thats why aku mementingkan kualiti bunyi. 

My usual dressing - Pergi kuliah sini mcm korporat. So, pakai kemeja with the tali leher, seluar kasual, kasut kulit hitam. Kalau biasa-biasa nie aku suka pakai topi, T-Shirt, Seluar slack hitam, seluar Guys Creative banyak poket or seluar jeans, sandal or kasut kulit hitam or kasut camel yang aku baru beli raya lepas. Tapi kasut tuh selalu melecetkan kaki aku. Sometimes - kopiah hitam, baju raihan or t-shirt bodyfit hitam, seluar slack hitam. Aku guna beg duit - Guy Laroche. Jam tangan - Adidas. Minyak wangi - Calvin Klein dan Polo Sports. Minyak rambut - Brylcream. Syampu - Rejoice. Berus Gigi - Oral-B. Tali leher - Expand. Kemeja - macam-macam jenis. Haha... 

Pasal seni dan hiburan?? Aku dengar dan suka semua jenis muzik. Tapi aku benci sket kat dangdut dan death metal. Aku paling minat nasyid, R&B, rock & roll, pop etnik, hip-hop, world music dan off course pop komersial. Kat Malaysia aku respek P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Sheila Majid, M. Nasir, Dayang Nurfaizah, Innuendo, Too Phat dan Senario. Semenjak zaman Wings dan Search aku rasa Malaysia takder satu band rock yang betul2 bagus. Hampir ke arah itu maybe Exists. Aku jugak minat muzik Indonesia. Aku minat sangat dengan Melly Goeslow (Potret too), Chrisye, kumpulan Dewa, Padi, Gigi, SO7. Kalau luar negara tu aku minat kat Mariah Carey (dulu... hehe), Celine Dion, R Kelly, Nsync, Weezer, Stone Tempe Pilot,  Dream Theatre, Yanni, Eminem dan Boyz II Men. Aku jugak dengar muzik dari negara lain. Kalau Jepun tu aku minat Ayumi Hamasaki ngan X-Japan. Dan sekarang nie aku tgh giller dengan band rock n roll dari Thailand iaitu Loso. Mcm siot jer kan?? Hehe.. tapi serius muzik diorang best! Arranger2 muzik yang aku respek... Erwin Guttawa, M. Nasir, Firdaus, Eddie Marzuki, Paul Moss dan Roslan Aziz, Kalau fasal filem - aku minat filem arahan James Cameron, Shyamalan dan Frank Darabont. Kat Malaysia aku minat filem arahan Aziz M. Osman, U-Wei Hj. Shaari dan Shuhaimi Baba. Kalau pelakon lak aku minat Julia Roberts, Al-Pacino, Robert De Niro, Susan Sarandon, Samuel L. Jackson, Michael Douglas ngan Harry Joel Osmont.

Aku jugak peminat fanatik bolasepak. Aku penyokong setia Liverpool since zaman sekolah dulu. Favourite player aku ramai but most of them adalah midfielder coz aku rasa diorang adalah most tactical man yang kena ada kreativiti untuk mencorakkan serangan. From there where comes goal. Termasuk dlm fav aku ialah Patrick Viera, Steven Gerrard, Zinedina Zidane dan Beckham. Beckham was wonderful player tapi aku tak suka MU... hehe.

Yang aku sayang?? - Agama aku - Islam, family aku, kawan baik aku, negara aku, harta benda aku, bini aku dan anak-anak aku (akan datang.....) dan semua orang yang menyayangi aku.

Future plan - sekarang nie aku habiskan master aku yang tinggal lagi beberapa bulan jer pastu nak berkarier dan mungkin akan kawin dalam usia sekitar 25-26. Kerjaya yang aku impikan ialah lecturer di mana aku nak involve dalam research dgn lebih giat. Aku punya research interet was Neural Net, Data Mining, Intelligent Agent, Expert System, Intelligent Web Based. Aku jugak nak kumpul harta - esp. rumah dan kereta dan aku nak bantu family aku yang dah bersusah payah menyara aku. Aku jugak ada vision nak dapat phD before aku umor 30. Aku jugak merancang nak mengerjakan umrah dgn mak bapak aku before umor aku 30 jugak. 

Aku nak anak 3-4 orang. Bini pun 3-4  orang... oppsss...hehehe... takler, sorang cukup ler. Tapi itu semua hanya perancangan, apa yang telah Allah tentukan aku terima dengan hati terbuka.

 

 

 

     
 

 

Laman Utama | Peribadi | Profil | Biografi | Family | Friends | Arkib Jurnal | Download  

Santai | Santapan RohaniFirdaus | Galeri Foto | Links | Message Board | Guestbook

 

 
 

Hakcipta Terpelihara Idzwan 2001