Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


                BAB 10: EKOSISTEM TERANCAM.....

        PENGENALAN

        ANCAMAN TERHADAP
           EKOSISTEM

        JENIS DAN PUNCA
           PENCEMARAN

        KESAN RUMAH HIJAU

        PENIPISAN LAPISAN
           OZON

        PENGURUSAN DAN
           PEMBANGUNAN EKOSISTEM

        BAHAN RUJUKAN

        PENGHARGAAN

    BALIK

Kesan Pencemaran Air

  • bahan buangan domestik seperti kumbahan dari tandas dan bilik mandi yang disalurkan ke sungai , parit, dan kolam akan menyebabkan pembiakan bakteria yang membahayakan kesihatan manusia. Contohnya, bakteria Vibrio boleh menyebabkan pembiakan kolera manakala bakteria Salmonella boleh menyebabkan penyakit demam kepialu.
  • Bahan buangan industri sperti merkuri, arsenik, dan kadmium dapat mengancam kesihatan manusia. Sebagai contoh, di Minamata, Jepun , penduduknya telah mati kerana termakan ikan yang diracuni merkuri oleh sebuah kilang plastik. Racun ini juga boleh mengakibatkan kekejangan, kelumpuhan serta pemusnahan fungsi organ,penyakit kanser dan mutasi pada bayi yang dilahirkan.
  • Pertumbuhan tumbuhan akuatik akan terencat atau terpupus lalu menjejaskan rantai makanan yang membawa kepada kepupusan haiwan akuatik yang lain. Contohnya, bahan agrokimia memusnahkan fitoplankton dan zooplankton yang merupakan makanan asas banyak organisma


      Buka/Tutup
  • Minyak dan sampah sarap yang terapung di permukaan air mengurangkan penembusan cahaya matahari dan resapan oksigen ke dalam air dan mengancam kehidupan akuatik.

SETERUSNYA