Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


                BAB 10: EKOSISTEM TERANCAM.....

        PENGENALAN

        ANCAMAN TERHADAP
           EKOSISTEM

        JENIS DAN PUNCA
           PENCEMARAN

        KESAN RUMAH HIJAU

        PENIPISAN LAPISAN
           OZON

        PENGURUSAN DAN
           PEMBANGUNAN EKOSISTEM

        BAHAN RUJUKAN

        PENGHARGAAN

    BALIK
  • Tumpahan minyak di laut akan menutupi permukaan air dan menghalang resapan oksigen dan penembusan cahaya matahari ke dalam air. Burung laut juga akan mati kerana minyak itu akan melekat pada bulu mereka dan menghalang mereka daripada terbang serta memusnahkan perlindungan semulajadi mereka terhadap cuaca sejuk dan sesetengah bahan pencemar.apabila burung laut itu cuba membersihkan bulunya, mereka mungkin mati kerana tertelan minyak itu.
  • Eutrofikasi merupakan pengayaan sumber air dengan nutrien yang membolehkannya menyokong pertambahan populasi tumbuhan hijau.Eutrofikasi meningkatkan kadar keperluan oksigen biokimia . Penggunaan bahan kimia semakin meningkat dalam bidang pertanian. Bahan kimia ini yang mengandungi garam nitrat dan fosfat yang menggalakkan pertumbuhan alga akan dialirkan air hujan ke sumber air. Apabila alga ini mati, tindakan pereputan oleh bakteria saprofit akan menggunakan oksigen dan menyebabkan kandungan oksigen dalam air berkurangan dan membunuh haiwan akautik.
  • Hidupan laut yang beracun akan membunuh manusia.Rantai makanan akan terjejas lalu menjejaskan keseimbangan ekosistem.




      Buka/Tutup


Kesan daripada tumpahan minyak

* keperluan oksigen biokimia atau B.O.D ialah jumlah oksigen yang diperlukan oleh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat untuk menguraikan bahan organik dalam air. Nilai B.O.D yang rendah menunjukkan kualiti air yang baik kerana kandungan oksigen yang larut dalam air adalah tinggi dan air tidak tercemar(nilai B.O.Dnya kurang daripada 1 mg/L)manakala nilai B.O.Dyang tinggi menunjukkan kualiti air yang tidak baik kerana terdapat banyak bahan organik dalam air serta bakteria dan kulat pengurai yang menggunakan oksigen dalam air.

SETERUSNYA