Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« May 2005 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
Entries by Topic
All topics  «
Srabut Info
Srabut Mistik
Srabut Tech
You are not logged in. Log in
Komuniti Srabut
Sunday, 8 May 2005
Tips Menghadiri Audition Realiti TV
Mood:  on fire
Topic: Srabut Info
Jika sebelum ini, kita telah mempelajari tips penghasilan nyanyian yang baik, kali ini kita akan mempelajari tips untuk menghadiri sesuatu 'audition' itu sendiri. Bagi anda yang berhasrat untuk menghadiri 'audition' bagi rancangan realiti nyanyian seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Bintang RTM, Audition dan lain-lain lagi, anda digalakkan untuk membaca artikel ini. Peringkat audition ini adalah sesuatu yang merisaukan, sehingga penyanyi professional pun kadangkala bersetuju dengan pendapat ini. Memilih apa yang hendak dinyanyikan dan apa yang perlu dipakai memeningkan kepala. Kepada mereka yang belum pernah menghadiri sesuatu audition, ia adalah suatu peringkat yang penuh dengan tekanan dimana anda perlu menunggu berjam-jam sebelum giliran anda. Jadi bersedialah. Memilih Lagu: Janganlah memilih lagu yang belum pernah anda nyanyikan. Persembahan anda akan kurang 'sengat' dan dalam keadaan tertekan, anda mungkin terlupa lirik. Nyanyikan lagu yang anda selalu nyanyikan dimana liriknya anda telah lama dihafal supaya lebih berkeyakinan. Pilih yang bersesuaian dengan suara anda. Selain itu, pastikan ada beberapa lagu sebagai 'back-up' untuk menunjukkan kemampuan suara dan versaliti anda. Pastikan lagu itu sesuai dengan audition yang dihadiri supaya tiada kelihatan di TV, seorang peserta yang menyanyikan lagu raya/patriotik. Audition selalunya dilakukan di ruang kosong tanpa iringan muzik dimana kesilapan suara anda adalah mudah untuk dikesan. Jadi, keluarkanlah suara anda dengan sepenuh hati tanpa rasa segan. Pakaian: Tiada peraturan umum, namun pastikan ianya selesa untuk anda kerana anda perlu menunggu lama. Pastikan ianya bersih. 'Track-suit' adalah dilarang melainkan ianya bersesuaian dengan konsep yang dibawa seperti rap/dance/hip-hop. Kasut tumit tinggi juga tidak digalakkan. Jangan pakai pakaian yang mengganggu anda menyanyi seperti pakaian ketat yang boleh menghalang pernafasan yang lancar. Mikrofon, Kamera, dll: Jangan cuba menguatkan suara semata-mata berharap ianya dikesan mikrofon kerana mikrofon yang digunakan selalunya sensitif terhadap bunyi. Lantai akan ditanda dimana peserta perlu ada dikawasan itu untuk memudahkan kamera TV mengambil gambar anda. Jangan berdiri sesuka hati anda. Kamera bergerak mungkin ada dan jika dihampiri, jangan melatah dengan cuba menolak, sebaliknya, bersama-samalah berinteraksi dengan kamera. Persediaan: Bersedia dan persembahkan sesuatu yang mencapai kemampuan anda kerana persaingan anda adalah hebat. Ingatlah yang anda akan menyanyi dihadapan orang yang tidak dikenali. Sediakan santapan ringan, air kosong, wang lebih dan lirik. Jika ada bawa juga radio kecil/mp3 player untuk mendengar lagu anda. Jika anda ke lokasi audition dengan bas/komuter/LRT, pastikan waktu anda tetapkan dengan baik. Datang awal supaya dapat berehat dan bersedia. Di Lokasi: Berjumpa dengan penganjur secepat mungkin, daftar dan ketahui jarak waktu giliran anda. Jangan menyanyi sepanjang masa anda menunggu. Pandang hadapan dan lihat ke arah juri yang akan memulakan/menghentikan nyanyian anda. Tumpu pada persembahan anda dan buat yang terbaik. Jika salah, jangan berhenti (kecuali disuruh) teruskan nyanyian anda. Bila juri komen persembahan anda, jangan membalas atau bersikap kurang ajar kerana ini akan memusnahkan peluang anda dilain waktu. Jangan kecil hati jika tidak terpilih. Berusahalah lagi! Semoga Berjaya.

Posted by srabut at 12:01 AM JST
Updated: Friday, 6 May 2005 5:18 AM JST
Post Comment | Permalink | Share This Post
Saturday, 7 May 2005
JADUAL LATIHAN
Mood:  special
Now Playing: RED 01/05/05 Kursus Linux Fedora - Internet Services
Topic: Srabut Info

Tarikh: 21/05/2005 - 22/05/2005
Masa: 8.30 am - 5.00 pm
Tempat: Makmal Teknikal MYSIG

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan hendaklah diemailkan kepada Sekretariat atau hubungi di talian 03 40241718/secretariat@mysig.org.my

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

Posted by srabut at 12:01 AM JST
Post Comment | Permalink | Share This Post
Friday, 6 May 2005
JADUAL LATIHAN
Mood:  special
Now Playing: RED 02/03/05 Kursus Linux Fedora - Network Services
Topic: Srabut Info
Tarikh: 14/05/2005 - 15/05/2005
Masa: 8.30 am - 5.00 pm
Tempat: Makmal Teknikal MYSIG

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan hendaklah diemailkan kepada Sekretariat atau hubungi di talian 03 40241718/ secretariat@mysig.org.my




Posted by srabut at 5:05 AM JST
Post Comment | Permalink | Share This Post
Wednesday, 27 April 2005
Windows Tips, Tricks, and Secrets
Mood:  vegas lucky
Now Playing: A New Thumbnails View
Topic: Srabut Tech
The Thumbnails view in Windows XP has a new twist. If a folder contains imges saved in a common web format, XP wil create an icon for the folder that displays up to four of the images it contains. To show a single image, right-click on the folder icon, choose "Properties" and click on the "Customize" tab. Under "Folder Pictures", select "Choose Pictures", select the picture you want to open in the thumbnail and click "OK".

Posted by srabut at 12:01 AM JST
Post Comment | Permalink | Share This Post
Monday, 25 April 2005
Pengumuman Penting Komuniti Srabut
Terima Kasih kerana masih bersama Komuniti Srabut. Ini adalah halaman sokongan. Atas sebab-sebab teknikal halaman utama tidak dapat beroperasi seperti biasa. Kepada ahli Komuniti Srabut serta kepada mereka yang mengikuti perkembangan kamuniti ini ribuan kemaafan dipohon jika menghadapi kesukaran untuk mengakses kehalaman utama..http://srabut.myphpnuke.org. Sebarang pertanyaan sila email ke srabut@i.am HARAP MAKLUM


Posted by srabut at 12:01 AM JST
Post Comment | Permalink | Share This Post

Newer | Latest | Older