Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Sejarah Penubuhan

Ynng baik itu datangnya dari ALLAH

 

Anugerah ilham untuk menubuhkan sebuah kelab penulisan kreatif telah berputik di hati saya semenjak mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Perak,Kuala Lumpur lagi. Namun ianya agak terpendam dan beberapa kerenah membuat ianya menjadi kurang subur.Kepulangan saya ke Terengganu pada tahun 1998 bersama rakan seperjuangan Ustaz Rufaifa daripada S.K.Bukit Nanas(banyak berkongsi idea dan sering bersama dalam pelbagai bengkel dan kursus) idea ini menjadi lebih perkasa.Dua buah Kelab Penulis Tunas telah didirikan di sekolah masing-masing.S.K.Bukit Nanas pada tahun 1997 dan S.K.Seri Budiman 2 pada tahun 1998.

Restu dan galakan yang diberi oleh Guru Besar,Encik Ngah bin Ibrahim telah membuka ruang yang luas untuk penubuhannya.

Tanggal keramat 11 Julai 1998,Bengkel Penulisan Kreatif anjuran bersama Kelab Bestari telah mencipta nama Penulis Tunas Seri Budiman 2.Seramai 20 orang peserta bengkel telah diserap secara automatik sebagai kelompok sulong.

Bengkel selama 3 bulan ini telah dijadikan dataran menggali bakat yang terpendam dan menyuburu bakat yang sedia ada.

 Pada tanggal 17.11.1998 pula adalah tarikh bersejarah dalam episod Kelab Penulis Tunas Seri Budiman 11apabila ianya dilancarkan secara rasmi oleh Dato Abdul Rashid Bin Ngah,Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan pembangunan Manusia,Negeri Terengganu.

Harapan saya semoga lebih banyak penubuhan Penulis Tunas ini di Malaysia dan ianya dapat terus bergandingan bahu dalam memartabatkan

dunia sastera tanahair.

Harapan yang lebih panjang ialah agar golongan Penulis Tunas ini akan diwarnakan dengan secantik-cantik warna dan akan menjadi tunas yang subur dan bisa mengantikan golongan penulis sekarang..insya ALLAH.

 

AMIR AKRAM A.M

PENGERUSI PENULIS TUNAS SERI BUDIMAN 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BUDIMAN 2

20400 JALAN SULTAN MAHMUD

KUALA TERENGGANU.

 

Lain-lain Sejarah

Penciptaan logo dan slogan

Karya ahli