Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Antara karya awal hasil bedah idea dan minda ahli bersama pembimbing

 

Sekeping kad kemajuan

dahulunya…

sekeping kad kemajuan

tersurat satu keputusan yang sungguh memilukan

 

bagaimana perasaan ibu dan ayah

dengan keputusan itu

sudah berkali-kali aku mengecewakan

mengoyak harapan semua yang meyayangi

 

tetapi aku berjanji

aku akan belajar daripada kesilapan silam

menganyam kesabaran demi kesungguhan

 

kini keputusan di kad kemajuanku

tidak lagi mengecewakan

tetapi dakwat hitam kembali

memadamkan warna merah

bkan sekadar lulus

tetapi cemerlang

 

aku bersyukur dan berbangga

bahawa tidak mudah kecewa

adalah penunjuk jalan

ke arah sebuah KEJAYAAN

 

karya;

Najwa Mustafa

Ilmu

Ilmu

Kau adalah mentari menyinari hatiku

Tanpamu diriku akan kegelapan

Ilmu

Semua insan perlukanmu

Kerana kau adalah cahaya setiap insan

Ilmu

Setiap insan di dunia ini

Pasti akan mencarimu

Kerana kau akan mengubah hidup insan

Ilmu

Apabila hari panas

Kau menjadi angin untuk mengubat hati insan

Ilmu akan ku carimu

Hingga berakhir hayatku

Ilmu

Kau tetap milikku

Karya:

Daniel Faiz B.Ngah

UPSR

U ntuk menghadapinya aku perlu tekun

P unya hati yang tabah

S entiasa berdoa kepada Ilahi

R ajin membaca dan mengulangkaji

U.P.S.R

Engkau datang sekali seumur hidupku

Biarlah kedatanganmu ku sambut dengan cemerlang

Hari demi hari

Bulan kian hampir

Penantianku makin terasa

Ketika melangkah ke dewan peperiksaan

Kubawa bersama

Sedulang harapan ibubapa-guru-keluarga

Seberkas keyakinan

Setadah doa

Niatku hanya Saturday biar kejayaanku

Menjadi milik semua

Biarku menjadi insan berguna

Yang berbakti

Kepada agama,bangsa dan negara.

Karya;

Nurul Solehah Ismail

Pokok

Pokok

Dirimu tumbuh merata-rata

Menhijaukan bumi ini

Ada yang tinggi

Ada yang rendah

Umpama manusia

Kaya-miskin

 

Pokok

Dirimu membelkalkan oksigen

Dan dirimu pula dibekalkan karbon dioaksida

Saling tolong menolong

Menjadi amalan hidupmu

Antara kita dan pokok

Tuhan tetap Satu

antara kita dan pokok

Semuanya

Satu matlamat

Hidup untuk beribadat

Tiada perbezaan

Kecuali amal taqwa

 

Karya;

Noor Hafizah

 

 

Puisi Khas Buat Ibu

Terima kasih ku ucapkan

Kerana budimu

Lantaran mendidikku

Membentuk akhlak

Dengan lembut tangan membesar daku

 

Kini..ungkapan nasihatmu masih tergiang-giang

Di telinga yang pernah kau pulas

Tidak sia-sia usahamu

Bermelodi indah

Mengajar daku

Merangkak dan bertatih-bercoloteh-memakai kasut(kadangkala lainsebelah)

Dari buaian hinggalah aku dewasa

Ibu

Walau kita terpisah

Oleh janji tuhan

Aku berjanji

Sentuhan didimu itu

Akan kutitiskan

Untuk zuriatku

Agar mereka kenal erti

Nilai dan kehidupan

 

Karya;

Mohd.Hafizullah Alias

Lautan Kehidupan

Tiupan pawana menggerakan bahtera kehidupan

Lalu bergeraklah ia di lautan berapi

Yang penuh cabaran

Yang penuh ramalan kehidupan

Ombak yang bergulung-gulung

Membuat bahtera kehidupan terumbang-ambing

Cuma kekuatan akal-iman yang kukuh

Mampu mengimbangi godaan

Lalu semakin hari bermakna semakin hampir kita

Untuk bertukar lautan

Sampai masa akan kembali kepada.Nya

Persiapkan bahtera kehidupan

Dengan muatan yang berguna

Buangkan kotak-kotak yang tidak berfaedah

Moga kita akan bahagia

Bila sampai di sana nanti.

Karya:

Mohd Sulaiman Nordin

Lain.lain karya..boleh ditatapi di pelbagai majalah dan akhbar tempatan..insya Allah.