berikut
ini ada perincian tabiat lelaki itu
berdasarkan
bintang masing-masing
| Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja ,pada badanya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementinkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita,tambahlagi dia merupakan seorang yang panas darah ,maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syawatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan da bernafsu.Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati curiga dan marah-marah Taurus
Gemini
Cancer
Leo
Virgo
Libra
Scorpio
Sagittarius
Capricorn
Aquarius
Pisces
|
Mengenal Lelaki dari anggotanya
| Kulit |
Warna kemerahan tanda pemarah , daya fikir lemah , tidak tetap dalam melakukan pekerjaan .Warna kehijauan kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selelsai .warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuanya .warna kulit yang sangat putih yanda penyakit dan kekurangan darah .selain dari itu melambangkan kelakuannya baik. (Kalau ada yang menggunakan 'Fair & Lovely' macam mana nak kira ni? |
| Rambut |
Jika rambut kasar dan keras , itu tanda berani dan otaknya sihat . Jika hitam dan hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna (tapi sekarang ni dah ada banyak pewarna rambut ... macam mana plak tu?) |
| Kepala |
Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal .sederhana tanda berpengetahuan . terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurus nafsu kurang akalnya (kalau yang cacat kepala terbesar atau terkecil?) |
| Dahi |
Dahi luas tanda bijak dan sempurna akalnya .sederhana luasnya dan berketus tanda pengasih dan berani .dahi yang kecil tanda kurang akal .dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah |
| Mata |
Mata Yang jarang di kerdipkan tanda bijaksana .mata besar tersembul tanda tamak dan tidak di percayai,dan dia ingin memiliki harta orang lain .Mata yang merah tanda berani tetapi kurang akal .Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda di kasihi oleh manisia lain serta panjang umur.Mata yang kerapa di kerdipkan tanda pemaaf .mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan |
| Hidung |
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Hidung yang rendah dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang hidung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hidung yang luas tanda dengki dan pemarah. Hidung tebal ditengahnya tanda pendusta. Hindong bongkok tanda manusia yang paing jahat. Hidung mancung tanda bijak dan sempurna akalnye serta penyayang. |
|
Bibir |
Bibir yang tebal tanda kurang berakal .Bibir yang nipis tanda suka menghasut .Bibir yang merah tanda sihat.<merah keputihan tanda berakal dan mudah faham.Bibir pucat tanda putus asa dan berpanyakit .Bibir hujau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram |
| Gigi |
Panjang dan besar tanda pendusta .sederhana tanda sempurna kelakuanya.Sempurna rapat tanda jujur. |
| Dagu |
Dagu yang luas tanda takbur.Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat .dagu sederhana tanda sempurna kelakuanya . |
| Suara |
Nyaring tanda berani.Perlahan tanda pendusta dan bebal .Tidak tetap tanda bunyi bodoh .Suara yang merdu tanda jujur tapi kurang bijak. |
| Mulut |
Mulut yang kecil tanda bijaksana .mulut yang luas tanda berani mulut yang sederhana tanda sempurna akalnya . |
| Telinga | Telinga yang besar tanda berakal tetapi lekas marah .Telinga kecil tanda kurang akal .Cuping telinga yang melekat tanda kejam |
| Bahu | Bahu besar tanda kurang akal tapi tanda berani .Bahu yang singkat tanda sukakan pekerjaan yang jahat .nelikat bahu yang di tumbuhi bulu roma tanda kuat berjima’. |
| Belakang |
Belakang yang lebar tanda keras hati ,takbur dan pemarah ,Bongkak tanda gigih dan bijaksana .Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana . |
| Leher | Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta .Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit .Leher besar tanda suka berolok olok tetapi berani.Urat leher yang timbul tanda pemarah. |
| Dada |
Dada yang sederhana tanda berakal.Dada yang di tumbuhi bulu tanda kurang berakal dan suka melalkukan perkara jahat. |
| Lidah |
Lidah yang panjang tanda fasih bertutur. |
| Lengan |
Lengan yang panjang ke lutut tanda pemarah .berani, berjaya dalam kerjanya tapi takbur dan suka meninggi diri .lengen yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat. |
| Tapak tangan |
Berjari panjang tanda berani dan berakal .Tapak tangan yang lembut tanda tanda mudah memahami.tapak tangan yang nipis tanda kurang akal. |
| Jari |
Jari yang panjang dan lebar tanda kuat .Jari yang pendek tanda bebal Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman |
| Perut |
Perut yang besar tanda tidak malu dan berpenyakit .Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat. |
| Pinggang |
Pinggang yang lembut tanda berani.Pinggang yang tiada daging tanda keras hati dan takbur. |
| Betis |
Betis yang sederhana tanda sihat |
| Kaki |
Kaki yang sederhana tanda sempurna akal .Kaki yang kecil tanda fasik.kaki yang besar tanda bodoh. |
| Tumit |
Tumit yang besar tanda sihat .Tumit yang sederhana tanda suka berbuat kebajikan .tumit yang kecil tanda kurang sihat. |
| Langkah |
Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaanya.langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal. |
| Demikian mengenai mengenal lelaki menerusi bentuk anggota tubuhnya, yang mana ianya merupakan pengetahuan yang di praktikan oleh orang orang melayu zaman dahulu dalam aspek pergaulan .Walaubagaimana pun ,ini merupakan falsafah –falsafah umum .banyak lagi aspek aspek lain yang perlu di ketahui sebelum membuat rumusan .mengenai personaliti seorang lelaki. |
undur ke Firasatku 1 |
kembali ke manu galaksi |
maju ke Firasatku 3 |