|
Lahirnya
anda dalam keluarga
Ahli psikologi
telah merangka beberapa panduan bagi menilai diri anda berdasarkan kedudukan
anda dalam keluarga. Mungkin anda anak tunggal, ini akan membawa kesan
yang berbeza-beza kepada sikap anda. Personaliti insan terbentuk sejak
dari zaman kanak-kanaknya, paling banyak dari personaliti ini terbentuk
ketika belum bersekolah. Catatan ini hanyalah berkaitan dengan keadaan
jika anda hanya memiliki dua beradik:
Lelaki yang mempunyai
abang.
Dia
cuba meniru tingkahlaku abangnya. Dia akan bersifat kelakian dan amat sedikit
sifat kewanitaanya pada dirinya, tidak mudah takut, nakal, suka bersukan
dan mungkin melibatkan diri dalam sukan yang berisiko tinggi, serta memilih
kerja keushawanan di bidang jualan, pengeluran atau bank.
Lelaki sulung yang
mempunyai adik lelaki
Dia
mempunyai sifat kelakian yang tinggi,tapi agak penakut, setia dan suka
mendominasi.meraka ini cenderung untuk bersetuju kepada keputusan yang
salah sekiranya keputusan itu di berikan oleh yang sama status dengannya.
Lelaki yang mempunyai
kakak
Ada
yang berpendapat bahawa lelaki ini banyak mempunyai sifat kewanitaan dan
banyak bergantung kepada orang lain .Tatapi kajian yang lain mendapati
walaupun mereka ini sedemikian sikapnya ,ianya hanya ketika kecil,apabila
umur lelaki ini menjangkau 18tahun ,dia mula membentuk sifat kelakian yang
lebih jelas.
Lelaki yang mempunyai
adik perempuan
Sifat
kelakianya tinggi .Sifat kelakian ini teguh dalam diri mereka dan ini membuatkan
mereka merasa selamat menjalankan rol sebagai lelaki.
Lelaki
atau laki-laki.
Mengenal lelaki secara
umum.
Seorang
lelaki tidak sama dengan seorang wanita.Lalaki juga tidak akan menjadi
wanita dan begitulah sebaliknya.ramai wanita menganggap bahawa lelaki sukar
di fahami ,begitu jugaklah pendapat lelaki .berikut di catatkan apakah
sifat –sifat secara umum di mana banyak antaranya di catat dlam buku tulisan
Bob berkowitz
Hidup Lelaki Lebih
Mudah
Lelaki
lebih mudah hidupnya berbanding wanita .Kerana itu lelaki sukar untuk memahami
jika sesuatu perkara itu di sampaikan dalam bentuk kiasan .Wanita suka
mengkias ibarat dan berharap lelaki faham,tetapi lelaki lebih suka jika
ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas,secara berterus terang.Sekiranya
wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara,tanyalah secara terbuka kepada
lelaki.
Bahasa lelaki adalah
berlainan
Lelaki
bercakap dengan bahasa yang berlainan .Ini menyebabkan lelaki dan wanita
sukar berkomunikasi antara satu sama lain .apa yang lahir dari kata-katanya
,jika dia bercakap dengan wanita ,adalah berbeza dari apa yang di lakukannya
berbanding dari apa yang di katakanya .Lelaki tidak pandai melahirkan rasa
hatinya dalam bentuk kata.
Lelaki suka membisu
Wanita
berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan
sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki masih lebih
suka untuk menyembunyikan dan membisu.
Lelaki tidak kompleks
Jika
terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seseorang lelaki hanya mahu
wanita menjaganya,mengemas rumah,menyediakan makanan untuknya dan melakukan
jima’ secara kerap dengannya,wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki
tersebut mahu.Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif,tetapi
lelaki memang sedemikian .wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks
,tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
Jangan paksa lelaki
Bila
wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaanya ,mungkin lelaki itu
akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya .Maka
adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi .lebih
baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki ,matanya,atau perubahan corak
perlakuanya .Jika dia pada kebiasaanya suka membaca tidak melakukannya,mungkin
pada ketika itu fikiranya sedang kacau
Lelaki berahsia dengan
lelaki lain
Tidak
sebagai mana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita lain
mengenai maslah ,harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi,adalah
sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa.untuk
melakukannya ,lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.
Lelaki pentingkan kejujuran
Jika
lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya
,besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai
hal-hal rahsia kepada isterinya.kejujuran adalah penting bagi lelaki .Dia
mahukan isterinya menyimpan rahsia –rahsia rumahtangga.
Lelaki tidak suka di
kritik
Jangan
mengkritik lelaki ,melainkan jika anda bersedia untuk bertikam lidah dengannya.lelaki
tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan .mengkritik di belakangnya
, contohnya saudara atau kawanya ,mungkin dapat mengelakan kofrantasi serta
merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut di sampaikan
kepadanya .cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka
dan lembut .cara lelaki merngkritik adalah berlainan ,dan ia jarang di
lakukan olah lelaki .Bila lelaki mahu mengkritik lelaki ,elok jika kritikan
itu di gabungkan dengan sedikit pijian .
Lelaki juga mahukan
sokongan
Bila
lelaki menghadpai masalah dan mengadu pada wanita ,wanita harus memberitahu
lelaki itu bahwa dia masih di perlukan .Lelaki mahukan keselesaan perasaan
,sokongan seerta kata-kata "saya cintakan abang.." dan ‘Tidak kira apa
yang terjadi ,saya tetap bersama abang..’
Lelaki dan ego
Ramai
lelaki menunjukan egonya di dua dua masa pertama di dalam kerja ,dan kedua
di atas ranjang.ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan .tetapi sebaik
baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suaminya.Wanita yang menyemarakkan
api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu.lelaki mahu wanita memberitahu
bahwa sumbangnya diiktiraf dan di nilai .Jika anda tidak menyatakan kepadanya
,siapa lagi .Jika anda mempertinhkatkan ego lelaki ,ia membuatkan lelaki
merasa sennag dan setiap orang di sekalilingnya akan mendapat feadah ,terutamanya
yang di cintainya.
Mengenal
lelaki melalui empat unsur kejadian
Angin
Sifat
angin di kaitkan dengan jenis pemikir .ia di golongkan sebagai sifat kelakian
(masculine).Lelaki berpegang kepada teori ,tidak mudah terpengaruh oleh
pendapat orang lain,objektif ,rasional,menghadapi kesukaran untuk melibatkan
emosi,menghargai kebolehan intelektual mahukan kebebasan ,mempunya mentaliti
ambil mudah ,sukakan fakta dan figura.
Api
Sifat
api di kaitkan sebagai jenis ituisi ( kebolehan mengetahui sesuatu melalui
bisikan kalbu ).Ia di golongkan sebagai sifat kelakian .pentingkan diri
,megah ,bersemangat tinggi ,kompetitif,perlukan ruang,kebudakan atau kurang
matang ,keras hati,kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu ,sentiasa
sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisikio mampu melihat kemungkinan
masa depan
Tanah
Sifat
tanah di kaitkan sebagai jenis deria.i atergolong sebagai sifat kewanitaan
Orang yang menyedari keujudanya di sini dan kini ,menghargai kebendaan
keras hati ,sabar ,displin diri,berhati –hati ,boleh di harap ,ia tidak
tegas ,cekap percaya hanya perkara yang boleh di capai oleh deria.
Air
Sifat
air dikaitkan dengan jenis perasa .Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan
lemah lembut ,dalam perasaanya, mengasihii,memaksa, penakut, kepala angin
, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami,
tidak tamak aristik. |