Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 1965. Oleh sebab bangunan sekolah ini belum dapat disiapkan, pelajar sulung sekolah ini telah ditumpangkan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Pumpong dan Sekolah Kebangsaan Seri Amar Di Raja, Alor Merah. Bangunan yang sedia ada sekarang ini mula digunakan pada 1Januari 1969. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Alor Merah, kemudian ditukar kepada Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik pada 24 April, 1975, mengambil sempena nama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman. Bangunan sekolah yang sedia ada sekarang dibina di atas kawasan seluas 15 ekar dan terletak kira-kira 10 kilometer dari Pusat Bandar Alor Setar.

Sejak tahun 1965 hingga sekarang, sekolah ini telah ditadbir oleh 8 orang pengetua. Pengetua sekarang, Tn. Hj. Morazuki Bin Hashim, mula bertugas sejak tahun 1999. Staf akademik sehingga bulan Disember 1998 berjumlah 108 orang termasuk 75 orang guru siswazah. Staf sokongan pula seramai 22 orang. Semua staf menjadi ahli Majlis Muafakat untuk merangka pembangunan bersepadu sekolah.

Kini, bilangan pelajar sekolah mencapai angka 2,000 orang. Majoriti pelajar di sekolah ini berbangsa Melayu iaitu seramai 1700 orang, selebihnya ialah pelajar daripada kaum Cina dan India. Mereka datang daripada pelbagai latar belakang sosial dan ekonomi. Namun sekolah ini amat berbangga menjadi wadah bagi pelajar-pelajar yang kurang mampu mempersiapkan diri untuk masa depan, bersesuaian pula dengan gambar burung helang yang terdapat pada bendera sekolah yang melambangkan semangat berdikari serta lagu sekolah "Menuju Wawasan".

Sejak 1999, Sekolah ini telah menyediakan bilik khas untuk program inklusif iaitu bagi menampung pelajar-pelajar yang kurang upaya dari segi penglihatan. Sehingga kini terdapat 10 orang tenaga pengajar untuk program ini.

Sekolah ini mempunyai 30 buah bilik kelas untuk menampung 52 tingkatan dalam 2 sesi pagi dan petang. Pelajar tingkaran 3,4, 5, dan 6 pada sesi pagi sementara pelajar tingkatan peralihan, 1, dan 2 pada sesi petang. Terdapat 27 bilik yang diubah suai menjadi bilik-bilik khas untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:

9 buah Bilik Sumber

3 buah Makmal Sains Tulin

2 buah Makmal Sains KBSM

Sebuah bilik Pendidikan Seni <p ">mengindahkan kawasan sekolah.

Sekolah ini kerap mengadakan program perkembangan staf termasuklah program keagamaan kepada staf sokongan, setiap hari Sabtu. Banyak acara tahunan yang disambut bagi menggalakkan pengembangan potensi pelajar antaranya termasuklah Hari Sukan, Hari Ko-kurikulum, Hari Guru, dan Hari Anugerah Cemerlang. Aktiviti keagamaan pula termasuklah sambutan Maulid-ar-Rasul, Qiamulail, Ihya' Ramadan, dan Bina Insan untuk pembentukan sahsiah dan penerapan nilai murni seperti berdikari dan beragama yang menjadi objektif sekolah, Pelajar diasuh berdikari sehingga asrama sekolah mengamalkan 'konsep tanpa pekerja'.

Sekolah ini juga menganjurkan program-program motivasi untuk membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR, SPM, dan STPM. Untuk merapatkan hubungan guru-pelajar dalam rangka mewujudkan sekolah penyayang, sekolah mengadakan program Mentor-mentee atau projek Anak Angkat. Pelajar-pelajar sekolah ini aktif dalam kegiatan ko-kurikulum melalui penyertaan dalam persatuan akademik, kelab, dan badan beruniform. Segala aktiviti sekolah didokumentasikan dalam majalah sekolah IMEJ.

SMKTAM mengamalkan dasar pengurusan sumber yang menyeluruh sehingga berjaya menghasilkan 9 buah bilik sumber yang dilengkapi ruang bacaan dan bilik rujukan yang sempurna. Pusat Sumber sekolah ini menyimpan lebih daripada 20,000 buah buku rujukan di samping bahan-bahan bukan buku seperti akhbar, majalah yang berjilid, kertas peperiksaan, folio kerja kursus, pita rakaman, video, dan sebagainya. Selain perpustakaan, terdapat 8 buah lagi bilik sumber yang membantu peningkatan proses pembelajaran dan pengajaran.

Bilik Sumber 1 merupakan Bilik Bahasa Inggeris yang dilengkapi dengan bahan-bahan rujukan bahasa Inggeris termasuk alat bantuan mengajar.

Bilik Sumber 2 ialah Bilik Multimedia yang lengkap dengan bahan pengajaran yang moden seperti komputer, alat penyalin, panel LCD, televisyen, pita, dan alat perakam video.

Bilik sumber 3 pula merupakan bilik bahasa Melayu dan bahasa Arab. Bilik Sumber 4 pula ialah bilik sumber bagi mata pelajaran Geografi, Sejarah, Pengajian Islam, dan Pendidikan Moral.

Di samping itu terdapat juga studio Lukisan Kejuruteraan dan makmal CAD yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan termasuk 3 buah komputer, scanner, dan pencetak.

Kini, PSS sekolah ini sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat dari dalam dan luar negeri misalnya dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Selangor dan Perak. PSS ini juga pernah menerima pelawat dari negara Bangladesh dan Thailand.

Kewujudan PSS yang lengkap dengan internet dan sistem networking yang menghubungkan rangkaiannya ke beberapa tempat lain di sekolah ini didapati banyak memudahkan kerja-kerja yang memerlukan ambilan data dan maklumat kerana sistem komputer yang sedia ada memudahkan pengguna mengekses maklumat yang dikehendaki.

Segala kemudahan pendidikan yang dimajukan, environment sekolah yang dibangunkan, pemupukan emosi dan potensi yang dimantapkan menyumbang ke arah peningkatan pencapaian akademik pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Sebagai sebuah sekolah menengah biasa yang tidak mengambil pelajar secara bersyarat, SMKTAM berbangga dengan prestasi pelajar dalam PMR,SPM, dan STPM pada setiap tahun kerana mampu menunjukkan perubahan peningkatan dari segi kuantiti dan kualiti.

Disediakan oleh Encik Salleh Long

Tarikh kemas kini : 26 Januari 2000



Akademik
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris | Matematik | Sains | Sejarah | Geografi | Pendidikan Islam | Pendidikan Moral | Ekonomi | Ekonomi Asas | Ekonomi Rumah Tangga | Sains Pertanian | Kemahiran Hidup | Perdagangan | Prinsip Akaun |
Kesusasteraan Melayu | Pendidikan Seni | Lukisan Kejuruteraan | Pendidikan Jasmani & Kesihatan |

Sukan

Bola Sepak | Hoki | Bola Tampar | Badminton | Bola Baling | Olahraga | Sepak Takraw  | Memanah | Tae Kwon Do | Bola Jaring |

Kelab Dan Persatuan
Kadet Polis | Kadet Tentera | Unit Trafik | Kadet Remaja Sekolah | Kesenian & Kebudayaan | Pengakap | Bulan Sabit Merah | Kaunseling & Kerjaya | Siaraya | Fotografi | Sejarah | Alam Sekitar | Prostar | Bahasa Inggeris | Bahasa Melayu | Pend. Seni |
ERumahTangga | PRS | Kadet Bomba | Sains & Matematik | Koperasi Sekolah | Kembara | Teater | Pend. Islam |

Sekolah
Berita Terkini | Latar Belakang | Akademik| Sukan| Projek Planet| Bendera dan Lagu | Kelab dan Persatuan | Keceriaan | Pengetua | Peristiwa Semasa | Laman Utama | Program Inklusif | PSS | Aktiviti | Bapa Angkat |