Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

19/11/2007     07:14:30 AM

SEJARAH SEKOLAH

 

 

Pentadbiran

Pencapaian

Web Team

Menu

 

 

 

 

 

   

Inisiatif Dato’ Penghulu Putih (Allahyarham), Tuan Haji Amin bin Haji Taib (Allahyarham) dan penduduk kampung Ayer Hitam telah bergotong royong mendirikan sebuah bangunan pada tahun 1927.

Bangunan kayu beratap nipah dan berlantai tanah di atas tapak seluas 1 relung 375 jemba yang diwakafkan oleh Dato’ Penghulu Putih. Bangunan ini mempunyai 3 bilik darjah dan sebuah bilik kecil sebagai bilik guru besar. Ia diberi nama Sekolah Melayu Ayer Hitam. Encik Abu Bakar bin Omar (Allahyarham) sebagai guru besar yang pertama. Penuntutnya hanya lelaki sahaja.

Pada tahun 1931, bangunan tersebut telah roboh kerana dipukul ribut. Kerajaan telah menggantikannya dengan bangunan baru berlantai simen dan beratapkan genting. Bangunan tersebut kekal sehingga sekarang (Bangunan A) tetapi telah ditukarkan tingkapnya kepada jenis `nako’.

Murid-murid sekolah ini semakin bertambah. Pada tahun 1953, sekali lagi penduduk bergotong-royong mendirikan bangunan tambahan. Bangunan ini mempunyai empat bilik darjah. Pada tahun 1956, bangunan ini pula dipukul ribut dan roboh. Pada tahun 1957, atas desakan Lembaga Didikan Sekolah Melayu Ayer Hitam, kerajaan bersetuju membina bangunan tambahan dengan enam bilik darjah (Bangunan B).

 

TERIMA   KASIH   KERANA   SUDI   MELAYARI   LAMAN   WED   KAMI