Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

                                Selamat Datang Ke Laman

                        

 

                                                        

   

  Dalam pencarian "Guru Sebenar Guru"...antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya bekal? 

    Ramai mengaku 'berilmu' tapi kurang  berakal apatah lagi yang sedikit ilmunya tapi langsung tidak berakal;

 

                                                                itulah punca amal  dan  bual tidak menjadi bekal.   

 

                              

  

Keranamu

Malaysia

 

 

(Hamzah

Mohamed)

 

Mengenai Saya

Sila ke laman

Latar Belakang Saya

 

Klik Di Sini 

 

 

 

" Tidak akan

        kamu

 berperasaan

 gundah walau sekali,

 jika kau tahu apa

 yang dicari."

 

 ~ Umar

 al-Khattab

           

 

 

 

 

 

                        Kepastian Kualiti Proses Bagi

                        Output yang Cemerlang

 

                  "Pengetahuan bukan merupakan kebaikan intelektual yang tertinggi,

                       yang lebih tinggi nilainya ialah kefahaman, dan selepas itu,

                                                        ialah hikmah."                                        

                                                  ~ Mortimer J.Adler

 

Pendahuluan

 

Hari ini manusia begitu prihatin mengenai mutu atau kualiti dalam semua aspek kehidupan.  Semua orang mengejar kualiti. Begitulah juga dengan perkhidmatan pendidikan negara kita kini yang begitu pesat berkembang dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Semua perkembangan ini memerlukan para pendidik negara bersedia menghadapi dan menyahut cabaran terutama dalam aspek memberikan pendidikan yang berkualiti di semua peringkat persekolahan.

 

Tuntutan sosial kepada kaum guru bagi mencapai satu tahap kualiti perkhidmatan yang cemerlang hendaklah dilihat secara positif. Seluruh warga pendidikan termasuk kakitangan bantu yang bukan akademik juga mesti sama-sama dapat mengongsi visi yang sama bagi mencapai matalamat negara untuk menjadikan pendidikan kita bertaraf dunia.

 

Erti Kualiti

 

Secara ringkas pengertian kualiti boleh dimakudkan dan meliputi ciri-ciri berikut:

  • memenuhi kehendak pelanggan

  • keadaan yang terbaik tanpa kecacatan

  • sentiasa menepati piawaian

  • jaminan kepuasan dan kebolehpercayaan dari segi penggunaan/perkhidmatan

  • tidak statik malah sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa (R&D); (contohnya: piring hitam kepada pita kaset; kemudian pita video; seterusnya CD; DVD; HDTV ...)

Kualiti Dalam Pendidikan

 

Apa yang dimaksudkan dalam perkara ini antaranya adalah:

  • engajran dan pembelajaran yang berkesan dan bermutu

  • Proses P&P yang mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum

  • Kadar celik huruf yang tinggi

  • Pencapaian akademik tinggi dan cemerlang

  • Penyertaan kokurikulum yang aktif dan bermakna

  • Pengurusan hal ehwal murid, kebersihan dan keceriaan mewujudkan suasana yang kondusif bagi membina budaya ilmu dan budaya sekolah yang tinggi

  • Pengurusan keseluruhan yang telus dan cekap lagi berkesan.

Petunjuk-petunjuk "Kemerosotan Prestasi' Sesebuah Organisasi

 

Mencapai kecemerlangan berdasarkan kualiti dalam semua aspek organisasi bergantung kepada tahap kualiti diri personel dan kualiti pengurusan amatlah perlu diberi tumpuan yang sewajarnya terutama bagi sesebuah organisasi yang berada di dalam situasi dan di tahap yang lemah dan rendah.

 

Apakah petunjuk-petunjuk membolehkan kita mengenalpasti 'kedudukan prestasi' organisasi kita? Petunjuk-petunjuk berikut boleh dijadikan sebagai panduan berguna:

  • Produktiviti yang  menurun

  • Mutu kerja yang rendah

  •  Sering terlepas tarikh akhir

  • Mendahulukan tugasan-tugasan kecil

  • Mengelak tugas-tugas lebih besar dan  mencabar

  • Tidak teratur (disorganized)

  • Tiada di meja terlalu lama

  • Ponteng

Negaholik Dalam Organisasi

 

Sindrom negaholik banyak berlaku dalam organisasi. Ringkasnya seorang yang negaholik bersikap negatif di mana orang-orang bersikap sedemikian sentiasa ' menafikan' dengan 'saya tak boleh'. Dengan demikian orang negaholik tidak mahu menerima hakikat dan pendkatan 'saya boleh' bagi mengubah paradigma dan tingkah-laku yang lebih positif ke arah perubahan yang lebih baik.

 

Siapa Negaholik?

 

Cherie Carter-Scott mengungkapkan orang negaholik seperti berikut:

         "A corporate negaholic is one who is victimized by inner forces which

          manifest themselves through various negative attitudes, thoughts, words,

          or behaviours. Corporate negaholics unconsiously sabotage not only

          their own actions, but those of their co-workers and the mission of the

          organization."

 

Petunjuk-petunjuk Wujudnya Negaholik Dalam Organisaasi

 

Berlaku bila terdapat petanda-petanda berikut:

  • Tingkah-laku ahli organisasi bermotifkan kehendak melindungi diri sendiri, atau mengekalkan status qou lebih daripada memenuhi misi organisasi.

  • Nafsu, ketagihan dn kemurungan neurotik individu mulai menguasai dan menentukan strategi, aktiviti malah hala tuju organisasi.

  • Individu-individu negaholik ini meletakkan semua punca keadaan negatif ini kepada organisasi yang menggaji mereka.

  • Para pekerja habiskan masa mereka mengkritik dan menghakimi rakan sejawat mereka sendiri, pihak pengurusan, polisi-polisi organisasi atau cara-cara setiap perkara dilaksanakan daripada mengambil tindakan yang membina.

Menganjak Paradigma

 

Paradigma adalah satu set tatacara kita melakukan penilaian terhadap maklumat-maklumat dan kemudiannya menjadi pegangan hidup. Paradigma berguna dalam banyak  hal tetapi ia juga boeh menghalang sesuatu peluang daripada kita hanya kerana rangka rujukan kita (atau paradigma) tidak menyedari kewujudan peluang-peluang tersebut. Hidup dalam satu paradigma seperti melihat dari sebuah jendela yang  sama higga akhirnya kita hanya melihat segmen yang kesil sahaja daripada keseluruhna dunia. Mengubah paradigma samalah seperti menemui jendela baru di mana kita 'melihat' semua perkara  yang baru  atau perkara yang lama tetapi dengan berbagai-bagai cara dan dari beberapa sudut yang berlainan.

 

Kepastian Kualiti

 

Budaya kerja cemerlang berteraskan kualiti bertujuan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing. Bagi mencapai maksud ini tiga aspek iaitu pengurusan, kualiti dan kawalan kualiti mestilajh disepadukan bagi mewujudkan kepastian kualiti ini. Oleh itu ringkanya kepastian kualiti bermakna kualiti  mestilah disepadukan bagi mewujudkan kepastian kualiti ini. Oleh itu ringkasnya kepastian kualiti bermakna kualiti produk memenuhi jangkaan pelanggan

 

Output yang cemerlang dan berkualiti tidak mungkin dicapai tanpa melibatkan kawalan kualiti sewaktu melalui berbagai proses. Inilah yang menjadi aspek penting dalam pengajaran dan pembelajran di mana sering dipandang remeh. Banyak petunjuk yang boleh kita lihat aspek ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang antara lain:

  • berlaku defisit pembelajaran yang ketara di kalangan murid-murid

  • utama menghabiskan sukatan pelajaran daripada penguasaan kemahiran

  • kerja-kerja murid banyak atau lambat diperiksa.

  • kurang latihan yang sewajarnya (sehingga tahun akhir)

  • sindrom tunggu sampai tahun enam baru semua proses diambil kira

  • diagnosis tidak digunakan seperti sepatutnya.

Oleh itu kepastian kualiti terutama dalam semua proses dapat dicapai apabila konsep Tanpa Cacat (Zero Defect) dapat direalisasikan.

 

Prasyarat bagi Tanpa Cacat

 

  • Ada wawasan organisasi yang jelas bagi semua orang.

  • Mempunyai budaya perancangan strategik berdasarkan matlamat.

  • Semua ahli mesti komited.

  • Semua ahli organisasi sedia mengubah paradigma.

  • Wujud sistem pengesanan yang berkesan, cekap dan berterusan.

Kecacatan boleh berlaku sama ada dari segi teknikal, manusia, persekitaran, input, proses., output, atau imej.

 

cacat Input

  1. Murid: tanpa pengetahuan, kemahiran atau nilai.

  2. Guru: kurang kepakaran, tidak guna ABM/BBM, lemah nilai diri, tidak cekap mengurus masa, rancang pengajaran yang stereotaip dan tidak aktif.

Cacat Proses

  1. Kecacatan boleh bertambah dan berlaku di peringkat kedua ini.

  2. Kesalahan tidak diperbetulkan segera.

  3. Pemulihan tidak dibuat.

  4. Pemeriksaan tidak teliti

  5. Pengukuhan dan pengayaan tidak ditekankan.

  6. Tabiat murni dan baik tidak diutamakan.

Cacat Output:

  1. Standard atau mutu kerja murid tidak memuaskan.

  2. Tahap pengetahuan yang rendah.

  3. Sikap dan nilai diri yang tidak menggalakkan.

  4. Keputusan pencapaian akademik di tahap rendah.

Ciri-ciri Tanpa Cacat

 

Sebagai guru-guru yang terlatih dan berpengalaman kita harus sedia mengakui apa-apa kekurangan atau kelemahan yang wujud dalam organisasi sekolah kita dan dengan  pemikiran yang positif sama-sama bertekad bagi mengatasi keadaaan ini. Percayalah sesebuah organisasi itu pasti mencapai kecermerlangan apabila seluruh anggotanya sanggup meletakkan kepentingan organisasi di atas segala-galanya.

 

Organisasi yang berhasrat mencapai keadaan tanpa cacat ini haruslah menunjukkan ciri-ciri berikut:

  • Mengamalkan DIRFT (Do It Right  First Time).

  • Mengamalkan konsep penambahbaikan yang berterusan.

  • Melakukan tindakan pencegahan.

  • Menekankan kepastian kualiti.

  • Penglibatan seluruh anggota organisasi.

  • Mengongsi visi yang sama.

Penutup

 

Bagi orang-orang cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan mereka, sesuatu gagasan yang pada kebanyakan orang dilihat sebagai mustahil tetapi tidak demikian bagi mereka ini. Sesuatu yang dianggap sukar dan berat bagi orang lain, bagi mereka ianya merupakan cabaran yang sedia mereka hadapinya. Orang-orang seperti ini selalunya berjaya dengan cemerlang. Kita juga boleh menjadi demikian tinggal lagi kita perlu mengubah paradigma dan meningkatkan motivasi kendiri dengan semangat jaya diri yang baru.

 

               "Shall I teach you what knowledge is? When you know a thing,

                to hold tahat you know iti, and when you do not know a thing,

                to allow that youy do not know it. Thisn is knowledge."

                             ~ (The Sayings of Confucius)ٱ

 

 

 

 

 

 

 Rujukan

 

Abdul Shukor Abdullah (1994). Penilaian Semula Situasi Pengurusan Sekolah. Jurnal Pengurusan Pendidikan IAB, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jilid 04, Bil. 01 m.s. 1 - 6.

 

De Potter, Bobbi & Hernacki, Mike (1992). Quantum Learning Unleashing The Genius In You. Dell Publishing, New York

 

Ibrahim Ahmad Bajunid (1995). Peningkatan Pelbagai Jenis Literasi., Khususnya Literasi Saintifik Dan Teknikal: Ke Arah Pemantapan Martabat Kepimpinan. Jurnal Pengurusan Pendidikan IAB, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jilid 04, Bil. 2 - 15.

 

_______________ (1993). Pakej Latihah Bengkel Pengurusan Kualiti Menyeluruh. Institut tadbiran Awam negara (INTAN) Malaysia, Kuala Lumpur.

 

 

______________________________________________________________________

        (* Ceramah  Motivasi Perkembangan Staf  Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor

                                                                          pada 18.09.1997)

 

 

                

   |Home Page | Kembali | Ceramah 1 | Ceramah 2 | Ceramah 3 | Ceramah 4 | Ceramah 5 |

                                      | Ceramah 6 | Ceramah 7 | Ceramah 8 | Ceramah 9
 

                                      Copyright 2002-2003 Hamzah Mohamed