Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pengajian Kitab Hikam Kuliah Maghrib Hari Khamis ( 17. 08. 2000 / 17 Jamadil Awal 1421)
ANTARA WIRID DAN WARID
Sambungan Dari Pengajian Terdahulu

Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis

Dan setengah daripada yang terlebih besar pekerjaan jahat adab itu [ialah] menceraikan(membeza-bezakan) antara segala Maqam dan hukum atas ahlinya(ahli maqam) dengan sebab memandang segala halnya.  Maka kerana demikian berkata Mualif.........

Keterangan Suluk

Keterangan di atas adalah pengakhir bicara yang bersangkutan dengan kejahilan dan jahat adab seorang hamba atau seorang Salik yang telah dibincangkan dalam pengajian sebelum ini.  Jika dalam pengajian sebelum ini kita didedahkan dengan antara jahil dan jahat adab seorang hamba seperti

maka keterangan yang berikutnya ialah mengetangahkan pula antara sebesar-besar jahat adab di samping yang lain-lain itu ialah menceraikan antara segala Maqam dan hukum atas ahlinya(ahli maqam)  yakni membeza-bezakan  berkenaan dengan maqam-maqam dan ketetapan ahli-ahli yang menduduki sesuatu maqam.  Pandangan mereka yang membeza-bezakan ketetapan ahli-ahli maqam ini adalah berdasarkan tilik mereka kepada berbezanya hal-ahwal ahli-ahli Maqam tersebut.  Seolah-seolah di sisi mereka;
  Inilah antara kejahilan dan sebesar-besar jahat adab seorang salik yang suka menilai seseorang itu sekadar kapada sesuatu yang istimewa dan karamat sahaja sedangkan yang masih tidak zhohir tanda-tanda tersebut dianggap sepi dan rendah sahaja.

Keterangan yang berkaitan dengan inilah yang menjadi sebahagian daripada bicara dan perbincangan kalam hikmah Sheikh Ibnu Atoillah selanjutnya sebagaimana yang diterjemahkan oleh Tok Pulau Manis.............
 

Apabila telah engkau lihat akan seorang hamba telah mendirikan Allah akan dia dengan mengerjakan segala Aurad iaitu mendirikan segala amal dengan sekira-kira segala waktunya dan segala halnya dan mengekalkan Allah akan dia atasnya serta berlanjutan segala tolong seperti meluaskan rezekinya,  maka jangan engkau hinakan akan yang telah dianugerahkan oleh Tuhannya akan dia kerana bahawasanya engkau itu tiada engkau lihat atasnya segala alamat segala orang yang Arif dan tiada kebajikan segala orang yang kasih akan Allah.  Maka jikalau tiada Warid Ilahi nescaya tiada hasil Wirid itu.

Keterangan Suluk

Untuk memudahkan kefahaman kita berkenaan kalam hikmah di atas,   tidak salah rasanya kita rumuskan dalam bahasa yang lebih mudah akan terjemahan Tok Pulau Manis di atas sebagaimana berikut;

Jika kau melihat seorang yang ditetapkan oleh Allah dalam menjaga wirid-wiridnya;  dan sampai lama tidak juga menerima Kurnia(Keistimewaan) dari Allah,  maka jangan engkau remehkan pemberian Allah(dapat mengekali wirid-wirid tersebut) kerana belum terlihat padanya tanda-tanda orang Arif atau Keindahan cinta pada Allah,  sebab sekiranya tidak ada WARID(Kurnia Allah),  nescaya tiada WIRID dari hamba tersebut.

Wah sekarang....kita sedang berdepan dengan satu bicara yang berkaitan dengan rahsia Wirid dan Warid yang menjadi intipati Ilmu Kaum Sufi.

Yang dimaksudkan dengan wirid mereka ialah apa sahaja perbuatan/pekerjaan yang ditujukan kerana Allah mengikut apa yang dituntut dan digalakkan oleh syarak.  Tidaklah ianya semata-mata ditujukan kepada mereka yang mengamalkan zikir-zikir yang khususiyah dengan kadar dan bilangan yang tertentu atau dengan tertib masa dan ketikanya.  Tetapi bahkan,  Wirid boleh muncul dalam pelbagai wajah dan bentuk.

Adapan yang dikatakan Warid itu ialah sesuatu yang berupa bentuk limpah kurnia Allah Taala yang dicampakkan ke dalam hati seorang hamba dengan berbagai-bagai perasaan seperti; Inilah antara contoh-contoh rupa Warid yang jatuh ke atas hati seorang hamba yang dikehendaki Allah.  Banyak lagi contoh-contoh lain mengenai Warid ini yang boleh anda dapati di bawah tajuk Warid Makrifat Rabbaniyah
 

Jika kita telah benar-benar fahami apa yang dimaksudkan dengan Wirid dan Warid ini,  maka akan jelaslah pada kita bentuk hubungan antara kedua-duanya dan faham lah kita berkenaan keterangan Maka jikalau tiada Warid Ilahi nescaya tiada hasil Wirid itu  yakni jika tidak ada limpah Kurnia Allah dengan pelbagai kecenderungan rasa(Warid),  maka tidak zhohirlah pelbagai hal-hal ibadat(Wirid) dari seorang hamba.

Dengan Warid inilah timbulnya pelbagai hal dan maqam seseorang hamba yang terjelma melalui Wirid-Wirid(Aurad) yang dikerjakan mereka.

Dengan ini seorang yang dapat mengistiqamahkan auradnya iaitu dengan mengekali mengerjakan pelbagai amal ibadat dan kebaikan seperti sholat-sholat sunat,  berzikir,  bertasbih,  berselawat dan sebagainya nanti sehinggakan amalan-amalan tersebut menjadi rutin dan sebagai satu kebiasaan dirinya dengan diberikan keluasan rezeki sama ada dunia,  atau dimudahkan segala urusan akhirat mahupun ruhnya adalah seorang yang telah mendirikan haq Allah yang terjelma melalui Wirid-wirid tersebut.

Orang yang begini maka jangan engkau hinakan akan yang telah dianugerahkan oleh Tuhannya akan dia yakni jangan diremehkan dan diperkecilkan Warid Anugerah Allah ini.  Jangan engkau hinakan mereka hanya  kerana

Ini adalah kerana Maka jikalau tiada Warid Ilahi nescaya tiada hasil Warid itu  yakni jikalau tidak pelbagai limpah kurnia dari Allah Taala itu,  maka tidaklah mereka itu akan sibuk dengan urusan Wirid-wirid harian mereka itu.

Tegasnya,  apa yang lebih penting dan utama ialah mengistiqamahkan sesuatu wirid itu,  biarpun sekadar yang sedikit cuma.  Maka ingatlah wahai diriku,  membeza-bezakan seorang itu dengan berdasarkan ada tiadanya tanda-tanda orang arif atau yang sedang mabuk Fana adalah setengah daripada jahat adab yang perlu dijauhi.

Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis

Bermula segala hamba Allah yang makhsus itu terbahagi atas dua bahagi;

Keterangan Suluk

Melanjutkan lagi huraian berkaitan hal-ahwal dan maqam-maqam yang terhasil dari wujudnya Warid Ilahi di atas,  maka hendaklah diketahui bahawa segala hamba Allah yang khusus dan terpilih untuk mendapat menerima Warid itu terbahagi kepada dua golongan yakni Muqarrab dan Abrar.

Maka segala orang yang Muqarrab itu mereka itulah yang telah diambil(diangkat oleh Allah) mereka itu daripada bahagian nafsu mereka itu dan daripada iradat(kehendak) mereka itu dan mengerjakan mereka itu dalam mendirikan segala haq Tuhan mereka itu padahal Ubudiyah bagiNya dan menuntut Kurnia padaNya.  Maka sekelian mereka itu lah segala orang Arif dan orang yang Kasih.

Maka adalah segala orang-orang Yang Muqarrab itu ialah satu golongan hamba yang dipilih khusus oleh Allah Taala

Maka sekelian mereka yang bersifat seperti di atas adalah terdiri dari golongan orang-orang Arif dan Yang Mahabbah kepada Allah Taala.

Dan segala orang yang Abrar itu iaitu segala orang yang lagi tinggal serta bahagian nafsu mereka itu dan iradat mereka itu dan mendatangkan mereka itu dalam segala amal dan taat supaya dibalas mereka itu atasnya dengan meninggikan segala darjat dalam segala kebajikan dan mereka itulah segala orang Zahid yang 'Abid.

Golongan yang kedua yakni yang digelar sebagai orang Abrar adalah mereka dalam melaksanakan Hak Kehambaan;

Sifat dan peribadi sebegini adalah hal-ahwal golongan Abrar yang terdiri daripada orang-orang Yang Zahid dan Yang Abid.  Orang-orang Abrar adalah mereka yang mengerjakan amal dengan tertib dan teratur secara rutin dan berkekalan.

Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis

Dan tiap-tiap seorang daripada mereka itu dikurniai dalam Maqamnya yang dikehendaki daripada mereka itu akan mendirikan pada segala haq Maqam mereka itu bersalah-salahan.

Keterangan Suluk

Dengan huraian dan perbincangan yang telah dibuat di atas,  maka yang jelasnya bagi tiap-tiap hamba itu ada KurniaNya yang tersendiri.  Berbagai-bagai bentuk Kurnia ini menjadikan mereka berada pada Maqam-maqam sebagaimana yang diKehendaki Allah.  Maka berdirilah ahli-ahli Maqam tersebut dengan menunaikan hal-ahwal,  adab-adab dan hak-hak mengikut kepelbagaian Maqam tersebut.

Untuk itu mengapa ada yang sampai tolol dan rakus sekali menghina-hina/melekeh-lekehkan sebahagian mereka dan melebih-lebihkan sebahagian yang lain;  sedangkan itu adalah tanda-tanda yang menunjukkan betapa indah,  betapa kaya,  betapa kreatifnya dan betapa berhikmahnya Pemerintahan Allah.  Renungilah firman Allah;

"Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya. (Al-Imran: 73)

Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.(Al-Rad:4)

Untuk itu janganlah dihinakan mereka sebagaimana yang ditegaskan lagi sekali dari......

Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis

Maka apabila engkau lihat seorang hamba

Maka jangan engkau hinakan demikian itu kerana Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis

Maka jikalau tiada Warid dikeluarkan oleh Ilahi atasnya,  nescaya tiada berdiri ia atasnya dan Wiridnya(tidak akan zhohir amal taat itu).  Maka iaitu tiada keluar ia daripada daerah TolongNya dan Hithoh(lingkungan) PeliharaNya.

Keterangan Suluk

Jika difahami intipati perbincangan dan huraian di atas,  maka jelaslah bagi kita seorang yang dapat mendirikan dan melaksanakan pelbagai jenis Wirid secara rutin dan berkekalan adalah seorang yang telah mendapat anugerah limpah kurnia Warid Ilahiyah.  Ini adalah jika tiada Warid itu,  nescaya tidak akan zhohirlah wirid-wirid yang dikerjakan oleh hamba itu.

Dengan itu adalah seseorang hamba itu akan sentiasa berada dalam daerah lingkungan Pertolongan dan Pemeliharaan Allah Taala.  Sesungguhnya dalam apa jua jelmaan taat dan ibadat itu menunjukkan bahawa tidak sekali-kali terkeluar seorang hamba itu daripada daerah TolongNya dan Hithoh(lingkungan) PeliharaNya.

Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis

Dan ketahui olehmu bahawasanya Wilayah itu dua perkara;
Pertama,  Wilayah Umum dan
Kedua,  Wilayah Khusus.

Keterangan Suluk

Bersambung dalam Pengajian yang selanjutnya di bawah tajuk Pembahagian Wilayah

Insya Allah.....jika direzekikan lagi

[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]

Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar