Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pengajian Kitab Hikam Kuliah Maghrib Hari Khamis ( 08. 02. 2001 / 14 Zulkaedah 1421)
SIDIQ DALAM UBUDIYAH
Sambungan Dari Pengajian Terdahulu

Petikan dari Keterangan Pengajian Terdahulu;

Dan tatkala ada orang yang Ahli al-Qulub daripada orang yang ahli Hakikat,  maka adalah raghob(gemar) mereka itu dalam Sir kerana bahawasanya raghob Sir itu dalam Haq Taala.

Keterangan Suluk

Seorang ahli hakikat adalah seorang yang hidup mata hatinya dengan cahaya hakikat dan makrifat.  Dengan kerana itulah,   mereka dikelaskan sebagai Ahli al-Qulub(yang bersinar cahaya mata hatinya) yang mana dalam hati mereka itu cenderung dan gemar untuk memandang kepada apa yang dinamakan sebagai "SIR".  Dan adalah kecenderungan Sir itu ialah semata-mata kepada Allah Taala sebagaimana mengikut sebuah hadis Qudsi,   Sir itu adalah batin dalam batin hati atau rahsia kepada hati itu;

Telah  Aku memperbuatkan di dalam rongga anak Adam itu suatu mahligai dan adalah

Dan kerana inilah; yakni kerana cenderung dan gemarnya Ahli Hakikat kepada hal-hal yang berkaitan dengan Sir atau rahsia hati itu yang berupaya menjejaki hakikat yang Haq,  maka terjelmalah ketinggian pandangan dan tuntutan mereka sebagai seorang hamba sebagaimana;

Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari yang selanjutnya;
 

Yang dituntut segala orang yang Arif daripada Allah itu Shidiq dalam Ubudiyah dan berdiri(melaksanakan) pada segala Haq Rububiyah

Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis

Bermula yang dituntut oleh segala orang yang Arif terlebih tinggi daripada yang dituntut lain daripada mereka itu,

kerana bahawasanya yang dituntut oleh segala orang yang Arif itu hanya sanya iaitu dan tiap-tiap yang lain daripada mereka itu tiada menceraikan mereka itu bagi segala bahagian nafsu dan bagi segala ghorab(faedah) daripada segala yang dituntut mereka itu.

Keterangan Suluk

Dari kalam hikmah dan keterangan di atas,  kita ditemukan dengan perbezaan hala tuju dan maksud tujuan peribadatan antara golongan orang-orang Arif dengan beberapa golongan hamba yang lain.

Orang-orang arif memiliki tujuan yang terlebih tinggi dan mulia  berbanding dengan golongan-golongan lainnya yang terdiri daripada orang-orang Abid,  orang-orang Zahid dan Alim Ulama;  Ini adalah kerana apa yang dituntut oleh orang-orang Arif ialah;

Berbeza dengan golongan abidin,  zahidin dan ahli ilmuan yang  tiada menceraikan mereka yakni yang masih tidak bebas tuntutan mereka dengan belenggu bahagian nafsu tersembunyi yang faedah kepentingannya untuk diri mereka sendiri; yang menunjukkan maksud dan tuju hati kehambaan mereka masih bercampur-baur dengan bahagian-bahagian nafsu yang tersembunyi dan faedah-faedah kepentingan diri.

Adalah maksud Sidiq dalam Ubudiyah itu ialah benar dan ikhlas dalam kehambaan.  Benar-benar menduduki hakikat sebagai seorang hamba yang lemah,  hina,  fakir,  dhoif,  jahil lagi haqir.  Benar dengan mengikut jalan atau thoriq yang dibawa oleh Rasul, para sahabat dan sholohin.  Adapun maksud sidiq dalam Rububiyah pula,  tunduk dan akur dengan Kehendak dan Ketentuan Allah Yang Maha Pekuasa,  Yang Mulia,  Yang Kaya,  Yang Maha Mengetahui lagi Maha Sempurna. Seorang yang benar-benar Sidiq dalam hakikat kehambaan dan Rububiyah ini tidak akan memperlekehkan syariat Rasulullah atau mengiktirod(mengkritik/mempertikaikan) ketentuan dan kehendak Allah ke atasnya.

Tegasnya sebagai seorang ahli ibadat yang melaksanakan Haq Kehambaan(Ubudiyah), Demikian jua sebagai seorang hamba yang melaksanakan Haq Ketuhanan(Rububiyah),  hatinya sentiasa digilap menembusi ke Sirnya sehingga; Demikianlah sebagai sebahagian penerangan berkaitan dengan keinginan dan tuntutan para ArifbiLlah;  semata-mata sebagai ingin melangsungkan Sidiq dalam Ubudiyah(Kehambaan) di samping melaksanakan Haq Rububiyah(Ketuhanan).

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Kata Sayyidi Abu Madyan ra.;

Jauhlah antara yang hemahnya kepada segala anak bidadari dan segala mahligai dan di antara yang hemahnya terangkat segala dinding dan sentiasa hudur.

Keterangan Suluk

Mengikut Wali Qutub ini,  adalah tersangat jauh bezanya maksud hati atau hemah seorang hamba yang menghambakan dirinya kepada Allah kerana mengharapkan balasan syurga serta segala nikmat-nikmatnya dengan seorang yang hemahnya yang ingin meruntuhkan segala tabir hijab dengan TuhanNya dan sentiasa ingin merasa kehadiran(kehampiran) dengan Allah dalam setiap nafasnya.

Betapa tidak jauh bezanya kerana;

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan adalah Sidiq itu terlebih tinggi martabat segala orang yang salik seperti firman Allah Taala;  "Hai segala mereka yang percaya,  Takut olehmu akan Allah Taala dan adalah Kami serta segala orang Sidiq".

Keterangan Suluk

Keterangan di atas,  mempertegaskan lagi kelebihan dan ketinggian seorang yang dapat menyempurnakan Sidiq dalam Kehambaan dan Sidiq dalam hak Rububiyah.  Dengan nas atau pengiktirafan dari Allah sendiri,  maka jelaslah hanya yang Sidiq sahaja yang dapat mencapai hakikat "kehampiran" dengan Allah.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Dan bahawasanya Ubudiyah itu bagi hati orang yang memandang akan dirinya bagi TuhanNya,  kerana umum(meliputi) Ubudiyahnya itu bagi Sir dan ibadat itu bagi diri dan menyempurnakan pada segala adab itu menyampaikan bagi jalan.

Keterangan Suluk

Keterangan di atas mendetailkan dan memperhalusi lagi berkenaan dengan maksud hakikat Ubudiyah.  Dikatakan Ubudiyah itu adalah sebagai pekerjaan hati atau lebih tepatnya pekerjaan SIR yakni batin kepada batin hati.  Adalah pekerjaan atau fitrah SIR itu ialah tempat terhimpunnya segala kenyataan dan hakikat Tuhan yakni Allah.  Sebab itulah sebagaimana yang telah disebutkan oleh hadis Qudsi di atas di dalam Sirrun itu Aku(yakni di  dalam Sirrun itu  tempat  tajalli Aku   dan tempat ia mengenal akan daku).  Dengan kerana inilah,  maksud Ubudiyah itu adalah luas dan ianya meliputi segala keperihalan peribadatan seorang hamba.  Jika bergemilapan SIRnya,  maka terjelmalah segala amal dan ibadat lahiriah yang menjejaki Sidiq bagi segala amal,  Sidiq bagi segala adab dimana dengan menyempurnakan adab-adab kehambaan dan Ketuhanan akan menyampaikan seorang hamba kepada jalan untuk sampai kepada TuhanNya.

Fahamlah kita bahawa "kunci" untuk  menyempurnakan adab-adab kehambaan dan adab-adab Ketuhanan itu adalah semata-mata dengan SIR,  bukannya bergantung kepada mendirikan atau melaksanakan ibadat-ibadat yang zhohir bagi keperluan diri sedangkan perihal hati atau SIR dipinggirkan sehingga menhijabkan daripada menerima Tajalli Allah.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Keterangan Suluk

Setelah difahami bahawa dengan bercahayanya rahsia hati itu yakni SIR,  barulah seorang hamba akan dapat menyempurnakan segala adab-adab Ubudiyah yang ada.

Isyarat keterangan di atas,  jika diperhalusi lagi akan terbitlah darinya rangkaian tiga keperluan yang wajib diseiringkan dalam perjalanannya menuju kepada Allah.  Tiga rangkaian saling pintal-memital itu ialah Syariat,  Thoriqat dan Hakikat.  Kenyataan ini boleh diperolehi dari Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis sebagaimana berikut;

Umpama demikian itu,
apabila engkau kata "Permulaan Ayat 5 Al-Fatihah" ertinya "akan dikau kami menyembah",  maka engkau lihatlah dengan dia alam Al-Syariat;  dan
apabila engkau kata "Sambungan Ayat 5 Al-Fatihan" ertinya "akan dikau kami minta tolong",  maka engkau lihatlah dengan dia alam Al-Thoriq;  dan
apabila engkau kata "Ayat 6 Al-Fatihah" ertinya "tunjuk olehMu akan kami jalan yang betul,  maka engkau lihatlah dengan dia alam Al-Hakikat.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Maka segala Hadrat itu tiga perkara;
Pertama,  Hadrat al-Rububiyah iaitu Hadrat Al-Jalal
Kedua,  Hadrat al-Ruhaniyah iaitu Hadrat Al-Jamal
Ketiga,  Hadrat al-Ilahiyah iaitu Hadrat Al-Kamal.

Keterangan Suluk

Bersambung dalam catatan pengajian yang berikutnya di bawah tajuk Hal Suka dan Suka

[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]
Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar