|
Petikan dari Keterangan Pengajian Terdahulu;
Dengan hidupnya hati yang mati dengan menumbuhkan pelbagai ilmu syariat, dan dengan suburnya amal dari ilmu-ilmu tentang cara-cara berUbudiyah pada Allah, maka akan membuahkan pula Ilmu Laduni atau Ilmu Yang Terus Dari Allah. Ilmu-ilmu inilah yang membawa mereka untuk menjejaki batin dan rahsia setiap Syariat RasuluLlah yang dikerjakan itu; menjadikan mereka itu orang yang mengerti dan Arif mengenai kehidupan ini. Penyimpan amanah dan pemegang rahsia Ketuhanan yang hidup subur dengan tumbuhan amal sholeh..
Sambungan Keterangan dan Huraian selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Bermula Roja itu maqam yang mulia daripada segala maqam al-Yakin iaitu yang menjadikan atas bersungguh-sungguh pada segala amal seperti yang telah kami sebutkan dalam dukacita kerana bahawasanya orang yang mengharap-harap akan sesuatu, nescaya dituntutnya, dan barangsiapa takut daripada sesuatu, nescaya lari daripadanya.
Keterangan Suluk
Maqam al-Yakin ataupun Maqam Tahqiq dengan Allah adalah merupakan salah satu maqam dari maqam-maqam lain mengikut pandangan ahli sufi. Antara hal-ahwal mereka yang menduduki maqam Yakin ini ialah Tawakkal, Redho bil-Qodha dan Sabar; dan yang mulianya ialah Roja' atau Harap. Ini adalah kerana dengan Roja' ini, menjadikan seorang yang berpakaian dengannya peribadi yang bersungguh-sungguh dalam taat dengan mendirikan dan melaksanakan amalan zhohir dan batin sebagaimana yang dituntut oleh syarak. Hal ini adalah sama jua dengan orang yang khauf(takut/dukacita) sebagaimana yang telah disentuh sebelum ini di mana;
Dan adapun Roja' yang dusta itu iaitu yang lari daripada amal dan didapatinya atas maksiat dan segala dosa. Maka tiadalah yang demikian itu Roja' kepada[di sisi] segala Ulama, tetapi angan-angan dan terpedaya ia pada Allah Taala.
Keterangan Suluk
Dengan mengetahui akan hakikat Roja' itu iaitu dengan bersungguh-sungguh mengerah tenaga dan masa untuk mendirikan taat kepada Allah, maka tahulah pula kita akan Roja' yang dusta itu. Roja' yang dusta itu atau seorang yang semata-mata mendakwa Roja ialah seorang yang liat dan segan atau malas dalam mendirikan amal taat, malahan sebaliknya masih bergelumang dengan banyak dosa maksiat dan penderhakaan terhadap Allah Taala;
Keterangan dan Huraian selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan sanya telah dicela Allah beberapa kaum yang menyangka mereka itu seperti demikian(Roja') dan mengekali mereka itu atas kasih kepada dunia dan Redho padanya(dunia), dan mengharap-harapkan mereka itu diampun atas demikian itu.
Keterangan Suluk
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.(Al-Khahfi:46)
Dan
tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan
harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).(Yaasin:74)
Keterangan dan Huraian selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan kata Sheikh Ma'aruf al-Kharkhi ra.;
Bermula menuntut syurga dengan tiada amal iaitu dosa daripada segala dosa; dan mengharap-harap syafaat dengan tiada sebab iaitu suatu nau'k(cabang) daripada ghurur(terpedaya); dan mengharap-harapkan Rahmat Allah daripada tiada taat iaitu jahil dan ahmaq(bodoh).
Keterangan Suluk
Dan tatkala ada orang yang Ahli al-Qulub daripada orang yang ahli Hakikat, maka adalah raghob(gemar) mereka itu dalam Sir kerana bahawasanya raghob Sir itu dalam Haq Taala.
Dan kerana inilah
Kalam
Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari yang selanjutnya;
|
|
Keterangan Suluk
Bersambung dalam tajuk yang berikutnya....Sidiq dalam Ubudiyah
|
|