Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Perbincangan Sebelum Ini

"Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya."[Surah Al-Bayyinah;5]

Kesempurnaan Ikhlas

Sebuah Hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidina Abdullah bin Abbas RA. boleh dijadikan petunjuk dalam membicarakan tentang kesempurnaan ikhlas ini iaitu yang bermaksud;

Bahawasanya Nabi SAW. ditanyai oleh sahabat daripada kesempurnaan agama. Maka sabdanya: "Berkata yang sebenarnya dan berbuat amal dengan ikhlas yang benar".

Berdasarkan sebahagian makna hadis tersebut maka jelaslah di sini, kesempurnaan pada sesuatu pekerjaan atau pun amalan adalah dengan ikhlas yang yang disertakan dengan benar. Kita telah termaklum bahawa benar atau Sidiq itu adalah sifat-sifat yang menjadi pakaian Rasul-rasul, Nabi-nabi,dan para Aulia serta golongan Siddiqin yang benar-benar mengikuti Thorik/jalan mereka itu. Kita juga telah faham bahawa ibadat itu terhimpun di atas ilmu dan amal sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini. Ini bermakna kita perlu mengenali apakah yang dimaksudkan dengan Sidiq atau benar yang menjadi pelengkap atau kesempurnaan sesuatu ibadat itu. Kita juga perlu mengenali ilmu apakah yang dimaksudkan itu?

Dalam hal ini, Imam Ghazali ada menegaskan perihal hakikat Sidiq ini dengan katanya;

Ketahui olehmu bahawa lafaz Sidiq itu diamalkan/digunakan dalam enam tempat iaitu;

Kita halakan perbincangan ini kepada Sidiq yang kedua iaitu benar di dalam niat dan Iradat kerana itulah yang menjadi tujuan perbincangan ini.

Bermula Benar di dalam niat itu adalah kembali kepada ikhlas dan bahawa semata-mata ia di dalam niatnya itu berkehendak berbuat kebajikan. Maka jikalau ada bercampur di dalam niatnya berkehendak berbuat kejahatan(sama ada untuk kepentingan dirinya atau mendapat sesuatu balasan atau tujuan selain dari Allah) maka hilang nama sidiq/benar niatnya itu. Amalan seorang Muazzin yang sanggup untuk melaungkan azan di mesjid kerana mengharapkan ganjaran elaun yang disediakan maka amalan itu jauh dari ikhlas yang sidiq. Muazzin tadi hanya akan mendapat ganjarannya di dunia ini sahaja tetapi hampa diakhirat.

Kata Sheikh Junaid Al-Bagdadi Rahimallahi Taala

Adalah bagi Allah itu beberapa hamba yang mempunyai Aqal yakni yang mempunyai ilmu yang memberi manfaat(Ilmu Keruhanian). Maka tatkala mempunyai mereka itu Aqal(Ilmu) maka mengamalkan ia, maka tatkala mengamalkan mereka akan ilmu itu maka jadi mereka itu ikhlas kerana Allah Taala, maka membawa ikhlas mereka itu kepada segala pintu kebajikan.

Dalam hal ini sebagai seorang hamba yang ingin mengikhlaskan setiap amalan dengan benar-benar ikhlas, maka mereka perlulah ditunjukki oleh satu ilmu yang boleh membezakan kehendak/niat yang baik dan kehendak/niat yang jahat. Ini adalah kerana tujuan/kehendak yang baik kadang-kadang bercampur dengan syirik yang khofi(tersembunyi).Pengetahuan dan pengalaman tentang kejahatan yang tersembunyi adalah senjata yang berguna bagi seseorang yang ingin sampai kepada Tuhannya. Pengetahuan atau ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu dari kalangan ahli sufiah yang fakeh dengan sufiahnya. Maksudnya ilmu yang boleh menguasai zhohir dan batin syariatnya. Kerana hanya dengan ilmu-ilmu inilah nanti beliau boleh membezakan

Tingkat penguasaan ilmu yang dikuasainya nanti yang akan/boleh membezakan perkara-perkara di atas seterusnya akan memberi natijah kepada darjah ikhlas dan kesempurnaan ikhlas seseorang itu. Ini adalah kerana ikhlas sebagaimana yang diterimapakai dalam agama terbahagi kepada tiga iaitu;

Golongan yang ketiga inilah golongan yang berjaya menjejaki hakikat kesempurnaan ikhlas yang benar kerana bersih ia dari melihat kehendak dan Qudratnya dalam setiap perbuatannya malah mereka tenggelam dalam Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyah dan adalah mereka bersifat dengan "LA HAU LAWALA QUWWATAILA BILLAH" Mereka memiliki ilmu yang mantap lagi teguh serta teranng cahayanya. Ini adalah kerana mendapat ilmu itu terus dari Allah. Sedangkan golongan yang pertama dan yang kedua, keiklasan mereka belum bersih/kholis dan sidiq kerana masih bercampur dengan sesuatu maksud atau tujuan selain daripada Allah

Ini adalah kerana pada sisi mereka(golongan ketiga); jika seseorang masih melihat kepada usaha dan perbuatannya dan mengharapkan pula sesuatu sebagai ganjarannya (walaupun untuk tujuan kebaikan) bagaimana dapat dikatakan ikhlas dan bagaimana dapat dikatakan benar ikhlas itu kerana permintaan (maksud/tujuan) mereka itu menunjukkaan hamba itu mendakwa amalan itu darinya yang sewajarnnya diperhitungkan. Ini adalah bertentangan dengan pandangan makrifat kerana hakikatnya(zhohirnya amal), Allah yang memberi taufiq dan berlaku amalan itu dengan Qudrat dan Iradatnya. Sepatutnya mereka bersyukur kerana dapat melakukan amal itu dengan limpah karam Allah kerana dengan bersyukur inilah mereka akan dapat melihat kepada Allah tanpa menyabitkan sesuatu usaha/ikhtiar dari dirinya malah diri mereka akan fana/tenggelam dalam lautan musyhadah dengan Allah.

Ini adalah kerana bersyukur di sisi orang Arifbillah ialah melihat kepada yang memberi bukan kepada apa yang diberi. Apatah lagi untuk memandang kepada yang menerima. Maka kesempurnaan ikhlas yang sidiq di sisi mereka ialah menghilangkan dakwa pada amalan dan melenyapkan wujud dirinya.

Berkata Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari dalam Kitab Hikamnya;

Bagaimana engkau akan minta upah terhadap suatu amalan yang Allah sendiri yang bersedekah amal itu, atau bagaimanakah engkau minta balasan atas Sidiq/keikhlasanmu, padahal Allah sendiri yang memberi hidayah keikhlasan itu kepadamu.

Maka tidak munasabah sekali jika kita meminta sesuatu balasan kepada orang yang telah memberikan sesuatu hadiah kepada kita. Hanya yang tidak berakal sahaja yang melakukannya. Pada sisi mereka yang berakal, mereka akan membalasi pemberian itu dengan berterima kasih kepada pemberi itu. Fahamilah kata-kata ini wahal orang-orang yang dikurniakan Akal !!!!.

Kata Ibni Ruslan di dalam risalahnya yang disyarahkan oleh Sheikh Al-Islam Zakaria Rahimallahi Taala;

Bermula semua kamu syirik yang khofi(tersembunyi) dan tiada nyata bagi tauhid kamu itu melainkan apabila kamu keluar daripada kehendak kamu di dalam berbuat ibadat itu kerana Allah Taala dan kerana menghampirkan diri kepada Allah supaya kasih Dia akan engkau.

Inilah makna kata Imam Ghazali "Bermula niat itu tiada dapat diusahai dengan ikhtiar" kerana makna niat itu Kehendak yang tetap di dalam hati itu. Kehendak yang ikhlas lagi sidiq hanya lahir dari hati yang bersih dan bersifat dengan sifat Yang Haq.

Dan inilah sebahagian maksud yang tersirat di sebalik Hadis Qudsi sebelum ini

"Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia aku, aku taruhkan ia dihati hamba yang aku kasihi daripada hamba-hamba ku."

Dan juga inilah sebahagian makna yang tersirat di sebalik hadis Sayyidina Mu'adz sebelum ini

Sayyidina Mu'adz(yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis dengan terisak-isak dan berkata: "Ya Rasulullah, bagaimana aku bisa selamat dari apa yang diceritakan itu?" Sabda Rasulullah:

"Hai Mu'adz, ikutlah Nabimu dalam soal keyakinan!"

kerana soal keyakinan adalah soal hati yang Tahqiq(teguh) dengan Tauhid atau Ketuhanan.

Ingatlah pada pesanan seorang Wali Qutub Ibnu Madyan dalam Kitab Hikamnya yang pernah berkata;

"Barangsiapa tahqiq(teguh/mantap) dengan Maqam Ubudiyah akan dapat melihat bahawa

Kata Muhammad bin Said Al-Maruzi Rahimallahi Taala;

Apabila menuntut akan menghampirkan kepada Allah Taala dengan berbuat ibadat yang sebenar-benar ikhlas nescaya memberi Allah Taala akan dikau akan cermin(terang dan tajam mata hati) pada tanganmu hingga lihat akan tiap-tiap sesuatu pada segala rahsia ajaib di dalam dunia dan akhirat.

Inilah adalah sebagai anugerah Allah sebagai kurniaNya pada hambaNya yang berjaya menjejaki hakikat ikhlas yang sidiq. Inilah sumber ilmu mereka yang mana mereka belajar melalui Ilmu pembukaan(Mukhoshafah).

Kata Muhammad bin Said Al-Maruzi Rahimallahi Taala;

Bermula segala pekerjaan agama itu sekeliannya kembali kepada dua asal iaitu;

Maka sayugianya redho engkau akan sesuatu yang diperbuat oleh Allah dengan dikau. Hendaklah engkau ikhlas kerana Allah di dalam amal yang engkau perbuat akan Dia. Maka apabila engkau perbuat dua perkara ini nescaya engkau dapat bahagia dan kemenangan di dalam dua negeri yakni dunia dan akhirat.

Jika anda(pembaca) dapat menangkapi keseluruhan makna dan maksud perbincangan di atas; maka akan jelaslah pada anda bahawa hanya ada satu jalan sahaja untuk selamat daripada laknat Allah sebagaimana yang tersebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Mu'adz iaitu dengan mendalami Ilmu Hati atau Ilmu Keruhanian ataupun Ilmu Tasauf. Dengan ilmu itu nantilah anda mungkin berpeluang memiliki dan memakai pakaian orang-orang yang Arifbillah di mana perhiasan dan pakaian mereka adalah warisan keluhuran jiwa Rasul-rasul, Nabi-nabi yang jiwa dan keruhanian mereka sentiasa hidup menghadap kepada Keesaan dan Keagungan Allah yang Maha Sempurna

Jika anda menghadapi masalah untuk memahaminya; mungkin kata-kata Sheikh Junaid Al-Bagdadi Rahimallahi Taala ini boleh membantu anda:

"Satu hari sedang aku memberi syarahan dihadapan orang ramai, seorang daripada mereka berkata dia tidak faham syarahan itu. Aku katakan kepadanya supaya meletakkan amal ibadatnya selama 70 tahun(umurnya lebih 70 tahun) itu dan tunduk dengan merendah diri, maka dapatlah faham."

Semoga Allah Memberi Taufik Dan Hidayahnya

Tiada Daya Dan Upaya Melainkan Dengan Allah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Besar