Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Petikan dari Kitab Al-Risalatullii-Duniyyah

Tingkat Kedua

Tingkat Wahdah atau Al-Aqlul Awal. Zat Allah itu mempunyai dua sifat iaitu;

Bila dua sifat ini berdempak, lahirlah suatu sifat yang dapat disaksikan oleh Qalbu dalam bentuk suatu tokoh yang dinamakan "Hakikat Muhammadiah".

Jadi tokoh ini adalah terdiri dari sifat-sifat Jalal dan Jamal tersebut tanpa dapat dibeza-bezakan lagi. Tetapi kedua-duanya dapat dibezakan dalam pengertian, bila Hakikat Muhammadiah itu hendak digambarkan sebagai suatu "Yang Memberi Kesan" kepada tingkat yang di bawahnya. Maka dari segi JalalNya disebut sebagai Al-Aqlul Awal ertinya "Akal Yang Pertama". kerana perkataan "Akal" mengandungi pengertian "Memberi Kesan", manakala dari segi JamalNya "Yang Menerima Kesan", diistilahkan dengan Al-Nafsul Kulliyatul Uula ertinya "Jiwa Keseluruhan Yang Pertama".

Bila pemberian kesan itu dipandang dari segi "limpahan" (Ifadhoh) Ilmu, maka

Tetapi Al-Luh Al-Mahfuz ini adalah "Al-Luh Al-Mahfuz Al-Mujmal" ertinya {Luh Mahfuz yang ringkas}, maksudnya merupakan tempat pertama tersimpan seluruh saripati Ilmu Allah.

Dengan pengertian dua sifat yang berada pada Hakikat Muhammadiah itu iaitu Sifat-sifat

diibaratkan pula dengan Lelaki dan Perempuan di mana lelaki lambang sebagai Sifat Jalal dan perempuan lambang bagi sebagai Sifat Jamal. Perlambangan ini biasa dipergunakan oleh Ibni Arabi dlam bentuk "Bapa" dan "Ibu" atau dipergunakan oleh Imam Ghazali dalam risalah ini dengan "Adam" dan "Hawa".

Jadi tingkat Wahdah itu dapat dipecahkan dalam pengertian menjadi dua tingkat iaitu;

Perlambangan rajah di bawah boleh boleh membantu anda untuk memahami dua tingkat ini.

Tingkat Yang Ketiga

Tingkat Wahidiah atau Al-Aqlul Kulli. Daripada tingkat Wahdah yang esa di atas, lahir pula tingkat banyak, tingkat hakikat-hakikat segala sesuatu (Haqaaiqul Asyaa')

Haqaaiqul Asyaa' ini terbahagi kepada dua kumpulan yang mewakilkan dua sifat iaitu;

Yang pertama itu terdiri hakikat Ruh Nabi-Nabi dan Wali-Wali Allah yang sempurna dan yang kedua terdiri hakikat Ruh tiap-tiap makhluk dan untuk memudahkan pengertian, kita bataskan di sini setakat hakikat ruh tiap-tiap manusia.

Di pandang dari segi "limpahan" (Ifadhoh) ilmu, maka "Hakikat Muhammadiah" yang terdiri dari dua sifat tadi sebagai suatu keseluruhan dinamakan "Al-Aqlul Awal" atau "Al-Qalam 2" dan Haqaaiqul Asyaa' dari kumpulan yang bersifat Jalal, tempat ia melimpahkan Ilmunya, menjadi "Al-Nafsul Kulliyah 2" atau "Al-Luh Mahfuz 2". Dalam nisbah ini, al-Aqlul Awal mewakili Sifat Jalal dan Al-Nafsul Kulliyah2 mewakili sifat Jamal atau dengan kata yang lain , yang pertama itu menjadi lelaki dan yang kedua menjadi perempuan, bapa dan ibu.

Di pandang dari segi "limpahan" Ilmu kepada tingkat yang di bawahnya, maka kumpulan yang bersifat Jalal yang menjadi "Al-Nafusl Kulliyah2" itu dinamakan "Al-Aqlul Kull" atau "Al-Qalam3", manakala kumpulan yang bersifat Jamal, tempat ia melimpahkan ilmunya menjadi "Al-Nafsul Kulliyah3" atau "Al-Luh Mahfuz3".

Dalam nisbah ini "Al-Aqlul Kulli" menjadi lelaki dan "Al-Nafsul Kulliyah3" menjadi perempuan, bapa dan ibu.

Sekarang sampailah kita kepada tingkat yang terakhir, Al-NafsulKulliyah3 itu dipandang dari segi limpahan ilmu, ia dinamakan pula "Al-Qalam4", manakala "Al-Nafsul Juzi'yah" ertinya "Jiwa Bahagian". iaitu jiwa tiap-tiap seorang manusia, tempat ia melimpahkan ilmunya, dinamakan "Al-Luh".

Seluruh tingkat dalam Tingkat Ketuhanan atau Perbendaharaan Yang Tersembunyi di atas, yang dipandang dari segi limpahan ilmuNya, jika ia diperlihatkan dengan rajah, berbentuk seperti di bawah ini

.

Kembali Ke Tajuk Husnul-Dzan