|
Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis
Dan ditanyai Abu Said Al-A'raabi rahimallahi Taala daripada Fana. Maka katanya;
[Fana itu] iaitu zhohir Sifat 'AzomahNya dan JalalNya atas hamba; maka memfanakan ia('AzomahNya) akan dia(hamba) daripada dunia dan akhirat dan segala ahwal dan darjat dan Maqaamat dan Azkar; memfanakan akan dia(hamba) daripada tiap-tiap suatu dan daripada dirinya dan daripada Fananya.
Keterangan Suluk
Bertemu pula dengan satu pengalaman keruhanian yang sering diperkatakan oleh para sufi yang telah melaluinya. Semata-mata dengan rasa keruhaniannya, dan dapatannya pula bukanlah berdasarkan ilmu. Hakikat pengertian sebenarnya adalah pada rasa dalam pengalaman itu.
Sekadar satu keterangan berkenaan dengannya, Fana mengikut Sufi di atas ialah apabila nyata dan zohir Sifat Kebesaran dan Keagungan Allah ke atas hati hambaNya yang dipilih. Penzhohiran Sifat-Sifat ini adalah sebagai satu Tajalli Ketuhanan Yang Agung dan Yang Memilik Kebesaran itu ke atas hati hamba-hambaNya yang natijah dan kesannya ialah;
FANA ialah apabila Keagungan Allah Subhanahuwa Taala yang tidak terbatas itu kelihatan kepada si hamba dan menjadikan ia lupa kepada alam ini dan alam akhirat dengan segala Hal, Martabat dan Maqamnya dan lupa kepada mengingati seluruhnya itu, dan ia tidak nampak lagi kepada segala yang zahir dan segala yang ternampak oleh akal dan jiwanya, dan ia hancur lebur di sana, hinggakan hancur lebur itu pun hilang sirna dari ingatannya, sehingga seluruh dirinya tenggelam dan hilang dalam lautan Ma'rifat yang tidak bertepi dan tidak terkira dalamnya itu.
Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis
Maka jikalu engkau berkehendak bahawa keluar engkau daripada penjara wujudmu kepada luas syuhudmu, maka fanakan olehmu daripada wujudmu dan haulmu dan kuatmu. Maka engkau lihatlah barang yang Kurnia Allah Taala atasmu daripada segala rahsia yang ghaib-ghaib yang tersembunyi daripadamu.
Keterangan Suluk
Dari pihak atasnya mengertilah kita bahawa Fana itu adalah anugerah Allah buat hambaNya yang terpilih. Namun jika dilihat pula dari pihak bawahnya yakni apa yang sayugianya dilakukan oleh seorang hamba yang berkehendak membebaskan dirinya daripada penjara wujudnya; keterangan di atas mungkin boleh memandu kita untuk memahaminya.
Yang dimaksudkan dengan penjara wujudmu ialah kurungan(tabiat) sifat-sifat basyariah hamba serta liarnya tilikan dan pandangan kepada melihat upaya dan kekuatan diri. Membebaskan diri daripada kurungan rasa dan wujud diri sendiri hendaklah dilakukan dengan menceraikan sebarang rasa dan dakwa-dakwa yang terbit dari dalam hati. Inilah apa yang dikatakan sebagai menfanakan daripada wujudmu dan haul(upaya) dan kekuatanmu. Selagi masih ada rasa kecenderungan untuk menilik diri
Keterangan dan Huraian Selanjut oleh Tok Pulau Manis
Dan hanya sanya mendahulukan Mualif akan dukacita kerana bahawasanya ia(dukacita adalah) hal permulaan, dan mengakhirkan ia akan Roja' kerana bahawa sanya ia(Roja' adalah) awal darjat al-Makrifat, dan dijadikan isyarat kerana ia memberi faedah tiap-tiap daripada keduanya(dukacita dan Roja)
Keterangan Suluk
Keterangan di atas adalah sebagai merumuskan apa yang telah dibangkitkan dalam beberapa siri pengajian yang lalu berkenaan dengan;
Dan hanya sanya mendahulukan Mualif akan
dukacita kerana bahawasanya ia(dukacita adalah) hal permulaan
Adalah sebab mengapa Muaif(Sheikh Ibnu Atoillah As-Kanddari ra.) mendahulukan
dukacita kerana ianya adalah hal permulaan orang-orang Salik. Sebagai
menyatakan jika timbul rasa kesedaran dan dukacita di atas kelalaian diri
di samping penderhakaan kepada Allah yang sentiasa dilaluinya, jika
ianya tidak diikuti dengan mujahadah dalam mendirikan taat adalah terpedaya.
Dukacita itu hendaklah disertaikan dengan Mujahadah. Inilah hal Salik
dalam permulaannya, sebagai seorang ahli thoriq yang terjaga dari
mengantuk lalai dan tidur jahilnya.
dan mengakhirkan ia akan Roja' kerana bahawa
sanya ia(Roja' adalah) awal darjat al-Makrifat
Dan kenapa pula diakhirkan kalam hikmahnya sesuatu berkenaan Roja,
kerana ia adalah awal permulaan darjat Ahli Makrifat. Sebagai muara
ke lautan yang tiada bertepi. Orang yang Roja ialah orang yang hidup
kesedarannya(ilmu) dengan amal. Insya Allah, kita
akan sama-sama dapat meneliti huraian berkaitan dengan Roja' ini dalam
pengajian yang berikutnya.
dan dijadikan isyarat kerana ia memberi faedah tiap-tiap daripada keduanya(dukacita dan Roja)
dan mengapa pula diselitkan berkenaan Isyarat di antara kedua-dua hal tersebut(dukacita, Roja') sebagai menyatakan faedah atau kebaikan yang akan diperolehi dari hal-hal tersebut iaitu amal dan ilmu.
Kalam
Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari yang selanjutnya;
|
|
Keterangan dan Huraian oleh Tok Pulau Manis
Bermula Harap itu barang yang beserta akan dia amal; dan jikalau tiada demikian, maka iaitu angan-angan namanya. Maka angan-angan itu hukumnya mati.
Keterangan Suluk
Bersambung.....Insya Allah.....di bawah tajuk Roja' atau Harap.
|
|