Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Asal Kejadian Daripada Nur Muhammad

Adapun asal kejadian segala Ashyaa'(sesuatu yang dijadikan Allah) ini mengikut pendapat Sufiah dijadikan dia daripada Nur Muhammad manakala Nur Muhammad itu dijadikan daripada Nurul Zat iaitu mereka berpegang kepada hadis Jabir yang tersebut di dalam kitab Ad-Durul-Nafs yang bermaksud;

Awal-awal barang yang telah dijadikan oleh Allah Taala itu Nur Nabi engkau hai Jabir. Maka menjadi Ia Allah daripadanya(Nur Muhammad) akan beberapa Asyaa' dan kamu daripada demikian itu Asyaa'.

Hai Jabir!!!..bahawasanya Allah Taala menjadi Ia sebelum Asyaa' akan Nur Nabi engkau daripadaNya (Nurul Zat)

Bahawasanya Allah Taala menjadi Ia akan Ruh Nabi SAW. daripada ZatNya dan menjadi Ia akan alam sekelian daripada Nur Muhammad SAW.

Tiga hadis ini Ihtimal(berpegang) penulis belum berjumpa Rawi atau Sanad siapakah yang mengeluarkan ini hadis. Tetapi ditanggung atas pendapat orang Sufi bahawasanya hadis ini diriwayatkan daripada Jabir; maka kita tidak berani hendak menolak pendapat sufi itu kerana sedikit ilmunya dan kurang pengetahuan.

Dan orang-orang Sufi mentafsir hadis ini mengikut kaedah yang terang dan jelas di sisi mereka kerana setengah golongan mentafsirkan hadis ini menyeleweng daripda hakikat dan tujuan asal iaitu bagi Sufi hadis ini ada sedikit takwil iaitu dari segi Nur.

Mengikut pendapat orang-orang Sufi maksud Nur Nabi SAW. itu bukan Nur dengan makna cahaya cerah seperti cahaya matahari atau bulan atau lain-lainnya. bahkan adalah ia(Nur) dengan makna Ruh kerana faham daripada hadis yang ketiga dan juga kerana Ruh Nabi SAW. itu dijadikan akan segala Asyaa'. Inilah maksud hadis Rasulullah SAW. yang bermaksud;

Maka adalah Ruh Nabi SAW. itu asal segala Ruh maka dinamakan dia;

Adapun maksud dengan Nurul Zat Allah Taala itu bukan Nurul Zat dengan makna cahaya Zat kerana Nur dengan dengan makna cahaya itu makhluk(suatu yang lain daripada Allah). Barangsiapa mensifat Allah Taala dengan makhluk maka jadi KAFIR ia Wal'iyazubilLah bahkan adalah Ia nama bagi Sifat Kamalat Tuhan yang tak terhingga banyaknya dan pada istilah orang Sufi memadailah membilang empat Sifat jua iaitu;

dan termasuk A'yan Saabitah. Inilah yang dinamakan Nurul Zat Allah Taala.

Tajuk Seterusnya [Ringkasan Martabat Tujuh]

Kembali Ke Index Mengenal Diri Mengenal Allah

Sebarang kesamaran dan kemusykilan, silalah rujuk kepada guru yang Ahli dalam Ilmu ini.

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayahnya