Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Ringkasan Martabat Tujuh

Peringatan dari Suluk

Perbincangan tajuk ini adalah meliputi Ilmu Tahqiq yang menjadi puncak atau pati kepada Ilmu Usuluddin(Sifat 20, Ilmu Kalam,Ilmu Tauhid dsb). Kepada anda yang menghadapi masalah untuk memahaminya; sebaiknya mengadaplah guru-guru yang Alim dalam bidang ilmu ini(Usuluddin) . Anda mesti mengenali dan menguasai Ilmu Usuluddin terlebih dahalu sebelum boleh berkenalan dengan Ilmu Takqiq ini. Jika tidak, anda akan bermasaalah, dan menemui masalah. Perbincangan tajuk ini Suluk paparkan hanya untuk ahli-ahlinya yang telah 'clear' ilmunya dengan;

Jika tidak, abaikan dulu Martabat Tujuh ini dan alihkan usaha anda untuk menguasai Ilmu Usuluddin dahulu. Jika semua sudah 'clear' bagi anda silalah ikuti perbincangan di bawah.

Setengah daripada jalan mengenal Allah Taala itu ialah dengan mengetahui perjalanan Martabat Tujuh kerana adalah ia setengah daripada kaedah yang boleh menyampaikan kepada makrifat Allah Taala. Dengan ianya juga dapat mengetahui asal usul kejadian diri kita dan mengetahui Martabat Musyahadah yang dinamakan Syuhuudul Kashrah Fil Wahdah.

Martabat Pertama Ahdiah

Martabat Ahdiah yang dinamakan Martabat La Ta'Yun(martabat yang tiada nyata Hakikat Muhammadiah) dan dinamakn juga Zat Al-Mutlak atau Zat Al-Bakhat iaitu memandang dengan hati akan semata-mata Wujud Zat Allah Taala dengan tiada iktibar SifatNya dan AsmaNya dan AfaalNya dengan sekira-kira ghaib segala Alam dan dirinya(hamba) dengan memandang Allah Taala; tiada ingat dalam hatinya' hanya Allah Taala jua.

Dan martabat ini adalah Martabat Sifat Nafsiah(istilah Ilmu Usuluddin) kerana martabat Zat pada ulama Tahqiq daripada Ahli Tasauf. Dan tiada sampai kepada darjah martabat ini melainkan sentiasa berbimbang dengan zikir Allah kerana martabat ini Martabat Wahdatul-Wujud(Wujud yang Esa). Kata Sidi Mustaffa Al-Bakri Rahimallahi Taala;

"Ketahuilah olehmu bahawasanya jalan yang terlebih hampir makrifat kepada Allah Taala itu ialah Zikrullah; bahawasanya ahli zikir itu Ahli Allah dan dialah orang yang tertentu hampir dan kedudukan yang hampir dan martabat mereka itu ialah mertabat yang dipercayai Allah Taala rahsiaNya dan mencapai mereka itu dengan sebab yang demikian itu akan martabat orang-orang dahulu iaitu mereka yang dapat petunjuk dan jauh daripada jalan murka dan sesat".

Martabat Kedua Wahdah

Martabat Wahdah yang dinamakan dia martabat Ta'Yun Awal (Nyata Yang Pertama) dan dinamakan juga Syu'un Zaatiah ertinya pekerjaan Zat dan dinamakan juga Hakikat Muhammadiah dan Syuhuudul Wahdah Fil Kasrah.

Dan martabat ini adalah keadaan Sifat Maani yang tujuh kerana Sifat Maani itu martabat sifat. Martbat ini adalah ibarat daripada Ilmu Allah Taala dengan ZatNya dan segala SifatNya dan segala yang maujud atas jalan Ijmal iaitu tiada boleh dibezakan setengah dengan setengahnya dan takluk dalam martabat ini takluk Suluhi(Istilah Ilmu Usuluddin).

Martabat Ketiga Wahdiah

Martabat Wahdiah yang dinamakan dia Martabat Ta'yun Saani ertinya nyata yang kedua dan dinamakan juga A'Yan Sabitah dan Hakikat Insaaniah.

Dan dalam ini takluk Ilmu dan Iradat adalah Takluk Tanjizi Qadim dan

Taklum Iradat adalah Taklum Suluhi Qadim.

Adapun martabat ini keadaan Sifat Maknuwiyah kerana Sifat Maknuwiyah adalah martabat Asma dan adalah martabat ini ibarat daripada ilmu Allah Taala dengan ZatNya dan sifatnya dan segala makhluk atas jalan perceraian dan perbezaan setengah dengan setengahnya.

Maka tiga martabat {Ahdiah, Wahdah dan Wahdiah}ini Qadim lagi Azali kerana ia martabat yang dibangsakan kepada Ketuhanan. Adapun sekelian makhluk wujud di dalam Ilmu |Allah jua belum zhohir kepada Wujud Khoriji.

Martabat Keempat Alam Arwah

Martabat Alam Arwah yang dinamakan dia Nur Muhammad SAW. iaitu ibarat daripada keadaan suatu yang seni yang semata-mata belum menerima susunan dan belum boleh dibezakan.

Martabat Kelima Alam Mishal

Martabat Alam Mishal ini ibarat daripada suatu daripada suatu yang seni yang tiada menerima susunan dan tak boleh menceraikan setengah dengan setengahnya dan tiada menerima belah bahagi.

Martabat Keenam Alam Ijsam

Martabat Alam Ijsam ibarat daripada suatu yang bersusun daripada api, angin, air, tanah dan menerima bercerai setengah dengan setengahnya seperti segala jisim-jisim.

Martabat Ketujuh Alam Jamik

Martabat Al-Jamik dan dinamakan dia Martabat Insan.

Peringatan

Adapun martabat yang pertama yakni Martabat Ahdiah ialah Martabat Al-Zhuhur iaitu martabat semata-mata wujud Zat Allah Taala; belum zhohir kenyataan Zat Allah Taala kepada yang lain, hanya semata-mata Wujud Zat Allah Taala jua dan dinamakan dia juga Martabat Qhaibil Mutlak kerana wujud Allah Taala pada martabat ini qhaib daripada akal dan pancaindera.

Dan enam martabat lagi dinamakannya Martbat Al-Zhohir seperti Martabat Wahdah, dhohir Hakikat Muhammad yang dinamakannya Ta'yun Awal dan Martabat Wahdiah zhohir Hakikat Insaniah yang dinamakannya Ta'yun Awal. Dan tiga martabat ini adalah ialah martabat yang Wajib lagi Qadim.

Empat martabat yang kemudian iaitu Martabat Alam Arwah dan Martabat Alam Mithal dan Martabat Alam Ijsam dan Martabat Alam Insan maka sekeliannya itu Martabat Mumkin yang Hadis atau Makhluk(sesuatu yang baru yang menerima ada atau tiada). Mumkin yang Hadis(baru/suatu lain daripada Allah) ini wujud dalam tiga tempat iaitu;

1.Wujud dalam Martabat Ta'Yun Awal yakni Martabat Wahdah iaitu sabit dalam Ilmu Allah Taala atas jalan Ijamal yang dinamakan Wujud dalam martabat ini Wujud Suluhi dan Wujud Taqdiiri atau Syu'un Zaatiah seperti firman Allah dalam Surah Al-Rahman;29 yang bermaksud;

iaitu Wujud Alam dalam martabat ini Wujud Taqdir dalam Ilmu Allah belum wujud pada Khoriji.

2. Wujud dalam Martbat Ta'Yun Thani yakni Martabat Wahdiah iaitu Wujud Taqdiiri yang sabit dalam Ilmu Allah Taala yang Tafsiili yang dinamakan wujud alam ini Wujud Suluhi atau A'Yan Sabitah iaitu sabit Taqdir segala Alam di dalam ilmu Allah Taala dengan perceraian dan perbezaan setengah akan setengahnya tetapi belum zohir wujudnya pada Khoriji.

3.. Wujud pada Khorij yakni pada dhohir dinamakan dia Wujud Tanjizi dan A'Yan Khorijah dan Mumkin atau makhluk atau Alam Hadis seperti firman Allah dalam Hadis Qudsi yang bermaksud;

Adapun Alam yang Maujud pada Khorij itu empat alam iaitu;

1. Alam Arwah dinamakan dia Nur Muhammad SAW. seperti sabda Nabi SAW. yang bermaksud"Permulaan yang dijadikan oleh Allah Taala Nurku daripada NurNya(Allah)". Inilah asal kejadian ruh makhluk.

2. Alam Mithal iaitu ibarat daripada perceraian ruh yang tersebut itu kerana asal Ruh itu satu jua. Maka apabila berbilang beberapa rupa yang berbeza dinamakan dia Alam Mithal. Ahli Tasauf buat contoh Alam Arwah seperti laut dan Alam Mithal itu seperti ombak yang di dalam laut itu. Maka ombak itu berbeza-beza pada rupanya dan pada asal dan hakikatnya satu jua iaitu laut. Demikianlah segala hakikat Ruh tiada berbilang-bilang ia, hanya berbilang-bilang rupa Alam Mithal jua.

Adapun Alam Arwah dan Alam Mithal tidak didapatkan dia dengan pancaindera yang lima yang zhohir ini melainkan didapatkannya dengan Nur Iman yang dipertaruhkan dalam hati hamba yang dikasihi kerana Alam Arwah dan Alam Mithal itu Nur. Maka tiada didapatkan Nur melainkan dengan Nur. Dinamakan Alam Arwah dan alam Mithal ini Alam Malakut dan Alam Qhaib. Dan dengan martabat ini dapat mengenal martabat yang tiga terdahulu yang Qadim itu. Apabila dapat mengenal tiga martabat yang Qadim ini, nescaya dapat mengenal Allat Taala dengan sebenar-benar pengenalan.

3. Alam Ijsam dinamakan dia Alam Mulki dan Alam Syahadah dan iaitu yang didapat dengan pancaindera lima yang zhohir.

4. Alam Insan iaitu manusia yang elok kejadiannya seperti firman Allah yang bermaksud; "Sesungguhnya Kami jadikan akan manusia itu seelok-elok kejadian" dan juga manusia adalah semulia-mulia makhluk Tuhan seperti firmanNya yang bermaksud, "Demi sesungguhnya Kami mempermuliakan anak cucu Adam." Maka inilah dinamakan Insanul Kamil yang setengahnya sampai kepada Maqam Ambiya' dan setengahnya kepada Maqam Aulia' dan lain-lain lagi.

Tajuk Seterusnya ['Itiqad Yang Bidaah]

Kembali Ke Index Mengenal Diri Mengenal Allah

Sebarang kesamaran dan kemusykilan, silah rujuk kepada guru yang ahli dalam ilmu ini

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayahnya