|
|
Barangsiapa tiada berhadap ia atas Allah Taala dengan segala Lathif Ihsan, nescaya dihela ia kepadaNya dengan segala rantai cuba daripada jatuh maksiat dalam segala harta dan segala badan dan ketiadaan sampai kehendaknya dan kehinaan dalam menuntut barang yang dikehendakinya. Dan demikian itu supaya kembali hamba itu kepadaNya dengan digagah apabila tiada berhadap ia atasNya dengan kebaktian.
Keterangan Suluk
Segala Lathif Ihsan bermaksud segala anugerah kurnia nikmat yang penuh kelembutan dari limpahan Kasih Sayang Allah Taala ke atas hamba-hambaNya. Antara contohnya ialah;
Contoh terbaik untuk memperikan hal ini ialah umpama seorang yang diserang penyakit kencing manis, lemah jantung dan darah tinggi dengan serentak. Jika sebelum ini, mereka menjamu nafsu seleranya dengan pelbagai makanan dan minuman yang enak-enak sehingga melupakan lalai untuk beribadat kepada Allah seperti sering tidak sembahyang, malas untuk berpuasa di bulan Ramadhan, tidak membahagikan kelebihan yang ada kepada fakir miskin atau kaum kerabat yang ada, maka dengan sakit-sakit yang tersebut, mereka terpaksa banyak berpantang. Ini tak boleh makan, itu tak boleh minum, ini tak boleh pakai, itu tak boleh digunakan atau malah mungkin, penyakit-penyakit yang kronik itu sudah tak dapat diubati lagi. Kata doktor, hanya kuasa Allah sahaja yang dapat menyelamatkannya.
Maka di kala ini, putuslah segala cita-cita dan kecenderungan nafsunya. Apa yang terfikir ialah mati, amal ibadat yang hendak dibawa, keampunan dana keredaan daripada Allah Taala. Dengan hati yang merujuk dan berharap kepada Allah seperti di atas, maka sesungguhnya akan berhadaplah hati yang lalai dengan nikmat sebelumnya kepada Allah dalam keadaan yang serba lemah dan mengharap. Inilah apa yang boleh difahamkan dari keterangan Dan demikian itu supaya kembali hamba itu kepadaNya dengan digagah apabila tiada berhadap ia atasNya dengan kebaktian. yakni sebagai salah satu cara untuk mengheret kembali hamba yang lupa dan lalai untuk berhadap kepadaNya. Kenyataan ini tidak berlawanan seperti yang tersebut dalam Kitab Tanbihul Ghafilun, bahawasanya Rasulullah SAW, pernah bersabda;
"Sesungguhnya adakalanya Allah telah menyediakan suatu darjat bagi seseorang, tetapi tidak dapat dicapai dengan amalannya, sehingga diuji dengan bala yang menimpa pada jasmaninya maka tercapailah dengan itu".
Semuanya adalah semata-mata sebagai satu limpah kurnia dan anugerah Allah Yang Maha Pemberi kepada hamba-hamba pilihanNya sebagaimana yang tersebut dari........
Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Maka segala nafsu(zat hamba) yang mulia itu berhadap ia atasNya kerana IhsanNya dan FadholNya; dan segala nafsu yang jahat itu tiada kembali ia kepadaNya melainkan dengan balaNya dan cubaNya.
Keterangan Suluk
Jiwa hambanya yang bersih dan mulia sentiasa mudah untuk berhadap dan bermakrifat kepada Allah Taala dengan limpah pemberiaan dan kurniaNya. Itu adalah bagi jiwa yang hidup dengan fitrah asalnya yang suci bersih lagi mulia. Mereka adalah jiwa-jiwa yang lemah-lembut lagi tahu mensyukuri nikmat. Darjah kebaktian mereka sentiasa meningkat dengan setiap kali mensyukuri nikmat-nikmat kebaikan dan kelembutan Allah, dan ada yang sampai tenggelam dalam memandang IhsanNya dan FadholNya.
Berbeza dengan jiwa seorang hamba yang telah dikotori dan dikuasai oleh nafsunya yang jahat. Jiwa ini adalah jiwa yang lalai dan sentiasa kufur pada nikmat pemberian Allah Taala. Nafsu yang jahat ini sekali-kali tidak mudah dan tidak akan kembali kepada Allah melainkan dengan cara kekerasan dan paksaan. Jiwa yang begini hanya akan sedar apabila bila dituangkan kepadanya bala dan cubaan yang berat dari Allah Taala. Inilah hal kebanyakan perangai dan akhlak segala orang awam yang kebanyakan sebagaimana yang tersebut dalam.
Dengan ini, terdapat dua cara bagaimana ALlah menarik hamba kepadaNya yang terpancar pada hal dua golongan sebagaimana.......
Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan adalah manusia dalam berhadap kepada Allah Taala itu atas dua bahagi;
Maka adalah hasilnya bahawasanya yang dikehendaki Allah Subhanahuwa Taala[ialah] rujuk hamba itu kepadaNya dengan kebaktian atau dengan digagah. Maka yang awal itu hal segala orang yang merdeka; dan yang kedua itu hal segala orang yang ahli Agyar.
Keterangan Suluk
Daripada keterangan dan perbincangan yang berkenaan dengan kalam hikmah di atas, maka hasil kesimpulannya adalah ;
Apa yang dikehendaki oleh Allah Taala daripada segala anugerah yang berupa pemberian nikmat, atau timpaan bala dan cubaan ke atas seseorang hamba adalah bertujuan untuk mengheret dan menarik hamba pilihanNya supaya sentiasa rujuk menghadap kepadaNya.
|
Keterangan Suluk
Barangsiapa tidak bersyukur yakni kufur pada segala nikmat yang Allah
kurniakan kepadanya, yang terdiri daripada kesenangan, atau harta-benda
atau kesihatan tubuh-badan dan sebagainya, maka sesungguhnya telah
melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan nikmat itu dicabut darinya.
Kesenangan yang dinikmati sebelumnya akan ditukarkan dengan kesukaran dan
kesusahan.
Kekayaan yang dimiliki sebelumnya akan disentak dengan meninggalkan
kemiskinan dan kepapaan.
Kesihatan akal-fikiran dan tubuh-badan akan digantikan dengan pelbagai
kesakitan dan kesengsaraan.
Sebaliknya jika serang hamba itu sentiasa mensyukuri nikmat dan limpah pemberian Allah kepadanya, maka sesungguhnya sifat yang bersyukur itu sebagai satu ikatan yang menambat anugerah nikmat Allah dengan sentiasa hampir di sisinya.
Namun demikian, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan bersyukur
itu?
Bagaimanakah wajah-wajah orang-orang yang sentiasa mensyukuri nikmat
yang diterimanya?
Dan apakah sebenar-benar hakikat bersyukur itu?
Persoalan-persoalan inilah yang menjadi perbincangan dari keterangan yang selanjutnya. Kita ikuti.....
Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Bermula syukur itu suka hati pada Yang Memberi ni'mat, tiada pada ni'mat hingga lalu demikian itu pada segala anggota. Maka tertegahlah daripada berhadap bagi lainnya, dan menghinakan pada pekerjaannya(urusan dirinya).
Keterangan Suluk
Bermula syukur itu suka hati pada Yang Memberi ni'mat, tiada pada ni'mat yakni Hakikat syukur ialah melihat kepada Yang Memberi Ni'mat, bukannya menilik kepada apa yang diberikan. Dengan melihat kepada Yang Memberi yakni Allah, maka timbulkan kesukaan pada hati untuk sentiasa melihat kepada Yang Memberi sehingga melupakan apa yang diterima.
hingga lalu
demikian itu pada segala anggota membawa maksud Kesukaan
hati untuk bersyukur secara hakikat ini yakni dengan sentiasa Musyahadahkan
Allah hinggakan ianya terjelma pada setiap anggota.
Kata guru suluk, seorang yang berada dalam hal ini, jika berdempak(bertembung) dua pekerjaan/perkara dalam satu masa yang sama yakni seumpama menerima panggilan Azan untuk bersholat Zohor dengan panggilan isteri untuk makan tengahari, maka akan dikerjakan sholat itu terdahulu daripada makan. Ini adalah kerana orang yang menjejaki hakikat syukur ini sentiasa menghinakan pada pekerjaannya(urusan dirinya).
Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan kata Sheikh Junaid rahimaLlah;
Adalah aku kepada(di sisi majlis) Sheikh Sirri al-Saqati, dan aku pada masa itu berumur tujuh tahun. Dan [di]hadapannya beberapa orang berkata-kata mereka itu dalam(berkenaan bab) syukur. Maka kata Sheikh itu; "Hai budak, apa syukur?". Maka kataku; "Tiada derhaka akan Allah dengan sebab ni'matNya". Maka katanya (Sheikh Sirri al-Saqati); "Hampirlah ada bagimu daripada Allah lisanmu". Maka sentiasa aku menangis atas kalimah ini.
Keterangan Suluk
Ada tiga pengajaran utama yang boleh diifahami melalui keterangan Imamiyah Tasauf semasa bersama salah seorang dari guru-gurunya Sheikh Sirri al-Saqati.
Pertama; Berkenaan dengan jawapan Sheikh Junaid yang ringkas tetapi padat dan berhikmah. Menurutnya Syukur ialah "Tiada derhaka akan Allah dengan sebab ni'matNya" yang bermaksud; Orang yang bersyukur ialah;
Ketiganya; Berkenaan dengan pujian gurunya "Hampirlah ada bagimu daripada Allah lisanmu". Maka sentiasa aku menangis atas kalimah ini. telah wujudnya rasa takut dan bimbangnya kepada bahaya pujian yang boleh menjerumuskan kepada sifat-sifat mazmumah. Ini adalah kerana "Hampirlah ada bagimu daripada Allah lisanmu" membawa maksud tersangat eloknya perkataan Sheikh Junaid itu yang menunjukkan taraf kehampirannya dengan Allah Taala. Di atas pujian inilah telah tumbuh perasaan gusar dan takut sekali kepada wujudnya penderhakaan terhadap ALlah dalam bentuk-bentuk sifat mazmumah.
Keterangan selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Di kata mereka itu bahawasanya syukur itu atas tiga bahagi iaitu;
Bersambung lagi.....Insya Allah dalam Pengajian yang berikutnya dengan tajuk Bahagian Syukur
|
|