Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pengajian Kitab Hikam Kuliah Maghrib Hari Khamis ( 13. 07. 2000 / 10 Rabiul Akhir 1421)
JALAN MEMBAIKI ADAB
Sambungan Dari Pengajian Terdahulu

Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis

Dan kata Ibnu Atho' r.a;

Bermula nafsu itu diperangikannya atas jahat adab;  dan hamba itu disuruh dengan melazimkan adab.  Maka nafsu itu melakukan dengan tabiatnya dalam medan taat;  dan hamba itu menolakkan dia dengan Mujahadah daripada jahat yang dituntut[oleh nafsu].

Keterangan Suluk

Sifat fitrah atau semulajadi nafsu adalah sentiasa mendorong ke arah kejahatan,  kelalaian dan penderhakaan terhadap Allah.  Sementara seorang hamba yang telah mencapai kesucian diri akan hidup dengan fitrah ruhnya yang sentiasa beradab dengan Penciptanya.  Maka dengan ini,  jelas sekali pada diri seseorang hamba itu sentiasa akan ada kontradiksi dan pertentangan antara dua sifat ini yakni kecenderungan ke arah nafsu yang jahat dan kecenderungan ke arah ruhnya yang suci bersih.

Dengan demikian,  adalah menjadi kewajipan dan kefarduan seorang hamba yang ingin menyempurnakan fitrahnya asal,  berjuang dan berjihad dengan apa jua cara bagi melentangi runtunan nafsu syhawat yang sentiasa ingin menyeretnya ke lembah kebinasaan.

Namun demikian,  apalah daya dan upaya seorang hamba yang ingin bermujahadah melawan nafsu yang ganas ini,  tanpa panduan dan bimbingan dari seorang yang ahli dan yang tahu akan selok-belok kelicikan nafsu ini.  Untuk itu,  seorang sahabat atau seorang guru amatlah diperlukan bagi mencapai maksud ini sebagaimana yang diutarakan melalui......

Keterangan Tok Pulau Manis Yang Selanjutnya;

Dan kerana inilah sekelian itu berkehendak  setiap murid itu kepada

kerana bahawasanya jikalau tiada menarik segala perbuatannya atas kehendak lainnya,  nescaya tiada sah baginya berpindah daripada hawanya dan jikalau sampai dalam kesudah-sudahan Riyadhoh dan Mujahadhoh kerana sangat tebal hijab dirinya.

Keterangan Suluk

Bagi mencapai maksud perjuangan untuk menundukkan hawa nafsu dan dapat bebas merdeka hidup dengan fitrah asal dirinya,  maka setiap murid perlu bersahabat dan mendekati seorang guru yang mursyid.  Ini adalah kerana seorang yang telah mencapai tahap Masyayeikh itu adalah seorang yang telah sampai kepada Allah dan penuh pengalaman mereka dengan selok-belok perjalanan,  tipu-daya dan kelicikan nafsu yang jahat adab.

Adalah amat perlu murid itu taat dan patuh kepada nasihat,  panduan dan arahan dan kehendak-kehendak gurunya sekaligus mematuhi larangan-larangannya.  Ini adalah kerana setiap panduan dan kehendak dan arahan guru tersebut adalah merupakan disiplin atau siasah atau senjata yang boleh menundukkan dan melembutkan hawa nafsunya.

Dari keterangan di atas,  juga dapat difahami seandainya seorang murid tidak dapat mengikut tarbiyah,  disiplin dan adab-adab yang dianjurkan oleh seorang guru,  dengan masih mengekali dan cenderung kepada sesuatu kehendak yang lain,   maka tiada sah atau lebih tepat lagi jangan haraplah bagi murid tersebut untuk membebaskan diri mereka dari tambatan nafsu mereka.  Malahan jika mereka mencubanya dengan cara mereka sendiri sehingga kepada sehabis-habis kuat Riyadhoh dan Mujahadah sekali pun,  mereka tidak akan mampu untuk menundukkan nafsu mereka yang sentiasa dengan jahat adab itu.  Ini adalah kerana seseorang murid yang tidak mampu untuk melaksanakan adab-adab sebagaimana yang digariskan oleh seseorang guru itu menunjukkan betapa tebalnya dinding dan hijab diri mereka dengan tutupan nafsu yang licik tersembunyi itu.

Seorang yang jahil,  seorang yang tidak berpengalaman dan seorang yang masih tohor dengan pengetahuan keruhanian tidak akan mampu dan berupaya untuk bergerak sendirian dalam perjuangan mereka.  Mereka perlu berguru,  mereka perlu bersahabat,  mereka perlu menuntut ilmu ini dari yang arif kerana hanya dengan jalan ini sahajalah mereka akan terbuka dan terlorong jalan-jalan untuk membaiki dan menyempurnakan adab-adab Kehambaan dan Ketuhanan.

Kita ikuti perbincangan selanjutnya dari mereka yang arif lagi berpengalaman dengan hal-hal adab ini berdasarkan ........

Keterangan Selanjutnya Wali Allah Tok Pulau Manis dengan sedikit ulasan dari suluk

Dan kata setengah mereka itu(ahli sufiah);

Bermula segala adab itu tersimpan atas lima perkara;


Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis

Dan adalah jahil murid itu dengan tiga perkara;

Keterangan Suluk

Keterangan selanjutnya di atas adalah merupakan perihal yang berkaitan dengan lawan kepada orang-orang yang tahu beradab yakni yang terdiri daripada golongan yang jahil dengan adab-adab  sebagai seorang hamba dengan TuhanNya.  Mereka yang dimaksudkan ini terdiri daripada golongan murid yang masih baru dan mentah dalam perjalanan keruhanian ini.

Adalah jahil mereka ini berpunca dari tiga sebab iaitu;

Pertama,  terpedayanya pada zhohir barang yang berlaku atasnya daripada TolongNya dengan sangkaannya; yakni kerana terpedaya dengan keseronokkan mereka dalam beramal dengan disangkakan telah mendapat pertolongan dari Allah;


Dan kedua,  baik sangkanya pada dirinya ; yakni sentiasa berbaik sangka pada dirinya setelah lama sudah melakukan riadah dan mujahadah hingga telah banyak amal-ibadat yang dapat dikerjakan kini. pada hal tasarufnya bermaksud merasakan dan memandang dirinya yang kuat bermujahdah dan berbuat amal-ibadat.  Mengikut guru suluk,  sangkaan bahawa dirinya tasaruf(berbuat ibadat) ini menimbulkan rasa Ujub dan Takkabur di hatinya yang akhirnya meranapkan segala kebajikannya dan mensia-siakan kebaikan yang telah sekian lama dilakukan.  Inilah bahayanya kejahilan murid.  Lebih bahaya lagi ialah....

Dan ketiga,  menolong kesalahannya dengan membukakan pintu ta'wil. yakni sentiasa menyedapkan hatinya dengan pelbagai alasan(takwil) yang diharuskan oleh syarak pada setiap kali terjatuh dalam kesalahan atau pelanggaran adab semasa beramal.  Dan apabila pintu takwil dibuka,  maka terlupalah mereka untuk merayu dan memohonkan keampunan dari Allah Taala yang sentiasa terbuka untuk mereka.  Seolah-olah mereka sendiri yang cuba menutup pintu taubat dengan asyik dengan pelbagai takwilan yang dibujuk oleh syaitan  dan nafsu yang licik lagi tersembunyi.

Tidak hairanlah dengan kejahilan ini,  dalam masyarakat kini ada tokoh-tokoh ulama yang menolong melakukan penderhakaan kepada Allah dengan melakukan pelbagai takwilan yang boleh merosakkan kemuliaan Syariat Islam.  Contohnya;

Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis

Dan demikian itu daripada redho daripadanya dan lupa daripada takut Makri kerana tiada tawafuf amar Allah dalamnya atas ilmunya seperti yang dinyatakan Mualif dengan katanya;

Bersambung lagi dalam pengajian berikutnya di bawah tajuk...... Makri Tuhan

[[Kembali ke Index Pengajian Kitab Hikam]]

Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar