Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Komentar

Syabas kepada Presiden PAS yang telah mengumumkan kabinet bayangan yang terdiri dari ahli-ahli Parlimen PAS.

Ianya akan dapat memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa PAS benar-benar serius serta berupaya untuk menyaingi dan di suatu hari nanti menggantikan UMNO / Barisan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah.

Adalah diharapkan dengan adanya kabinet ini maka setiap aspek pentadbiran dan pemerintahan di dalam negara kita tidak akan terlepas dari perhatian PAS.

Kita yakin setiap ahli kabinet ini akan dapat memberikan komen kepada sebarang isu yang berbangkit di dalam negara kita.

Selain dari itu kita yakin bahawa ahli-ahli kabinet yang dilantik ini akan dapat mengutarakan penyelesaian-penyelesaian dari perkspeftif PAS terhadap sebarang masaalah yang dihadapi oleh negara kita ini.

Dengan itu sekiranya terdapat isu-isu di dalam hal-hal perumahan kita berharap agar "Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bayangan" akan dapat memberikan komen bagi pihak PAS dan penyelesaiannya dari perspektif PAS.

Di dalam keadaan di mana PAS sekarang ini merupakan parti Barisan Alternatif yang paling dominan sama ada dari segi kerusi Parlimen/Negeri  ataupun keahlian maka masanya telah tiba bagi PAS untuk menjadi jurubicara kepada seluruh rakyat Malaysia.

PAS perlulah yang paling ke hadapan di dalam Barisan Alternatif dan kedudukan PAS sebagai teras serta tunggak kepadanya adalah suatu reliati yang tidak dapat dipertikaikan oleh sesiapa sekalipun.

Ini pula ditambah dengan Presiden PAS yang telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen maka kepimpinan PAS di semua peringkat sama ada di peringkat Negeri, Kawasan ataupun Cawangan perlu diserlahkan.

Masa di mana PAS dan kepimpinan PAS hanya berlegar-legar di kalangan ahli-ahli PAS telah berlalu. Mereka perlu terjun ke dalam masyarakat dan mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh UMNO.

Rakyat mempunyai harapan yang besar terhadap PAS dan dengan itu janganlah dihampakan harapan mereka itu.

Ampang Jaya Terkini Komentar

To contact us:

E-Mail : pas _ampangjaya@hotmail.com
Telefon : 603-4934371