Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 


BIOGRAFI / SEJARAH HIDUP



 

 

Aku sebenarnya telah dilahirkan sebagai Mohd. Idzwan B. Yacob pada 1 Ogos 1977. Hari Isnin kalau tak silap aku bersamaan dengan 15 Sya`ban 1397 Hijrah. Mendarat di Hospital Butterworth sebagai bayi normal walaupun agak terlewat dari jangkaan doktor. Zaman kanak-kanak banyak aku habiskan di Kuarters Kem Tentera Udara di Butterworth kerana ayah aku merupakan seorang anggota TUDM di sana. Tak banyak yang aku ingat tentang zaman kecik-kecik dulu. Tapi yang pasti aku macam korang gak... takder laa yang special sangat. Cuma dengar ceritanya, aku nie lambat sikit pandai berjalan. Kiranya macam pasif laa... Kalau korang letak permainan trak ker apa kat depan aku... aku selamba jer... malas nak ambik.. haha. Thats why aku lambat pandai berjalan.  

Setelah beberapa tahun tinggal di Butterworth, meneruskan tradisi kelaurga askar yang rajin berpindah randah maka kami sekeluarga berpindah pulak ke Kuala Lumpur. Bandar metropolitan dengan seribu ragam manusia. Waktu tu aku tinggal ngan family kat Taman Seri Gombak, Selangor. Alaa... area dekat ngan Batu Caves tu. Waktu kat sana kalau tak silap aku, mak bapak aku buat part time jual goreng pisang. So, aku kira jadik macam pelaris laa waktu tu....

Pastu kitorang pindah lak kat sebuah tempat yang diberi nama Kampung Malaysia Jaya (patriotik kan nama dia?). Waktu kat sana aku dah start tadika dah. Sekolah tadika aku kat Kem Sungai Besi. Aku ingat lagi... waktu sekolah tadika tiap-tiap hari diorang bagi air Milo ngan biskut. So, aku rasa aku lebih banyak makan dari belajar. Kat sebelah sekolah tadika aku tu pulak merupakan tempat pancaragam tentera buat training, so diorang selalu mengganggu konsentrasi aku dalam pelajaran... cheh! Rumah aku kat Kg. Malaysia Jaya tu plak, kurang kemudahannya. Takder letrik. So kitorang pakai generator. Rasa macam kat pasar malam jer.. Pastu air paip pulak  kongsi. Kira hidup susah la waktu tu...

Tahun 1984, aku naik darjah satu kat Sekolah Seri Setia, Jalan Kuchai Lama, KL. Waktu tu aku telah menampakkan ciri-ciri kanak-kanak pintar....(chewahh!). First exam, aku dapat nombor 2. Kalah ngan budak pompuan cina. Tapi kira orait laa... Pastu bila naik jer darjah dua, aku ngan family sekali lagi berpindah. Kali ini ke Kem Mahkota, Kluang, Johor. Kat sana aku duduk kat kuarters. So, waktu sekolah tu... biasalaa pegi naik trak balik pun naik trak. Isyyy...macam nak pegi perang jer rasanya. Aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar Kluang (SKLB). Sekolah nie semuanya lelaki, so apa lagi jadik samseng laa.. Dari darjah dua sampai darjah enam aku kat situ. Dan sebagaiman prestasi sebelumnya, aku terus dimahkotakan sebagai antara pelajar terbaik kat sekolah tu. Bukan setakat akademik, kegitan ko-kurikulum aku pun hebat gak. Kat sana aku join, banyak kegiatan sukan dan seni. Aku ikut pasukan debat, pasukan bercerita dan pasukan Alam dan Manusia. Pastu, aku main gak bola ngan badminton. Ader jugak aku masuk pertandingan nyanyian. Dan macam-macam lagi laa.... Kira aku nie aktif dan serba boleh laa... :) Dalam akademik, aku paling terror karangan. Kira karangan aku selalu jadik pujian dan selalu ditampal kat papan kenyataan. Tapi malangnya, waktu UPSR (1989), aku dapat 4A 1B, dan yang B tu adalah karangan...isk..isk.... Cikgu kata aku over confident. Tapi aku tak puas hati sebab cikgu lepas tangan dengan kegagalan aku. Seolah-olah aku jer salah 100%. Alaaa... benda dah lepas.. takper laah.

Peristiwa waktu sekolah rendah yang aku tak dapat lupa ialah sewaktu akhir tahun masa aku darjah enam.Waktu hari penyampaian hadiah, sekolah nak buat persembahan drama dan tajuknya kalau tak silap Bumi Melaka Berdarah Kembali. So, dalam cerita tu, ader satu watak perempuan iaitu Tun Teja...dan sekolah tu semuanya lelaki.....and guess what , sesuatu yang menakjubkan telah berlaku, punya ramai budak lelaki kat sekolah tu, tapi aku yang terpilih untuk melakonkan watak Tun Teja tu. Cikgu kata, aku nie pandai berlakon dan muka aku ader iras-iras perempuan. Cissss......penghinaan ker penghormatan tu? So, biasalaaa...kata cikgu perlu diikut, kang dikira menderhaka lak. Maka, dengan terpaksanya aku telah melakonkan watak tersebut. Paling boring, siap ader scene aku kena bercengkerama ngan Sultan lakk... Isyyyy......macamana laa aku boleh terlibat. Maka, dipendekkan cerita, waktu hari persembahan aku telah disolek umpama seorang puteri raja. Dan kalau korang nak tau, aku pakai baju kebaya  dan pakai rambut palsu lagi. So, apabila aku muncul jer kat pentas, maka tertanya-tanyalah para penonton dari mana gerangan datangnya Tun Teja. So, kehadiran aku kira macam menimbulkan misteri laa... Dan seperti biasa, lepas jer persembahan terpaksa la aku terima jer kutukan member member  sedarjah. Tapi aku nak buat aper ye tak? Terima je laaa.

Di Johor, sekolah agama adalah wajib. So, waktu pagi aku sekolah kebangsaan, waktu petang aku sekolah agama. Kat sekolah agama aku turut menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran. Aku dilantik jadi ketua darjah. Pakai sampin merah menyala lagik beb! Hehe.. Untuk pengetahuan, aku menghabiskan pengajian sekolah agama sampai ke darjah khas. Kira kalau kat Johor tu, kelulusan macam tu boleh jadik cikgu agama laaa... Cikgu agama???  Isyyy...tak layak rasanya

Itu kat sekolah, kalau kat umah, aku macam biasalaa.... sunyi. Tak macam kat sekolah, kat rumah aku tak berkawan sangat. Mungkin sebab mak aku tu garang. So, aku tak berani laa nak kawan ngan budak yang nakal-nakal. Haa...waktu tu, bapak aku dah beli kereta. Toyota corolla KE 30, warna merah. Kira canggih laa... Motor, bapak aku ader gak. Suzuki scrambler. Tapi waktu tu aku tak berani bawak lagi, sebab dier punya besar jer, kalau hempap aku, mau seminggu tak bangun. Satu sifat aku waktu sekolah rendah dulu ialah, aku nie takut tidur malam sorang-sorang. So, biasalaa....kadang-kadang waktu malam tu, aku berhijrah dari bilik aku ker bilik mak bapak aku.... Isyy.....penakut nak mampus!!

Tahun 1990, aku menjejakkan kaki ke tingkatan satu. Mulanya aku bersekolah kat Sekoleh Menengah Rendah Jalan Batu Pahat. Tapi aku kat sana cuma 2 minggu jer, sebab pastu aku berpindah ke Sekolah Tinggi Kluang kerana mengikuti kelas rancangan persediaan khas. Sekolah Tinggi Kluang nie sekolah campur, aku lak dah 6 tahun sekolah yang semua lelaki jer.... so, memang kira perubahan sosial laa... Macam biasa, aku nie memang tak pandai sangat laa bergaul ngan pompuan. Tapi tu masa mula-mula jer, pastu aku la romeo kampung dusun. Waktu aku tingkatan satu ngan dua, aku dapat beberapa orang kawan rapat. Dan nak dijadikan cerita kawan rapat aku nie semuanya ader masalah disiplin dan akademik. Diorang nie hisap rokok, ponteng kelas, mencuri even sorang tuh hidu gam.  Macam-macam benda jahat diorang buat.. Di kalangan diorang aku nie kira paling baik laa.... Tapi, soal persahabatan diorang nie first class. Diorang jenis tak makan kawan punya, sorang kantol yang lain backing! Seronok kawan ngan diorang sebab diorang banyak mengajar aku style kehidupan yang baru. Cara berpakaian. Cara potongan rambut. Cara bergaul. Cara bercakap. Cara nak ponteng kelas.... macam-macam laa. Walaupun aku tak nafikan banyak benda buruk yang diorang ajar aku, tapi kira ok laaa... baru ader thrill yer tak? Kahkah.. Anyway aku suka diorang sebab diorang antara kawan aku paling best. Thanks to Dollah, Rizan, ngan Chalul. Selain tu, waktu kat sana, aku aktif sangat laa berpengakap. Jawatan aku waktu tu setiausaha. Selalu pegi camping dan aku jadik minat ngan benda-benda adventure nie. Pastu, ader sorang kawan aku nie, memperkenalkan aku dengan sukan sepaktakraw. Aku ucap terima kasih laa kat die sebab baru aku tahu aku nie ader bakat main takraw. So sepanjang kat sana aku aktif la main takraw.


Pastu aku naik tingkatan 3. Waktu tu konsep 'streaming' dilaksanakan. So, pembahagian kelas dibahagikan ikut pencapaian akademik. So, kalau sebelum nie aku jadik raja kat kelas aku, skang aku kena ler bersaing dengan budak-budak pandai especially budak-budak cina. Masa form three best friend aku ialah Fadhli, Azanuddin ngan Azlan. Kami berempat memang kamceng laa. Tapi kitorang berkawan setahun jer sebab selepas SRP aku pindah sekolah. Aku dapat 6 aggregat waktu SRP dan ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Muar. 

Waktu kat Sains Muar, biasaler sekolah asrama, satu benda yang tak boleh dielakkan ialah 'ragging'. Korang bayangkanlah aku nie dahler anak tunggal pastu mana pernah berpisah lama ngan family. Tiba-tiba masuk boarding school, kena ragging lak. Walaupun ianya sesuatu yang memeritkan tetapi aku lalui jugak sebab aku rasa kalau waktu tu aku tak berpisah ngan keluarga, maka aku akan sukar untuk hidup berdikari. Maka hidupler aku sebagai junior yang berdedikasi. Waktu orientasi, banyak bentuk ragging yang aku takleh terima sampai kekadang tu rasa macam nak nangis.

Masa start orientasi tuh... aku dapatler nama gelaran. Diorang panggil aku 'gemuruh'. Nama nie start waktu dalam satu sesi ragging. Kitorang satu dorm kena turun bilik senior. Pastu, senior aku tanya sesaper yang boleh nyanyi. Kalau tak satu dorm kena buat kerja-kerja hamba ler jawabnya. So, aku ntah macamana punya bangang boleh menawarkan diri lak. Maka nak dijadikan ceriter, aku pun nyanyi ler lagu gemuruh, sebuah lagu nyanyian bersama Search dan Wings dalam album Double Trouble. Semenjak ari tu, selain daripada belajar aku ader kerjaya tetap lain iaitu sebagai penyanyi. Menjelajah dari dorm ker dorm buat persembahan. Ader ker patut. Yang peliknya diorang taknak dengar lagu lain... diorang nak dengar lagu Gemuruh gak. Masa tu nama Gemuruh dah lekat la pada aku.

Akhirnya ader gak senior yang nak selamatkan aku. Brother tu budak form six. Dier nih kire budak alim laa...orang kuat surau. So, dier jumpa aku dier kata suara aku sedap, tapi lagi sedap kalau disalurkan ke jalan yang betul. Terkedu gak aku kejap. Pastu dier kata dier nak lantik aku jadik AJK surau jadi imam ngan bilal. Aku pun ngan rela hati...terima ler. Tapi...lepas tu kerjaya aku sebagai penyanyi berjaya dilenyapkan sebab sejak jadik AJK surau para senior tak panggil aku nyanyi dah... mungkin respect kat kerjaya baru aku kot... hehe...

Setahun aku kat sana sebagai junior, banyak menyimpan kenangan indah dan buruk. Tapi aku rasa lebih banyak buruk ler... sebab kita kan junior.... biasa ler terpaksa jadik hamba abdi.... korang yang budak asrama tu tentu faham kan?  Anyway sekolah asrama banyak didik semangat berdikari, juga gaya kepimpinan aku. Since aku memegang jawatan dalam beberapa kelab, aku rasa pengalaman tu berharga untuk aku. Aku jugak menjawat jawatan bilal dan imam, sesuatu pengajaran yang pada aku cukup bernilai.  

Bila aku naik senior, aku nie takler Serbia sangat, ragging tu ader laa... tapi sket-sket jer... yang aku suka suruh budak buat, biasanya basuh baju ler... sebab aku malas sangat nak basuh baju... tapi aku carik junior yang aku percaya laa... bukan aperr... sesetengah budak tu bukan boleh percaya... basuh baju siap ludah-ludah, bukan kiter tau yer tak? So, ader ler sorang budak tu.. nama dier Dewa Shahril, study kat UKM skarang dah jadik engineer pun, kalau dier baca nie aku nak mintak maaf ler... sebab dier ler tukang basuh baju sekolah aku selama setahun, siap iron sekali, aper nak buat.... dah jadik junior, kena ler terima hakikat...

Banyak ler lagik kenangan kat asrama yang aku tak dapat nak ceriter kat sini... tapi tetap terpahat kat ingatan aku.

Aku amik SPM hujung tahun 1994. Lepas SPM aku ikut family aku duduk kat Pasir Pelangi, Johor Bahru. Family aku meniaga kat kantin kilang milik Tengku Mahkota Johor kat sana. So, aku tolong ler sket-sket sampai ler result keluar, aku apply universiti, ITM ngan Kolej Tentera Udara. Mula-mula tu aku dapat interview UIA, bidang law. Tapi, sampai dekat dua minggu sebelum pendaftaran masuk ke - U, aku tak dapat aper-aper offer lagik, cuak gak. Pastu, tawaran Kolej Tentera Udara sampai.... aku waktu tu memang tak terfikir langsung nak join askar nih... bapak aku pun tak setuju... dier tak galakkan langsung, tapi kalau dah terpaksa, masuk jugak laa... tapi akhirnya aku dapat gak tawaran masuk matriks UUM, so bermula lah era aku sebagai pelajar matriks.

Masa matriks nie aku aktif ler gak, aku main takraw wakil matrik UUM ke inter matriks kat UPM, kitorang dapat nombor dua. Kat sini aku terus polish bakat kepimpinan aku. Aku jadik setiausaha agung Persatuan Pelajar Islam... pastu aku ader ler join nasyid sebab aku minat nyanyi nie dah lama. Kat blok tuh aku teruskan jalan fungsi jadik imam dan bilal. Study pun okey masa tuh, sentiasa three pointer. Nak kata honeymoon pun.. yer jugak sebab aku rasa masa matriks tuh pressure kurang. So, matriks selama setahun setengah aku lalui dengan aman sentosa.... sampai ler aku naik degree pada tahun 1996 (November). Aku dapat course Public Management. Punya laaa kecewa... sebab aku memang dah nekad nak ambik IT. So, aku pun mintak kat TNC untuk tukar program, masa sem 2 permohonan aku diluluskan. Dapat jugak ler aku ambik IT.

3 tahun setengah aku berada di UUM dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda... tentu laa banyak suka duka pengalaman yer tak? Tapi tak dapat ler aku tulis kat sini. Tapak free angelfire nie pun bukannya besar sangat. So, lain kali kalau aku tergerak nak tulis... aku tulis ler. Apa yang boleh aku katakan, study aku di peringkat degree adalah sederhana. Berbanding dgn kebolehan sebenar aku, aku rasa result aku begitu hodoh. But anyway, pada 10 Oktober 2000 yang lalu aku telah pun selamat dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian di Majlis Konvokesyen UUM yang ke - 13.

Selepas aku dapat degree tuh, aku ditawarkan bekerja sebagai Pegawai Sistem Maklumat di Sekolah Pengurusan UUM. So, aku terima tawaran tuh. Tapi aku tak lama kerja dekat sana sebab semangat untuk belajar masih berkobar-kobar. Aku berazam nak perbaiki prestasi aku masa degree dulu. Aku memohon untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di beberapa buah universiti tempatan dan luar negara dan akhirnya aku pilih UUM (cheh!). Aku ditawarkan satu kursus berasaskan teknikal yang aku rasa sesuai untuk aku. So, masa aku masuk tuh aku dah tetapkan sasaran aku iaitu untuk grade dengan pointer 3.5 ke atas.

Sehingga sekarang nie aku dah menamatkan setahun pengajian master aku. Hanya tinggal satu semester jer lagik untuk habis. Korang doakan aku berjaya ek?? Lepas nie memang impian aku nak jadik lecturer laa...

Lepas aku dah ader karier barulah aku continue dengan segala perancangan hidup aku (tolong family, kawin, pegi umrah, kumpul harta... etc.). Hanya setelah aku ada segulung ijazah sarjana dan kerjaya yang dapat menjamin hidup aku... Wassalam.


Pendidikan Aku..

Sekolah Siswazah, Universiti Utara Malaysia (Mei 2001 - sekarang)
Sekolah Teknologi Maklumat, Universiti Utara Malaysia  (November 1996-July 2000)
Pusat Matrikulasi UUM, (May 1995- November 1996)
Sekolah Menengah Sains Muar, Johor (January 1993-December 1994)
Sekolah Tinggi Kluang, Johor (1989-1992)
Sekolah Menengah Rendah Jalan Batu Pahat, Johor, (early 1989)
Sek.Ren.Keb.(L) Bandar Kluang, Johor 1985-1989
Sek.Ren.Keb. Seri Setia, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur 1984


 

 

     
 

 

Laman Utama | Peribadi | Profil | Biografi | Family | Friends | Arkib Jurnal | Download  

Santai | Santapan RohaniFirdaus | Galeri Foto | Links | Message Board | Guestbook

 

 
 

Hakcipta Terpelihara Idzwan 2002