Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

KEAHLIAN UMNO

Sekiranya Berminat Untuk Menjadi Ahli UMNO.
Sila Kirimkan Permohonan Atau Datang Sendiri Ke:-
Bilik Gerakan UMNO Cawangan Rumah Pangsa Alor Akar
Tingkat bawah, Blok A Rumah Pangsa Alor Akar
Lorong 32, 25250, Kuantan
Pahang Darul Makmur
https://www.angelfire.com/ia/pemudarpaa
https://www.angelfire.com/ia/pemudarpaa
pemuda_umno_rpaa@yahoo.com

KEAHLIAN
Informasi Keahlian Pertubuhan UMNO

PROSES PERMOHONAN MENJADI AHLI UMNO

1) Borang permohonan menjadi ahli UMNO boleh didapati di :-

  • 1.1. UMNO Cawangan
  • 1.2. UMNO Bahagian
  • 1.3. Badan Perhubungan UMNO Negeri, atau
  • 1.4. Ibu Pejabat UMNO, PWTC, Kuala Lumpur

2) Borang permohonan yang telah dipenuhi hendaklah diserahkan kepada Cawangan yang hendak dimasuki berserta yuran keahlian sebanyak RM2.00 untuk yuran keahlian dan pendaftaran.

3) Borang yang telah disemak dan diluluskan oleh Jawatankuasa UMNO Cawangan hendaklah dimajukan kepada Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk pengesahan sebelum dikemukakan kepada Ibu Pejabat UMNO diproses.

4) Untuk membolehkan pemohon baru menghadiri serta menggunakan haknya di Persidangan Tahunan Cawangan dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, borang-borang hendaklah diserahkan kepada Ibu Pejabat pada atau tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi UMNO dalam sesuatu tahun.

5) Borang-borang yang diterima oleh Ibu Pejabat akan disemak dan diisikan. Borang yang tidak dapat diproses/dipulangkan kepada UMNO Bahagian adalah seperti berikut :-

  • 5.1. Tidak lengkap seperti tiada nombor kad pengenalan, tiada pengesahan daripada Badan Perhubungan Negeri oleh Jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Bahagian.
  • 5.2. Belum cukup umur (borang akan disimpan oleh Ibu Pejabat dan akan diproses setelah layak - apabila mencapai umur 18 tahun).
  • 5.3. Nombor kad pengenalan bertindih (tiada salinan kad pengenalan).
  • 5.4. Tiada tandatangan/Cop Jawatankuasa Cawangan dan Bahagian.

6) Selepas semakan, maklumat dari borang akan dimasukan ke komputer (Pengkalan Data UMNO) dan borang akan diproses untuk kelulusan Majlis Tertinggi.

7) Sijil ahli baru akan dikeluarkan selepas permohonan diluluskan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

KEAHLIAN

PROSES PERMOHONAN PERTUKARAN KEAHLIAN CAWANGAN/BAHAGIAN

1) Borang permohonan boleh didapati di:-

2) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada Cawangan yang hendak dimasuki.

3) Borang yang telah disahkan oleh ketua UMNO Cawangan sekarang dan Ketua UMNO Cawangan yang hendak dimasuki (termasuk Bahagian-Bahagian yang terlibat) akan diserahkan kepada Ibu Pejabat UMNO untuk diproses.

4) Untuk membolehkan pemohon menghadiri Persidangan Tahunan di Cawangan baru, serta Mesyuarat Perwakilan di bahagian baru, borang-borang pertukaran keahlian Cawangan/Bahagian hendaklah diserahkan kepada Ibu Pejabat UMNO pada satu tarikh yang akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi bagi sesuatu tahun.

5) Selepas permohonan diproses, sijil pertukaran keahlian Cawangan/Bahagian akan dikeluarkan dan diserahkan kepada ahli melalui Pejabat UMNO Bahagian.

KEAHLIAN
Informasi Keahlian Pertubuhan UMNO

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RUMAH PANGSA ALOR AKAR

BORANG KEAHLIAN UMNOklik disini

  Halaman Utama | Berita | Ahli Jawatankuasa | Keahlian | Carta Organisasi | Pertanyaan & Komen | Album |            


Rangkaian UMNO | Koleksi Lagu | Peta |