
| Ruang ini masih menyediakan kumpulan fenomena lazim dunia lelaki yang mengalir dari satu generasi ke satu generasi |
Psikologi & Kendiri Kumbang
"Keseksualan
merangkumi bidang yang paling utama
antara
pemberian biologi dan nilai budaya dalam
kehidupan
emosi insan"
-Laurence Kolberg
| Lelaki adalah satu makhluk
hidup yang bergerak, berfikir, dan beremosi. Semoga ruangan yang terhad
ini dapat menjawab sedikit sebanyak tentang psikologi dunia lelaki. Saya
akan menyentuhnya secara kasar dan paling lazim menyentuh dunia lelaki;
Ia ditanggap sebagai tindak balas perilaku terhadap sesuatu. Terdapat 3 komponen yang terlibat dalam fenomena cinta ini, pertama perubahan fisiologi (degup jantung dll.). Kedua Melahirkan emosi dengan pelbagai cara, dan yang ketiga ialah kesedaran kognitif seperti berkhayal. Robert Steinberg mengistilahkan cinta menerusi 3 bahagian, iaitu; Kemesraan, Keghairahan, dan keputusan keterikatan. Cinta ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dalam berbagai peringkat dan pelbagai situasi. Pada dasarnya, cinta sepasang kekasih akan menjalani satu talian kronologi yang bermula dari titik Cinta Romantik. Cinta Romantis akan membangkitkan emosi yang tinggi. Ia melibatkan fantasi dan perasaan cemburu. Walau bagaimanapun ini peringkat permulaan. Cinta Romantik akan beransur hilang dan diganti dengan Cinta Matang. Cinta Matang tidak begitu hangat, namun di dalam peringkat ini proses komunikasi akan berlangsung secara lebih terbuka, kemesraan, perasaan saling menyayangi dan akan dirasai lebih lama. Kecelaruan
Kebimbangan
fobia adalah perasaan takut yang keterlaluan terhadap sesuatu hingga ke
tahap tidak rasional di mata orang lain. Antara fobia yang lazim bagi kaum
lelaki ialah;
Ergaslofobia - takut bekerja Eratafobia - takut terhadap percintaan seksual Gamofobia - takut kahwin Kakorrapiafobia - takut pada kegagalan Acrofobia - takut di tempat yang tinggi Agorafobia - takut di kawasan besar/luas Gepidrofobia - takut menyeberang jambatan Claustrofobia - takut di kawasan sempit/tertutup Nyctofobia - takut kegelapan
Keintensifan
dan tempoh stress terpulang pada beberapa perkara seperti sama ada individu
dapat meramal, dorongannya, kemahirannya, dan sokongan sosial daripada
ahli keluarga atau rakan. Terdapat 3 tahap untuk menyesuaikan diri dengan
tekanan. Pertama individu berasa cemas, kedua menafi, dan ketiga menghabiskan
tenaga. Di antara strategi untuk mengatasi tekanan adalah;
Bersikap tegas Menerima keadaan mengulang pentafsiran Merehatkan diri Mendapatkan sokongan sosial Katarsis Mendekati agama. "Kekayaan
yang sebenarnya ialah
Kecelaruan seks adalah satu fenomena yang kian mendapat perhatian di mata masyarakat, khususnya di Malaysia yang seringkali menganggap isu seks sebagai sesuatu yang tertutup. Masalah kecelaruan seks ini bersifat subjektif kerana apa yang dianggap normal di Barat belum tentu dapat ditanggap sesuatu yang lazim di di tempat yang lain pula. Ia tertakluk kepada nilai budaya dan pegangan masyarakat sesebuah tempat itu. Walau bagaimanapun, pada dasarnya DSM-IV telah membahagikan kecelaruan seks ini kepada 3 kumpulan utama. Pertama ialah kumpulan (A) yang menghadapi masalah identiti, iaitu rasa dimiliki oleh golongan jenis yang bersesuaian. Kumpulan yang kedua pula (B) iaitu yang mengharapkan paraphilias (aktiviti yang memberahikan). Manakala kumpulan yang ketiga (C) pula ialah salah fungsian psikoseksual yang menghindarkan hubungan seks. Berikut adalah beberapa kategori yang terkandung dalam kumpulan-kumpulan di atas; Lelaki yang hanya mencapai keberahiannya dengan mempamirkan kemaluanya kepada seseorang. Mereka ini terbahagian kepada dua kumpulan. Pertama mereka yang suka mempamirkan kepada orang yang suka melihat kemaluannye, dan kumpulan yang kedua pula ialah mereka yang suka mmpamirkan kemaluannya kepada mereka yang tidak suka atau terkejut untuk melihatnya. Voyeur (B)
Narratophiliac (B)
Transeksual (A)
Biseksual(A)
Transvestit (B)
Sadis (B)
Paedophilia(B)
Masok (B)
Lesbian (A)
Lelaki yang mendapat kepuasan berahi menerusi perhubungan sejenis. Di Malaysia, mereka ini lebih dikenali sebagai 'Reverse', PLU (people like us), dan 'Species'. Atau lebih umum lagi mereka dipanggil 'GayBoy'. Manakala jika mereka berada dalam lingkungan belasan tahun mereka akan digelar 'Anak Ikan' |
|
|
ingin kembali ke Pintu Masuk Taman? |