
KeMurunGaNBuat ramai orang, kemurungan dianggap sebagai suatu masalah minor dan seringkali tidak dihiraukan. Namun hakikatnya ia merupakan sebuah penyakit mental yang merbahaya sekiranya ia gagal dikawal dengan sepenuh kewarasan. Ini adalah kerana penyakit ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar ataupun disentuh. Ia merebak secara dalaman dan bertambah kronik tanpa disedari oleh penanggungnya.Penyakit ini menyerang tanpa mengenal lingkungan usia. Pengidapnya boleh terdiri daripada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Ramai yang beranggapan bahawa ia bersifat sementara dan membiarkannya tanpa menerima apa-apa rawatan. Menurut Dr. Nor Hamidah; "ia adalah
sejenis penyakit seluruh tubuh
Penyakit kemurungan atau juga dikenali sebagai depression, ini terbahagi
kepada pelbagai jenis mengikut tahap dan kecenderungannya. Namun kemurungan
yang paling lazim boleh dikenal pasti kepada tiga jenis utama, iaitu; Major
Depression, Mild Depression, dan Manic Depressive
- Kesedihan berpanjangan - Isomnia (sukar untuk tidur) atau bangun terlalu awal pagi atau terlalu banyak tidur - Hilang minat untuk berseronokan atau hobi-hobi yang sebelum ini digemari - Hilang selera makan atau selera makan yang keterlaluan - Bersendirian dan mengurung diri - Hilang kosentrasi - Resah - Mudah marah - Kurang bertenaga dan lesu - Berasa putus asa, mudah mengalah - Berpandangan pesimis - Berasa bersalah - Gangguan Fizikal - sakit kepala yang berpanjangan - sistem perkumuhan yang kurang hadam - sakit yang berpanjangan - Mudah menangis - Ingin bunuh diri Punca
Rawatan
Kaedah psikotrapi membolehkan pesakit mengenai atau meyedari apa yang sedang dialaminya, mempelajari cara pengurusan krisis, keupayaan menangani penyakit melalui kesedaran sendiri dan terapi kognitif. Malahan kaunseling juga diberikan kepada ahli keluarga dan teman sepejabatnya. Manakala pil anti kemurungan pula akan efektif dalam jangka masa antara dua hingga tiga minggu. - Belajar menjadi tenang dan bersabar - Jangan terlalu high expectation sehingga sukar dicapai - Perancangan tugas agar teratur - Jangan terlalu mengharap diri sendiri - Elakkan bersendirian … habiskan masa dengan orang tersayang - Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikiran positif - Setiap keputusan yanhg berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnyasecara objektif. Ataupun
mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai
Selamat Beristirehat Murung Sebahagian Penyakit Mental (m/s : 15) Berita Minggu (4 Oktober 1998) Ruangan Rencana Perubatan(Dr. Nor Hamidah) kakiPenjagaan kaki seringkali mendapat perhatian yang terakhir sekali oleh seseorang, selaras dengan kedudukannya yang paling terkebawah pada tubuh manusia. Namun ini tidak bermakna bahawa kepentingannya adalah yang paling rendah berbanding dengan anggota-anggota yang lain. Berikut adalah beberapa tips penjagaanSebahagian besar sakit kaki adalah sisebabkan oleh penggunaan otot kaki secara berlebihan. Kaki mempunyai empat kumpulan otot asas untuk membolehkan ia digerakkan ke atas, ke bawah, ke kiri, dan ke kanan. Dalam jangka masa yang tertentu, kaki akan berasa sakit kerana penggunaan otot secara berlebihan. Jika berlari dan berdiri terlalu lama, kita hendaklah berehat seketika (untuk mengelak muscle tension), Sebaik-baiknya angkat kaki sehingga ke paras 45 darjah. Senaman ini dilakukan selama 10 minit. Rendam
kaki
Urut
Gunakan
air batu
Senaman
kaki
Potong
kuku kaki
Kawalan
berat badan
Beli
kasut yang sesuai
Jangan
pakai kasut koyak
Artikel
ini dipetik daripada;
TenaGaTubuh badan kita memerlukan pelbagai zat makanan atau nutrien. Bagi menjamin kelangsungan proses kesihatan yang baik serta menggiatkan aktiviti harian, sekaligus membentuk sistem pertahanan diri daripada serangan pelbagai penyakit. Untuk memastikan semuanya berfungsi mengikut sistem yang betul, maka tubuh badan kita memerlukan makanan yang memberikan tenaga kepada tubuh badan, antaranya;
Bagi mereka yang terlalu hiperAktif, demam, ataupun inflamasi akan mengeluarkan lebihan haba atau tenaga dari badan. Oleh yang demikian mereka memerlukan tenaga tambahan sebagai ganti. Bagi mereka yang tidak sihat, mereka dijangka memerlukan kira-kira 1,500 kJ sehari. Salam Sejahtera |
|
|
ingin kembali ke Pintu Masuk Taman? |