Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Generasi I Generasi II Generasi III Generasi IV Generasi V

 

 

Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (Large Scale Integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip. Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.

Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.

Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam (built in) di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer.

Perisian lebih sofistikated kerana menggunakan konsep multiprograming dan multiprocessing di mana beberapa aturcara boleh dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber yang sama. Pendekatan ini meningkatkan keberkesanan komputer.

Pemprosesan interaktif diperkenalkan untuk memudahkan pengguna berhubung terus dengan komputer. Kaedah capaian ini menyebabkan industri perkhidmatan pelanggan berkembang. Minikomputer diperkenalkan yang mana fungsinya sama seperti Full Size System tetapi lebih kecil, perlahan dan lebih murah.

 

Kembali    Menu Utama