Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
« November 2008 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30
Entries by Topic
All topics  «
mY sIdE
Wednesday, 22 September 2004
Darah Sama Merah
Mood:  a-ok
Manusia semuanya berdarah merah. Hanya jenis sahaja yang berbeza. Tapi warna tetap sama. Kecuali Mahsuri, darahnya putih kerana teraniaya atau sakit leukimia yang amat kronik. :)

Pepatah Melayu ada menyebut, rambut sama hitam, hati lain2. Tapi itu zaman dulu. Zaman merawat rambut dengan minyak kelapa dimasak sendiri. Zaman merawat kulit kepala dengan air ramasan daun bunga raya putih. Zaman semua orang berambut hitam. Hitam dan panjang. Tapi itu zaman dulu. Zaman ubi kayu.

Sekarang tidak lagi. Rambut hitam asli sukar ditemui. Rambut tidak lagi sama hitam. Tenggelam dibalik karat. Karat keperangan. Pepatah rambut pelbagai warna, hati lain2 tidak akan membawa apa2 makna.

Aku bukan nak cerita pasal rambut atau cara rawatan tradisional. Aku nak cerita mengenai manusia. Manusia yang mempunyai pelbagai karenah. Manusia yang ego. Manusia yang lupa diri. Manusia yang lupa darahnya warna merah. Aku juga pernah terlupa.

Aku dulu memilih. Memilih dalam mengenal setiap manusia. Adakala aku memandang rendah mereka yang aku rasa tak setaraf. Aku hina rumput di tanah kerana rasa tinggi di langit. Teruknya aku.

Aku pandang tukang sapu sampah sebelah mata. Aku pandang bangla dan indon sebelah mata. Aku pandang orang miskin sebelah mata. Bongkaknya aku.

Aku juga rasa sebaliknya. Aku rasa aku dipandang rendah oleh manusia yang rasa dirinya di langit yang lebih tinggi. Aku rasa terhina berada di langit yang lebih rendah. Teruknya orang itu.

Aku dipandang sebelah mata oleh orang kaya. Aku dipandang sebelah mata oleh orang ternama. Aku dipandang sebelah mata oleh orang berjaya. Malunya aku.

Tapi kini aku sedang belajar. Aku belajar untuk mengenal dan memahami rumput dan langit. Setiap perbezaan dan persamaannya. Belajar hormat-menghormati. Belajar mengenal manusia. Belajar erti kemanusiaan.

Hasilnya, aku dapat kenal lebih ramai manusia. Pelbagai manusia yang berbeza warna kulit, bahasa dan budaya. Aku bangga kerana aku dapat kenal ramai manusia. Kenal ramai rumput dan ramai langit. Aku tidak lagi rasa bongkak atau malu. Aku amat bangga.

Semuanya kerana aku sedar bahawa setiap manusia itu berdarah sama warna. Merah yang sama.

di pos oleh cantina/klik_kat_sini at 11:26 PM
Post Comment | Permalink | Share This Post

Newer | Latest | Older