Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

KUMPULAN PUTRA SENI





KRAF
CRAFTS



Kebangsaan
National


Di peringkat kebangsaan, Kumpulan Putra Seni (KPS) telah mencelupkan berusnya ke atas beberapa kanvas. Selain daripada projek kumpulan, KPS juga bekerjasama dengan projek-projek yang dikelolakan oleh institusi-institusi lain.

KPS telah diberi penghormatan untuk ikut serta dalam Kempen Sopan-Santun Senegara pada tahun 1990 dengan menyumbangkan sebuah sketsa tentang adab sopan-santun yang telah dipersembahkan di Taman Sir Omar Ali Saifuddien. Menerusi projek "Perjalanan Budaya" anjuran Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, KPS telah diberikan peluang mementaskan sketsa mini. Ahli-ahli KPS juga terlibat sebagai penunjuk cara bagi Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 1991 dan 1992.

Pada tahun 1996, KPS telah dijemput sebanyak dua kali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mempersembahkan teater di majlis perlancaran buku-buku DBP. Kemudian diikuti jemputan daripada Kementerian Perhubungan untuk mementaskan teater bagi acara Hari Perhubungan pada tahun 1997 dan 1998.

KPS juga menyumbangkan sketsa bagi projek Pentarama 1997 yang telah dipersembahkan di seluruh negara.

At the national level, Kumpulan Putra Seni (KPS) puts its brush on various canvases. Aside of her own projects, KPS also collaborates with other institutions to complish their projects.

KPS was honoured to be a part of the National Courtesy Campaign in 1990 by presenting a sketch on courtesy manner which was performed at Taman Sir Omar Ali Saifuddien. Through the Culture Division, Ministry of Culture, Youth and Sports' project called "Perjalanan Budaya", KPS was given an opportunity to perform mini sketches. The members also involved as instructors and facilitators for the National Day Celebration in 1991 and 1992.

In 1996, KPS was invited twice by the Language and Literature Bureau to perform a theatre to mark their book launching ceremonies. This was followed by an invitation from the Ministry of Communication to perform another theatre to celebrate its Communication Day in 1997 and 1998.

KPS also contributed sketch performances for 1997's Pentarama Project which was brought thoroughout the country.



Rantau ASEAN
ASEAN Region


KPS terlibat dalam kesemua Festival Teater ASEAN yang telah diadakan di Filipina (1987), Singapura (1990), Thailand (1993) dan Brunei (1995) sama ada sebagai pelakon, petugas teknik, pengarah persembahan ataupun jawatankuasa kerja. Untuk dua festival yang terawal, Brunei telah diwakili oleh ahli-ahli RUSILA, Kumpulan Putra Seni dan KASTEA Darussalam.

Keutamaan telah diberikan kepada KPS bagi mewakili Brunei untuk Festival Teater ASEAN kali ke-3 yang telah diadakan di Bangkok, Thailand dengan teater berjudul "Gendang Arik", karya dan arahan Zefri Ariff Brunei.

KPS had participated in all ASEAN Theatre Festival which were hosted by The Philippines (1987), Singapore (1990), Thailand (1993) and Brunei (1995) whether as performers, performance crews, performance directors or working committees. In the first two festivals, Brunei was represented by members of RUSILA, Kumpulan Putra Seni and Kastea Darussalam.

The priority then was given to KPS to represent Brunei in the 3rd ASEAN Theatre Festival in Bangkok,Thailand with a theatre called "Gendang Arik" (The Calling Drums), written and directed by Zefri Ariff Brunei.



Senarai Kraf
List Of Crafts


JUDUL
TITLE
TAHUN
YEAR
TEMPAT
VENUE
Protes1985Balai Pameran DBP
Aduh!1985Sekolah Menengah Chung Hua
Gala1989Maktab Duli Pengiran Al-Muhtadee Billah
Sukma Nitra1990Dewan Raya RTB
Rapat1991Dewan Raya RTB
Gendang Arik1993Thailand Cultural Centre, Bangkok
Balai1996Dewan Syarmayuda DBP
Garbang1996Dewan Syarmayuda DBP
Turus1997Dewan Syarmayuda DBP
Aduh!1997Dataran Rakis, Universiti Brunei Darussalam
Kaunter1997Brunei International Convention Centre
Papan Tanda1998Brunei International Convention Centre





Nafas Pertama/First Breathe Falsafah/Philosophy Persekitaran/Surroundings Kerabat/Family
Jaringan Seni/Arts Network Rumah Kami/Our Home Wajah Kami/Our Face
Berita Mutakhir/Latest News


Email: putraseni@hotmail.com