
Ide penubuhan sebuah kumpulan yang boleh berhubungan dengan gerak kerja sastera,
bahasa dan budaya mula disuntik oleh 5 orang belia yang menuntut di Maktab Sultan Omar Ali
Saifuddien (SOAS) pada awal tahun 1980-an. Mereka ialah: Mereka telah menamakan kumpulan itu sebagai Kumpulan Putra Seni yang didasari atas
berbagai bentuk dan corak kesenian, kebudayaan dan genre sastera seperti sajak, tari dan
teater. Semenjak itu, kumpulan ini terlibat aktif dalam berbagai bidang persembahan seni.
Pada tahun 1983, ia telah didaftarkan secara rasmi sebagai pertubuhan bebas bukan kerajaan (NGO) dan
bersekutu dengan Majlis Belia-belia Brunei.
Kumpulan ini telah menggilap namanya semasa Festival Drama Kemerdekaan pada tahun 1983/84
ketika menyandang gelar juara bagi Daerah Brunei Muara. Ini telah membukakan tingkap yang luas
kepada ahli-ahlinya untuk bergiat bukan saja atas pentas teater tetapi juga drama radio dan televisyen tempatan.
The idea of establishing a group which could cope up with literature,
language and culture activities was first injected by 5 youngmen who had gone study at
Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS) College in early 1980s. They were: They named the group as Kumpulan Putra Seni which was based on various
patterns and forms of arts, culture and literature genres
such as poetry, dance and theatre.
Since then, the group has participated actively in various field of
performing arts. By 1983, it was officially registered as an independent non-governmental
organisation (NGO) and affiliated with Brunei Youth Council.
The group glossed her name during the Independent Drama Festival in 1983/84 when
she emerged as a champion for Brunei Muara District. This has opened a wide
window to her members to participate not only on stage theatre but also in
local radio and television drama.

Terima kasih pada sokongan yang besar dan berterusan oleh
institusi-institusi kerajaan seperti Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
Dewan Bahasa dan Pustaka dan Unit Pentarama, Jabatan Penerangan, siapa yang sering
berurusan dengan Kumpulan Putra Seni dalam menyemarak dan mempersembahkan warisan budaya
melalui teater.
Apa yang bermakna pada umur 17 tahun? Bagi manusia, ia merupakan titik bermula
ke arah hidup dewasa. Begitulah Kumpulan Putra Seni merasai hidup yang sama.
Selama bertahun, kumpulan ini berjaya mengadakan siri bengkel teater untuk ahli-ahli
Perpustakaan Muda-mudi dan mahasiswa-mahasiswi/pelajar Universiti Brunei Darussalam
di samping sekurang-kurangnya mempersembahkan sebuah teater besar pada setiap tahun.
Thanks to an enormous and continous supports by
government institutions such as Culture Division, Ministry of Culture, Youth and Sports,
Language and Literature Bureau and Pentarama Unit, Information Department, whom
always dealt with Kumpulan Putra Seni in promoting and presenting cultural heritage
through theatre.
What is the significance of 17 years of age? For human being, it is a
turning point for entering adulthood. Kumpulan Putra Seni has also experiencing
the same phenomenon. For years, the group manages to conduct series of theatre workshop
for Young People Library members and Universiti Brunei Darussalam students aside of
performing at least 1 major theatre every year.

