Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
12 Nov, 07 > 18 Nov, 07
17 Jul, 06 > 23 Jul, 06
12 Dec, 05 > 18 Dec, 05
17 Oct, 05 > 23 Oct, 05
22 Aug, 05 > 28 Aug, 05
6 Jun, 05 > 12 Jun, 05
9 May, 05 > 15 May, 05
18 Apr, 05 > 24 Apr, 05
28 Mar, 05 > 3 Apr, 05
Entries by Topic
All topics  «
Cerita hidup,luahan rasa
cerpen-puisi
Kritik Islam Singapura
Madah Cinta Puisi Cinta
TOP BEST SINGAPORE - WORLD FREEDOM BLOG
SINGABLOODYPORE
Al Jazeera
Angelfire Home
You are not logged in. Log in
PENULIS PENGARANG CERPEN SINGAPURA BLOG
Sunday, 8 May 2005
Cerpen Terbaik Mati.
Topic: cerpen-puisi
Kita pun sudah tahu.
Tiada sesiapa pun yang boleh hidup selama-lamanya. Masing2 bakal masuk kubur!
Masing2 pasti mati!
Semua orang pasti mati.
Semua orang tidak dapat melarikan diri daripada kematian!

Kematian boleh terjadi pada bila2 masa sahaja.
Kematian tidak mengenal tempat atau perkara.

Percayalah...
Kita bakal mati pada satu hari nanti!
Mati pada Hari ini atau boleh jadi besok, atau minggu depan atau tahun depan atau selepas membaca entry ini!


Ada yang mati kerana dilanggar lorry!
Ada yang mati kerana sakit jantung. Ada yang mati kerana menghidap sesuatu penyakit. Ada yang mati kerana jatuh daripada tangga. Dan berbagai2 macam sebab lagi!

Segala cita2 menjadi berderai disebabkan kematian yang mendadak!
Segala rancangan dan usaha yang dirancangkan menjadi terbengkalai kerana disebabkan kematian.
Segala kekayaan yang telah diusahakan selama ini terpaksa ditinggalkan.
Segala kejayaan didalam hidup hanya tinggal sebagai satu sejarah!
Segala kesusahan dan kepahitan hidup pun tertanggal akibat kematian.
Segala kemegahan, pangkat, kedudukan, rumah banglow, kereta mewah, wang simpanan didalam bank pun terpaksa ditinggalkan akibat kematian!
Segala ahli keluarga dan anak isteri yang disayangi dan dibanggakan selama ini pun terpaksa ditinggalkan akibat kematian!

Satu perkara lagi!
Jangan begitu gusar tentang orang2 yang jahat lagi zalim itu kerana....
Mereka juga pasti mati!
Si penipu pon pasti mati!
Sipembohong pun pasti mati!

Pemerintah yang berkuasa pun pada satu hari nanti pasti mati.
Pemerintah yang sering memeras rakyat pun akan mati juga.
Pemimpin2 yang pandai berpolitik dan putar belit lagi berlagak berpura-pura dan busuk hati pun bakal mati juga pada satu hari nanti!
Mereka2 yang selalu berseronok2 didalam hidup pun pasti mati juga.

Yang kaya pun mati.
Yang miskin pun mati.
Yang pandai pun mati
Yang bodoh pun mati.
Yang berjaya pun mati.
Yang gagal pun mati.
Yang cantik pun mati.
Yang huduh pun mati.
Yang sehat pun mati.
Yang selalu sakit2 pun mati.
Yang senang gembira pun mati.
Yang susah berduka pun mati!

Oleh itu..
kita jangan bersusah hati jika kita ditindas didalam hidup ini..

Kerana...
Orang2 yang jahat itu pun pasti mati juga!
Orang2 yang penipu itu pun pasti mati!
Berapa lamkah mereka boleh hidup? Berapa lamakah mereka boleh menikmati hasil kekayaan dan kesenangan mereka didunia ini? Berapa lamakah mereka boleh berpura2 bergembira didalam dunia ini? Yang pastinya mereka pasti mati!
Yang pastinya mereka akan tua dan menghadapi hari kematian mereka!

Hidup ini hanyalah sementara!
Kematian itu pasti tiba!

Posted by khl at 6:21 AM JST
Permalink | Share This Post

Newer | Latest | Older