SEJALUR KASIH SERAUT
IMPIAN
: KESEMBILAN :
Sekeping
kad yang dititipkan sebuah puisi indah di atas meja.
Untaian
Rindu Buat Kekasih
Sayang..
Tatkala sepi melamar jendela kalbu
Senja nan suram mengiringi rintihanku
Kicauan burung seolah mentafsir diari hatiku
Sayang..
Lembaran cinta pudar tinggal kenangan
Walau sukar diabadikan
Di penghujung kedukaan
Sayang..
Saat indah bersamamu
Menggamit diriku merindui dirimu
Bayangmu meracuni lenaanku
Setiap langkahku dirantaian kasihmu
Sayang..
Bicaramu mengundang persoalan
Kasihmu mengundang ketenangan
Sentuhanmu mengundang kemesraan
Cintamu mengundang kesetiaan
Berlabuh dalam sebuah ikatan
Sayang..
Kusingkap makna sebuah sepi
Kudambakan rindu dalam puisi
Agar kau mengerti
Seraut cinta yang diukiri.
Salam
sayang,
Farina
Arisya.
Selesai membaca puisi tersebut, Haidir ketawa. “Yahooooooo….” girang
hatinya menerima kad tersebut. “I love you, Arisya. I love you so much!!”
Arisya mencari-cari seseorang di sebuah hotel terkenal di
Kuala Lumpur
. Walaupun pakaian dan solekan yang agak ringkas dikenakan, Arisya tetap menarik.
“Assalamualaikum, tuan puteri. Cantik you malam ni. Geram i”.. Haidir
menghulurkan sekuntum bunga sambil mengenyitkan mata. Arisya tersipu malu.
Haidir memimpin Arisya ke meja makan. Candle
light dinner yang ditempah khas untuk orang yang dicintainya. “Arisya
sayang… thanks for coming” begitu romantis suasana pada malam itu.
“Haidir… terima kasih kerana sudi menyayangi diri i. I mengharapkan
kebahagiaan bersama you. I tak perlukan semua ini. I hanya dahagakan kasih
sayang.. “ bisik Arisya. Haidir tersenyum. Apakah ada makna disebalik senyuman
itu.