Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
SEJALUR KASIH SERAUT IMPIAN
: KESEPULUH :

 

Hari yang bakal menjadi sejarah dalam hidup Arisya. Dia bakal menjadi seorang isteri lagi sebulan. Pelbagai persiapan telah dibuat. Ibunya adalah orang yang paling gembira menerima menantu.

Sedang asyik memilih pakaian yang bakal dipakai sewaktu persandingannya nanti, Arisya menerima panggilan telefon. Lagu Dialah Dihati nyanyian Siti Nurhaliza menjadi ringtone kegemaran di telefon bimbit kesayangannya.

”Hello.. hello.. hello...“ Arisya mengeluh. “Takde orang ke? Salah nombor agaknya ni.” Talian terputus. Telefon berbunyi lagi. “Hello.. siapa ni? Nak cakap ke tak?” Arisya mula berang. ”Hello... Arisya.. Assalamualaikum.. masih ingat saya lagi?” kedengaran suara yang telah lama tidak didengarinya. “Siapa?” Arisya berpura-pura tidak mengenalinya. Namun hatinya cukup berdebar tatkala mendengar suara tersebut. “Mimpikah aku..” bisik hatinya.

“Awak nak apa lagi dengan saya! Tak cukup ke apa yang awak dah buat kat saya dulu? Tak cukup ke awak siksa hati saya?”  Arisya menangis. “Arisya.. please.. saya masih sayangkan awak. Saya tak dapat lupakan awak. Berilah peluang kepada saya untuk menebus kesalahan saya dulu.”  Iskandar merayu. Arisya tak sanggup untuk mendengar semuanya itu lalu menutup telefon bimbitnya. Dia tak mahu diganggu disaat-saat untuk mula mengecap kebahagiaan bersama orang yang disayangi.

Semenjak ditinggalkan kekasih barunya, kehidupan Iskandar kucar kacir. Dia menyesal kerana mempermainkan cinta suci Arisya terhadapnya. Dia berazam untuk merebut kembali hati Arisya, insan yang pernah menjadi miliknya dahulu.

Ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, sebuat kereta Honda  Jazz tiba-tiba memintas keretanya. Arisya brek mengejut. Dia berang dengan pemandu kereta tersebut. “Nak mampus agaknya dia ni. Tak pasal-pasal nak cari gaduh!” marah Arisya. Arisya segera keluar dari kereta dan mendapatkan pemandu tersebut.

“Hoi!!... giler ke?” Arisya hilang sabar. Seorang lelaki berkaca mata hitam masih diam di dalam kereta. Tidak berpaling. Arisya mengetuk cermin pintu kereta, sambil memberi isyarat meminta supaya pemandu tersebut keluar. Arisya hairan. “Kenapa pulak mamat ni. Senyap aja. Serabai aja nampaknya. Dia yang halang orang, takkan dah mati kot”  bisik Arisya kebingungan.

”Hampir lima minit Arisya menunggu di luar kereta tersebut, barulah lelaki itu keluar. Arisya berang. Lelaki itu menanggalkan cermin matanya. ”Maafkan saya Arisya.“ Arisya terkejut. Dia cuba meninggalkan lelaki itu tapi lelaki itu memeluknya. “Lepaskan aku! Lepaskan aku! bangsat!” Arisya benar-benar benci dengan lelaki itu. Pelukan lelaki itu semakin kuat. Melepaskan rindu yang sekian lama terpendam.

”Saya sayangkan awak, Arisya“ bisik Iskandar. ”Pergi mampuslah sayang awak tu.. lepaskan aku lah!!“ Arisya cuba melepaskan pelukan Iskandar. Iskandar mencium pipi Arisya. Arisya hanya menutup matanya. Dia tidak berdaya untuk melawan. Lemah segala anggota badannya bila teringat kembali segala memori indah bersama Iskandar. Hanya tangisan mengiringi memori itu. Ternyata Arisya masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya itu.

”Kenapa mata merah ni sayang?“ Haidir perasan akan perubahan pada raut wajah Arisya. Tidak ceria seperti selalu. ”Ada masalah ke?“ Arisya menggelengkan kepala. Haidir tidak mahu bertanya lebih lanjut. Dia amat memahami Arisya. Arisya merasa bersalah dengan tindakannya itu.

”Mengapa kau tidak hadir disaat aku memerlukan? Mengapa kau hadir disaat aku ingin mengecap kebahagiaan?“ rintih hati kecilnya. Arisya bertekad untuk meneruskan pernikahannya supaya impiannya tercapai. Dia tetap mahu merahsiakan pertemuannya dengan Iskandar dari pengetahuan Haidir.

Ramai tetamu yang hadir ke majlis yang gilang gemilang. Arisya begitu anggun dengan kebaya songket yang ditempah khas dari butik Rizalman. Haidir begitu segak bertanjak berkeris dipinggang. Bagaikan pahlawan melayu lama. Sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Termeteri sudah satu ikatan. Arisya bersyukur kerana impian untuk merasai kebahagiaan hampir tercapai. Menempuh gerbang perkahwinan. Satu kehidupan baru yang bakal ditempuh bersama insan tersayang. Disebalik tetamu yang hadir, sepasang mata  yang cantik merintih kesal dengan apa yang dilihatnya.

Selanjutnya...