Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
SEJALUR KASIH SERAUT IMPIAN
: KELAPAN :

 

Aduh.. sakitnya... penat sangat kot ni.“ rintih Arisya. Arisya tersandar dikerusinya.

 ”Hello!. Miss Arisya?“ tiba-tiba Arisya didatangi penghantar bunga. Arisya terkejut. “Yeah..it’s me”. Arisya membalas. “Ada jambangan bunga untuk cik. Tolong sign dulu” sambung penghantar bunga tersebut.

 Hilang kesakitan yang dialami setelah mencium bau bunga tersebut. ”Kad... Sudikan dikau menjadi permaisuri hidupku. Haidir..“ Arisya membaca kad itu dengan perlahan. Adakah bunga-bunga cinta akan berputik. Terbukakah hati Arisya menerimanya?.

 Arisya mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Haidir. ”Hello. Assalamualaikum. Haidir ke?“ Arisya bersuara. ”Waalaikumsalam. Arisya sihat?“ balas Haidir. ”Thanks for the bouque.“ Arisya memutuskan talian. Haidir tergamam. “Salahkah aku?” rintih hati kecilnya. Haidir cuba menghubungi semula Arisya tetapi tiada jawapan. Hampa.

 Keesokan harinya, Haidir nekad untuk bertentang mata dengan Arisya untuk meluahkan isi hatinya. “Aku mesti berhadapan dengannya. Apa nak jadi..jadilah” tegas hatinya.

 “Assalamualaikum.” pintu bilik diketuk. Haidir masuk tanpa diundang. Arisya tergamam. Tidak dapat melarikan diri di saat-saat yang mendebarkan jantungnya. Arisya berpura-pura menyusun fail-fail kononnya untuk dihantar ke pegawai atasan. Haidir menghalang. ”Arisya, please..“ rayu Haidir. ”Apa salah i? Tak ada ke ruang di hati you untuk i. Hina sangatkah permintaan i ni?“ Arisya terdiam mendengar pengakuan Haidir.

 ”Arisya… tengok mata i.. katakan you tak suka pada i” Haidir mengangkat muka Arisya. Airmata telah memenuhi mata Arisya. Tunggu untuk dilepaskan sahaja supaya berguguran di pipi. Meminta untuk difahami. Haidir panik. Kenapa Arisya menangis?. “Maafkan i, Haidir” akhirnya Arisya bersuara. Tangisannya mula kedengaran.

 Haidir cuba mententeramkan Arisya.  “Sayang… kenapa you menangis. Apa yang telah i buat sampai you jadi macam ni?” soal Haidir. “I sayangkan you Arisya.” Haidir berbisik ke telinga Arisya. Arisya masih merintih kesedihan. Dia masih tidak tahu apa yang tersirat dihatinya sendiri.

 “Haidir… hati ini pernah dilukai… i tak mahu ia berulang kembali. Siksa i menanggungnya seorang diri. You datang.. tapi i tak tahu apa perasaan i sebenarnya pada you. Please try to understand me. ” terketar-ketar suara Arisya menjelaskannya. Haidir faham. “I’m sorry sayang..” ucapan terakhir Haidir sebelum dia keluar meninggalkan Arisya seorang diri.

 Tinggallah Arisya menangis sendirian. Pandangannya sayu memandang Haidir beredar seolah-olah mengharapkan sesuatu.

 Sepanjang malam Arisya memikirkan peristiwa pagi tadi. ”Kejamnya aku. Kenapa aku pentingkan diri sendiri. Kenapa masih menyalahkan semua lelaki” pelbagai soalan bermain-main difikirannya. Arisya nekad.

 Sebulan Arisya tidak berhubung dengan Haidir. Haidir terus menyepi. Masihkah ada cinta dihati mereka?

Semilir angin beralun lembut sedingin salju
Seraut wajah menatap sayu
Desiran ombak menyapa pantai
Menongkah jiwa..
Mentafsir a
lam menghurai kehidupan

Sulaman persahabatan di tasik kemesraan
Setulus jiwa mengukir senyuman
Ikhlas bicara sesuci niat tersimpan
Segulung harapan mendambakan kepastian

Sepi dirimu mengaburi suasana
Secalit tinta rinduku berseloka
Tarian jiwa melirik seri
Menghurai makna di kamar hati

Alunan irama gemersik kedengaran
Memecah hening di senja suram
Terusik jiwaku dari lenaan
Terdetik hati mentafsir hubungan
Sejalur kasih seraut impian.

Mungkinkah tertunai harapan yang diimpikan?

Selanjutnya...