Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
SEJALUR KASIH SERAUT IMPIAN
: KETUJUH :

 

Setelah hampir setahun Arisya bertugas di agensi kerajaan tersebut, Arisya ditawarkan jawatan tetap di salah sebuah pejabat kerajaan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Hatinya berbaur riang menerima tawaran tersebut. Kesedihan meninggalkan kawan-kawannya cuba diselindungi.

 Arisya diberi tugas yang agak berat  di pejabat barunya. Sesuatu yang benar-benar mencabar kemahirannya sebagai seorang pengatur program komputer. Namun segala tugas yang diberi diselesaikan sebaik mungkin. Dalam kesibukan itu, dia masih tidak dapat melupai insan pertama yang bertakhta dihatinya.

 Ditempat baru inilah Arisya mengenal erti persahabatan di alam siber. Ramai kenalan pelbagai ragam yang ditemuinya. Ada yang mengajaknya berjumpa dan ada yang tidak kurang hebat menaruh cinta kepadanya. Persahabatan yang ikhlas amat Arisya hargai kerana persahabatan itu mulia padanya. Tetapi cinta disebalik persahabatan yang dihulurkan tidak dapat Arisya terima kerana hatinya kecewa dengan cintanya yang lalu. Arisya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Biarlah cinta yang benar-benar sejati yang akan ditemuinya.

 Berbulan Arisya mengenali dunia siber, Arisya semakin bosan dengan kehidupannya itu. Sesuatu yang lazim dalam perbualannya dengan kenalan yang baru dikenali. Ketika cuba melelapkan mata pada waktu rehat, kedengaran bunyi mesej terbaru dari kenalan sibernya. Tergerak hatinya untuk membalas mesej tersebut.

 HensemGuy   :  Hi.......How are you....asl pls....

Arisya             :  Wsalam... saya orang Malaysia .

“Berlagak pulak mamat ni.” ngumil Arisya keseorangan.

Bermula dari situlah hubungan mereka semakin rapat. Arisya selesa apabila berbual dengan jejaka yang baru dikenalinya itu. Sedikit sebanyak mencuit hati kecilnya.

Hampir sebulan mengenali jejaka yang dipanggil Haidir, saat pertemuan yang sekian lama ditunggu tiba jua. Pertemuan dua insan yang masih tidak mengenali hati budi masing-masing. Melihat kelakuan Arisya yang seolah-olah mencari seseorang, datang seorang lelaki yang tidak kurang hebatnya.

“Cik Arisya ke?” tegur seorang jejaka dengan nada gugup di tempat seperti yang dijanjikan. Arisya merenung jejaka tersebut sambil mengerutkan keningnya. “Do I know you?” jual mahallah pulak. Arisya cuba mengawal senyumannya.

“Don’t  make me confuse. Cik Arisya right? From my instinct.. yes… Nice to meet you” Haidir cuba meyakinkan dirinya. Arisya tersenyum mengiakannya. Sekuntum bunga tanda perkenalan dihulurkan. Arisya bingung. Fikirannya tiba-tiba teringatkan Iskandar. “Ahh... forget it!!” bisik hati kecilnya. “Cik Arisya.” Haidir menegur Arisya yang termenung memandang bunga tersebut. “Uh.. sorry. Thanks“ Arisya malu. Haidir terpukau melihat riak wajah Arisya. Dan dari situ Haidir menyimpan hasrat untuk lebih mendekati Arisya.

Boleh dikatakan hampir setiap hari Haidir menemui Arisya. Cuba mencungkil isi hati Arisya. Arisya senang bersama Haidir. Pengalaman yang lalu sedikit sebanyak hilang dari tasik hatinya. Apakah tasik yang keruh akan menjadi jernih semula?.

Selanjutnya...