Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
SEJALUR KASIH SERAUT IMPIAN
: KEENAM :

Sewaktu mengandungkan Arisya, dugaan paling hebat melanda diri ibunya. Suami tercinta pergi menemui Ilahi. Nenek sebelah arwah ayah Arisya telah berpesan kepada menantunya supaya anak yang bakal dilahirkan itu diserahkan kepadanya memandangkan anak yang sulung telah diberi kepada besannya.

Tiba saat yang dinantikan. Di sebuah rumah usang, seorang bayi telah dilahirkan. Berita kelahiran telah sampai ke pengetahuan keluarga arwah suaminya. Maka keesokan harinya, beberapa buah kereta telah tiba di perkarangan rumah. Sayu rasa dihati melihat bayi yang comel yang baru dilahirkan itu. Bisakah dia berpisah dengan cahayamata yang baru dilahirkan itu?

”Abang.. abang tak apa-apa ke?“ soal Misnah apabila melihat suaminya Ismail diam membisu di sudut ruang tamu rumah mereka. ”Sakit sikit sahaja kat dada ni.“ Balas Ismail sambil mengerutkan kening menahan kesakitan. Sedang Misnah sibuk menyiapkan makan malam, terdengar jeritan di dalam bilik tidurnya. Segera Misnah lari melihat apa yang telah terjadi.

 ”Ya Allah... abang!!!”. Ismail tertiarap di atas tikar sembahyang sambil memegang dada. ”Kenapa ni bang?” soal Misnah sambil mengangkat sebahagian badan suaminya. Tiada sahutan yang kedengaran. Biru bibir suaminya. Jantung Misnah berdegup kencang. Didengarkan jantung suaminya.  “Abang!!!!!….” jeritan Misnah mengejutkan jiran tetanggga. Ismail menghembuskan nafas terakhir di saat Misnah sedang sarat mengandung.

 ”Barang-barang bayi ni dah dikemaskan semua ke?“ soal ibu mertuanya. Lamunan Misnah terhenti. ”Sudah mak.“ balas Misnah lesu. ”Kalau macam tu eloklah kita gerak sekarang. Dah lama kita kat sini“ suara ibu mertua Misnah memecah kesunyian. Tangisan bayi yang baru dilahirkan semakin kuat seakan mengerti akan berpisah dengan ibunya. Misnah hanya memandang sayu anaknya dipangkuan ibu mertuanya. Entah bagaimana terkeluar segala pesanan dari arwah suami Misnah.

 ”Mak, arwah pernah berpesan supaya saya menjaga anak ini kalau ada apa-apa yang terjadi kepada dia. Benarkan saya menjaga anak ini mak. Saya berjanji akan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Dialah satu-satunya anak yang masih ada bersama saya.“ rayu Misnah. Setelah mendengar penjelasan Misnah, ibu mertuanya memeluk Misnah sambil berpesan supaya menjaga cucunya itu dengan baik. Duit perbelanjaan akan diberi setiap bulan bagi membantu menampung beban Misnah. Semenjak itu, Arisya dibesarkan di sisi ibunya.

Tetapi setelah menjanda selama 6 tahun, Misnah dilamar seorang lelaki yang satu tempat kerja dengannya. Setelah didesak oleh ayahnya, Misnah akur dengan keputusan tersebut walaupun pada hakikatnya hatinya masih milik arwah suaminya. Arisya sudah berusia 6 tahun pada waktu itu. Arisya seorang anak yang bijak bercakap. Oleh kerana dia tidak dapat menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya, Arisya tidak mahu mengikut ibunya walaupun bayang-bayang hitam bakal menghantui kehidupannya kelak.

Sampai di kawasan perkuburan, hati Misnah sejuk melihat kubur arwah suaminya. ”Maafkan Misnah bang..“ rintih hati kecilnya. Arisya sempat mengerling pada ibunya. Arisya mengerti perasaan ibunya.

Puisi buat ibuku...

Lembaran Sepi di Aidilfitri

Takbir bergema syahdu kedengaran
Memecah sunyi di hening pagi
Tersentak hati terusik naluri
Mengimbas kembali sebuah memori

Hadirmu insan jadi penyeri
Memberi erti di aidilfitri
Saling bemaafan sesama sendiri
Cinta bersemi kukuh terpatri

Jalinan cinta hanya sementara
Terlerai ikatan yang dibina
Tanpa kusedari dirimu tiada
Ke pangkuan Ilahi buat selamanya

Memori silam tinggal kenangan
Masih tersemat diruang ingatan
Dirimu pergi tanpa pesanan
Hidupku kini sepi keseorangan
Menyambut aidilfitri di bulan kemuliaan

Di kedinginan pagi 1 Syawal
Terhenti langkahku disudut namamu
Kuhulurkan salam kuukirkan senyuman
Kutaburkan mawar tanda ketulusan
Kuiringi jua doa kesejahteraan
Lantaran
Tersentuh hatiku merindui dirimu
Menangisi ketiadaanmu
Rimbunan pohon menjadi saksi
Lembaran sepi di aidilfitri.

Selanjutnya...