Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
SEJALUR KASIH SERAUT IMPIAN
: KELIMA :

Setelah menunaikan solat Maghrib, Arisya teringat akan kata-kata Nora dan keluhan En. Norman. Ada sesuatu yang menarik hatinya untuk mengetahui lebih lanjut. "Nora, boleh saya tanya sedikit." "Tanyalah. Apa dia?" balas Nora selamba. Lalu, Arisya menceritakan perbualannya dengan En. Norman petang tadi. "Dah aku agak. Hmm.. Baguslah! Kalau kau benar-benar dah ada pakwe, lebih baik kau berterus terang sahaja. Nanti tak pasal-pasal jadi macam aku ni. Asyik kena kacau aja. Naik bosan aku dibuatnya. Tak habis-habis aku jadi bahan gurauan diorang. Buat pengetahuan kau, En. Norman tu tengah cari calon isteri. Ha..kau hati-hati sikit. Aku tengok dia macam syok je kat kau." Barulah Arisya faham mengapa En. Norman mengeluh setelah mengetahui yang dirinya telah mempunyai teman istimewa.

Semenjak Arisya menetap di Kuala Lumpur bersama rakan sepejabatnya, Arisya cuma menemui Iskandar sekali dalam sebulan. Ini memandangkan kesibukan mereka dalam tugas masing-masing. Walau bagaimanapun mereka tetap berhubung melalui telefon.

Beberapa bulan kemudian, umat Islam menyambut hari raya aidilfitri di bulan kemuliaan setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Arisya dan ibunya sibuk mengemas rumah dan mengatur kuih-muih. Adik-adiknya sibuk mengenakan pakaian baru mereka. Suasana hari raya penuh dengan kegembiraan dan kesyukuran. Di bulan Syawal inilah umat Islam mengeratkan sillaturrahim sesama sendiri. Ziarah-menziarahi sudah menjadi resam dikalangan umat Islam. Kanak-kanaklah yang paling gembira sekali kerana inilah masa mereka untuk mengumpul wang sebanyak mungkin. Hampir seluruh rumah di kampung tersebut diziarahi. Walaupun seketika, mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Cahaya kegembiraan tanda kesyukuran.

Setelah umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri, Arisya dan keluarganya bersiap-siap untuk ke Johor. Tujuan utama mereka adalah untuk menziarahi kubur arwah ayah Arisya . Arwah ayah Arisya telah lama meninggal dunia semasa Arisya masih kecil lagi. Arisya tidak mengenali ayahnya apalagi mendapat kasih sayang seorang ayah. Hanya gambar-gambar yang masih menjadi simpanan ibunya dijadikan bahan tatapan. Semenjak ayahnya meninggal, Arisya dijaga oleh ibunya dengan penuh kasih sayang. Tetapi kasih sayang itu hanya sementara. Arisya ditinggalkan bersama neneknya sewaktu berusia 6 tahun apabila ibunya berkahwin lain. Semenjak itu, Arisya tidak lagi mendapat belaian kasih sayang seorang ibu. Kehidupannya penuh dengan dugaan. Hidup tanpa belaian kasih kedua ibu bapa, hanya mengharapkan ihsan keluarga sebelah ibunya.

Sepanjang perjalanan ke Johor, fikiran Arisya melayang mengimbas kembali sejarah silam, pahit maung kehidupannya sewaktu dia menetap di rumah neneknya. Setelah ibunya meninggalkan Arisya dan abangnya di rumah nenek, segala perbelanjaan mereka ditanggung oleh makciknya. Kehadiran Arisya tidak disenangi oleh mereka memandangkan hidup mereka agak susah. Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Abang Arisya tidak dianggap begitu kerana nenek amat menyayanginya. Sejak abangnya dilahirkan nenek Arisya lah yang menjaganya. Ibu Arisya tidak diberi kesempatan untuk menjaga anak sulungnya itu. Hati ibunya benar-benar merasa sedih kerana tidak dapat memberi kasih-sayang kepada anaknya itu.

"Kalau kau nak anak kau balik. Kau bayar segala makan minumnya.!!" herdik Mak Piah. "Susah-susah aku membelanya, senang-senang kau nak ambilnya semula!!" tambahnya lagi. "Tapi mak… dia anak saya. Mak yang beriya sangat nak jaga dia. Mak tak beri kesempatan pada saya untuk menjaganya" sampuk Misnah. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. "Sudahlah Misnah. Biarlah mak jaga Azlan." Pujuk Ismail. Semenjak pertelingkahan itu, Misnah dan Ismail begitu mengharapkan kehadiran cahayamata bagi menyinarkan kehidupan mereka. Segala yang mereka nantikan akhirnya dikabulkan. Misnah didapati hamil!. Kegembiraan jelas terpancar di wajah pasangan suami isteri tersebut.

Sebulan selepas Misnah didapati hamil, bala menimpa dirinya. Kepulangan suami disambut seperti biasa dengan iringan sebuah senyuman. Senyuman yang mampu meringankan beban suami tercinta tatkala pulang dari mencari nafkah. "Banyak kerja hari ni, bang?" tanya Misnah sambil menghulurkan segelas minuman sejuk penghilang dahaga. Ismail tidak menjawab apa-apa. Dia hanya memhempaskan dirinya di sudut ruang tamu rumah mereka. Mukanya pucat.

 

Selanjutnya...