Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Objektif : Memahirkan Diri Menyelengarakan Komputer Sendiri dan Persedian Untuk Menjadi Juru Teknik dan Usahawan Dalam Bidang Komputer.



Home | Back | Next |


Pengenalan


Pelbagai iklan komputer terpampang di dalam akhbar atau majalah yang menerangkan tentang spesifikasi sesebuah komputer peribadi. Spesifikasi tersebut lazimnya terdiri dairpada jenis papan induk, jumlah memori, kad paparan, kelajuan pemacu CD-ROM, kad bunyi dan saiz monitor.

komputer multimedia merujuk kepada set perkakasan multimedia yang lengkap dan boleh menjadi perantara yang berkesan dengan mengeksploitasi fungsi bunyi, suara, gambar, animasi, lagu dan video. Penggunaan komputer multimedia tidak terhad kepada persembahan perniagaan atau pendidikan malah ia turut dieksploitasi dalam permainan, laman web, perisian pendidikan, hiburan dan pelbagai bidang lain.

Bagaimanapun perkakasan yang dinyatakan dalam speksifikasi adalah terdiri daripada pelbagai jenama dan keupayaan yang berbeza-beza. Dengan perkembangan teknologi semasa, beberapa penemuan terbaru telah ditonjolkan pada perkakasan komputer multimedia yang boleh dinikmati oleh para pengguna di pasaran. Tidak dinafikan juga perbezaan jenama dan keupayaan akan mempengaruhi perletakan harga sesebuah komputer. Samada komputer multimedia tersebut dikeluarkan atas jenama tersohor seperti Compaq, Hewlett Pakard (HP), Dell mahupun klon, kepuasan pengguna dalam mengeksploitasikan keupayaannya adalah yang lebih penting.




BACK

HOME

NEXT