Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Unit Pemprosesan Pusat



Home | Back | Next |


Jenis-Jenis Yang Terdapat Dipasaran




Pentium IV

Pentium III

Celeron


AMD Athlon

AMD Duron

Cyrix


PENERANGAN :
Unit Pemprosesan Pusat (CPU) sering diibaratkan sebagai Otak komputer, kerana kebanyankan proses pengiraan akan berpusat di situ yang melibatkan berjuta-juta transistor mikro. Peranan CPU adalah sangat penting untuk memastikan sebuah PC dapat berfungsi. Membeli sebuah CPU biasanya agak sukar kerana terdapat pelbagai pilihan seperti Intel, AMD, Cyrix dan IDT. Cyrix dan IDT tidak lagi digunakan kerana sukar untuk mendapatkan bekalan. Jenis yang mudah didapati di pasaran pada masa ini ialah Intel Celeron, Pentium III Pentium IV, AMD Athlon dan AMD Duron

CPU merupakan bahagian yang paling penting di dalam komputer. Ia bertugas untuk menukar data mentah kepada bentuk yang berguna dan mengawal bahagian-bahagian lain di dalam sistem komputer. Dari segi teknikal, CPU ialah satu CIP mikro pemprosesan yang diperbuat daripada silikon dan beberapa wayar kecil yang membentuk satu litar yang rumit. Litar ini dibina dan diaturcarakan supaya ia boleh menterjemahkan isyarat elektrik dan menjalankan komputer.

MHZ (megahertz) atau kitaran kelajuan ialah unit kawalan yang menentukan pukulan kepada cip. Pukulan ini ditentukan oleh jam dalaman dan diukur dalam megahertz (MHZ) atau jutaan kitaran sesaat.



INTEL
Intel telah mengeluarkan siri CPU yang terdiri daripada Pentium IV, Pentium III dan Intel Celetron. Intel telah berhasrat untuk mempopularkan Teklonogi Pentium kepada semua segmen pasaran. Intel telah memperkenalkan Pentium III dan Pentium IV untuk pasaran peringkat tinggi (Pelayan dan Sistem kerja) dan Celeron untuk pasaran PC asas.

AMD
AMD Athlon adalah salah satu pemproses yang terkuat didunia untuk kegunaan PC dan mewakili industri pertama dari pada 7 jenerasi 86 mikro akitek. Ahli keluarga AMD Athlon dicipta untuk menguatkan generasi akan datang dalam X86 platfom komputer. Ia memenuhi taraf intensif yang diperlukan untuk sistem perisian aplikasi. Manakala Sistem AMD Duron pula amat sesuai dan praktikal untuk kegunaan harian. Ia menambahkan satu gabungan sistem dan kuasa untuk menjana semua PC, perisian dan Perisian Aplikasi.




BACK

HOME

NEXT