Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Papan Induk/Papan Utama (Mainboard/Motherboard)



Home | Back | Next |


Jenis-Jenis Yang Terdapat Dipasaran




449x345 pixels • 23 KB

543x394 pixels • 62 KB

500x383 pixels • 60 KB


PENERANGAN
Papan induk adalah komponen paling utama didalam sesebuah komputer dimana disitulah terdapat semua komponen lain yang dipasang kepadanya. Terdapat pelbagai jenis papan induk kerana pelbagai jenis CPU yang mempunyai keupayaan dan kuasa yang berbeza.

Terdapat juga papan induk yang telah diterbina di dalamnya kad bunyi, port perhubungan dan juga port untuk SCSI. Sehingga kini ada beberapa jenama papan utama papan utama yang popular di Malaysia, seperti Intel, Asustech, ABIT, Gigabyte, Eagle, MSI, Soltex dan berbagai jenama lain yang rata-rata mutunya kurang memuaskan. Papan-papan ini boleh dibezakan dari kecanggihan teknologi yang digunakannya, keserasian dengan komponen lain, kemudahan pemasangan dan fungsi otomatik yang ada. Walau bagaimanpun kebanyakan papan utama kini menyokong fungsi 'Pasang dan Main', yang biasanya memudahkan dari segi pemasangan dan konfigurasi sistem. Ini akan mengelakkan berlakunya konflik antara komponen yang digunakan.

Tugas papan utama ialah menyampaikan maklumat atau data ke komponen tertentu yang berkaitan seperti kad paparan untuk memastikan hasilnya dapat dilihat di skrin monitor, atau kad bunyi jika arahan tersebut mempunyai kad arahan audio. Data-data ini akan dipindahkan melalui sirkit yang panggil sebagai BAS (garis-garis halus keemasan) sebenarnya terdiri daripada 62 lorong yang boleh dilalui data. Bagi pengguna sistem 32-bit bas akan mengandungi 248 lorong pergi-balik data yang membawa data dari mikropemproses ke kad paparan, kad bunyi, pemacu cakera liut, cakera keras, cakera keras, pemacu cakera padat, adapter-adapter berkaitan pot-pot output/input dan lain-lain lagi.




BACK

HOME

NEXT