Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

[Pengurusan] [Rawatan Pesakit Luar] [Rawatan Pesakit Dalam] [Kecemasan dan Kemalangan] [Makmal dan Tabung Darah] [Farmasi dan Bekalan] [Makanan dan Dapor] [Penyeliaan] [Fisioterapi] [Rekod Perubatan] [Pengimejan Diagnostik] [Rawatan Haemodialisis]

Perkhidmatan Rawatan Haemodialisis

Unit ini merupakan projek dasar baru 1997 dimana Hospital Besut merupakan hospital yang kedua selepas Hospital Kemaman yang diberi peruntukan untuk tujuan tersebut.

Wad 5 yang dahulunya adalah wad lelaki telah diubahsuai untuk dijadikan Unit Haemodialisis. Dengan peruntukan sebanyak RM296,400.00, kerja-kerja pengubahsuaian dan pembelian peralatan telah bermula pada bulan September 1997.

2 orang anggota paramedik telah dihantar untuk mengikuti kursus Pos-basik Perawatan Buah Pinggang di Institut Nefrology Hospital Kuala Lumpur yang bermula pada bulan Januari 1998 dan tamat selepas 6 bulan.

Unit ini beroperasi pada bulan Julai 1998 dan memberi rawatan dialisis kepada pesakit buah pinggang dari daerah Besut dan daerah yang berdekatan yang dahulunya menerima rawatan di Hospital Kuala Terengganu dan Hospital Kota Bharu.