Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

saut.jpg (14320 bytes)

Dua Pasang Saut Sandang

Saut Sandang merupakan pakaian kebesaran Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan. Ia diperbuat daripada emas, berbentuk buah rotan yang terdiri daripada 50 biji utas. Alat kebesaran ini dipakai secara bersilang dari bahu kiri ke rusuk kanan dan bahu kanan ke rusuk kiri. Ia telah dipakai oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 6 Julai 1949 semasa istiadat pertabalan baginda.

Sepasang saut sandang lagi juga diperbuat daripada emas berbentuk bunga berkelopak empat dan dikarang sebanyak 12 kumtum seutas. Cara pemakaiannya adalah sama sepertiman yang dipakai oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan. Alat kebesaran ini dipakai oelh Duli Yang Maha Mulia Permaisuri semasa istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.

BACK