Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA

Alat-alat Kebesaran Diraja Terengganu Darul Iman terbahagi kepada empat bahagian iaitu:-   

1) Alat Tubuh Raja yang dipakai pada Hari Kemahkotaan mengandungi :-

Sebuah Mahkota DYMM Tuanku Al-Sultan.

Sebuah Mahkota DYMM Pemaisuri.

Mahkota Bertanjak.

Sepasang Gelang Lengan.

Dua Utas Saut Sandang.

Pada Hari Kemahkotaan, Duli Yang Maha Mulia Pemaisuri Terengganu akan memakai sebuah Mahkota, Gendik dan dua utas Saut Sandang.

2) Alat-alat Kebesaran yang semuanya diperbuat daripada emas ini mengandungi :-

Sebuah Songkok Bersiram.alat.jpg (7757 bytes)

Sebuah Mahkota Bersiram.

Sebatang Cogan Negeri.

Dua Batang Cokmar.

Sebilah Pedang.

Sebilah Keris Panjang.

Sebuah Puan ( Tepak Sirih ).

Sebiji Ketul.

Sebuah Kipas.

Seutas Dokoh.

Dua buah Pending.

Sebuah Celepa.

3) Alat-alat penjawat Raja mengandungi :-

penjawat.jpg (17714 bytes)

Penjawat Alat-alat Kebesaran Di Raja

 

Tetampan daripada kain sutera kuning berkeemasan dan berumbai-rumbai,

Wali daripada kain kuning yang berambu-rambu,

Kain dukung daripada kain kuning yang panjang berambu-rambu,

Kain Selampai daripada kain kuning bertatah mutu dan   berumbai-rumbai.

4) Alat-alat Perarakan bagi kegunaan Istiadat sambut menyambut mengandungi :-

Sebatang Lembing Tunggal,

16 Lembing Pengawal,

16 Lembing Berambu,

16 Payung Ubor-Ubor ( 8 putih dan 8 kuning ).

Sewaktu Duli Yang Maha Mulia Al- Sultan berangkat ke majlis bersemayam di Singgahsana Takhta Kerajaan untuk Majlis Penghadapan, maka Alat-alat Kebesaran ini diaturkan menurut tertibnya seperti berikut :-

i)    Cogan Negeri dipikul oleh para pembawa yang terdiri daripada anak baik-baik yang menyelampai Tetampan pada bahu kanan.

ii)  Dua orang Bentara pembawa Cokmar yang terdiri daripada anak-anak Raja yang menyelampai Tetampan.

iii) Dua orang Biduanda yang menyelampai Tetampan, disebelah kanan membawa pedang manakala disebelah kiri pula membawa keris panjang.

iv) Dua orang Biduanda yang menyelampai Tetampan, disebelah kanan membawa Puan ( Tepak Sirih ) manakala yang disebelah kiri membawa ketul. Keempat orang Biduanda ini terdiri daripada anak-anak Raja yang muda.

v)  Di hujung deretan ini, Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Terengganu berangkat ke Singgahsana Takhta Kerajaan dan diikuti oleh dua orang Juru Iring dan Setiausaha Sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.

vi) Apabila tiba di hadapan Singgah sana pembawa Cogan Negeri, pembawa-pembawa Cokmar dan lain-lain penjawat berhenti dan menepi ke kiri dan ke kanan untuk melapangkan jalan bagi Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Terengganu berangkat bersemayam di Singgahsana. Sementara itu pembawa-pembawa Cokmar dan lain-lain penjawat turut naik ke perbalaian untuk mengambil tempat masing-masing di kiri kanan Singgahsana. Bentara pembawa Cokmar berdiri di sebelah kanandan kiri setimbang dengan Singgahsana, diikuti sebelah kanan pembaea pedang dan di sebelah kiri pembawa keris. Ini diikuti pula oleh pembawa Puan di sebelah kanan dan pembawa Ketur disebelah kir. Sewaktu Duli Yang Maha Mulia Al- Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Terengganu bersemayam di Singgahsana, pembawa Cogan Negeri beredar kebelakang iaitu ke tempat yang dikhaskan baginya di hadapan Singgahsana.

vii)  Alat-alat Kebesaran Di Raja tersebut digunakan bagi Duli Yang Maha Mulia Al- Sultan sahaja.

viii) Dalam istiadat sambut menyambut Raja-Raja,perakan ini didahului oleh pembawa Lembing Tunggal yang menyelampai Tetampan, dan diikuti pula oleh 16 orang pembawa lembing, 8 orang sebelah di belakang mereka terdiri 8 orang pembawa payung Ubor-ubor putih dan 8 orang pembawa Ubor-ubor kuning, 4 orang sebelah yang menyelampai Wali. Di tengah-tengah iaitu di antara payung-payung berkenaan terdapat alat-alat Keberangkatan Diraja. Alat-alat ini digunakan juga semasa istiadat perkahwinan.

BACK