Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Good Luck

 

 

MENU UTAMA

 

SMK AGAMA MIRI

 

 

 

ATURCARA PENDAFTARAN

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN SATU TAHUN 2003 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MIRI

 

Tarikh :          

Tempat           :           Dewan Al-Khawarizmi, SMK Agama Miri

 

MASA

PERKARA

TEMPAT

8.00 每 9.00 pagi

Penyerahan borang dan semakan

Pelajar-pelajar mengambil nombor giliran pendaftaran masing-masing

Kaunter penyemakan dan penyerahan borang

9.00 每 10.00 pagi

Taklimat tentang sekolah oleh Pengetua

(ibu bapa dan pelajar-pelajar tingkatan satu dikehendaki hadir)

Dewan Al-Khawarizmi

10.00 每 10.15 pagi

Rehat dan minum

Kelas 1 Al-Alim

Kelas 1 Al-Arif

10.00 每 12.00 t/hari

Pendaftaran sekolah dan pembayaran yuran pelbagai (mengikut kumpulan dan nombor giliran)

Segala bentuk yuran akan dijelaskan di kaunter ini

Kaunter pendaftaran kelas

Pendaftaran asrama

Pelajar akan ditentukan bilik, pemeriksaan peralatan dan kelengkapan, pengagihan tray dan buku peraturan sekolah

Kaunter pendaftaran asrama

Pendaftaran koperasi

Pelajar akan diberi borang pendaftaran koperasi

Kaunter koperasi

Pendaftaran ahli PIBG

Derma/sumbangan untuk Tabung Kebajikan Pelajar SMK Agama Miri

Kaunter PIBG

 

 PERHATIAN 

  1. Pendaftaran akan tamat pada jam 12.00 tengahari.

  2. Semua pelajar akan ditempatkan di asrama selepas hari pendaftaran untuk mengikuti Minggu Silaturrahim (wajib bagi semua pelajar Tingkatan Satu).

  3. Minggu Silaturrahim akan bermula pada jam 8.30 malam pada hari pendaftaran.

  4. Sekiranya pelajar-pelajar berpindah sekolah dengan kerelaan sendiri, segala yuran yang telah dibayar TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN

 KEPERLUAN PENDAFTARAN PELAJAR-PELAJAR

TINGKATAN SATU TAHUN 2003

 

(A)      KEPERLUAN ASAS PENDAFTARAN 

  1. Borang Biodata

  2. Salinan Surat Beranak

  3. Salinan Kad Pengenalan

  4. Salinan Keputusan UPSR

  5. Borang SPBT (dari sekolah rendah)

  6. Kad Kemajuan (dari sekolah rendah)

  7. Kad Kesihatan (dari sekolah rendah)

  8. Kad 001 (dari sekolah rendah)

  9. 4 keping gambar berukuran passport (perempuan bertudung) 

(B)      KEPERLUAN ASAS PERSEKOLAHAN 

  1. Beg sekolah

  2. Alatulis secukupnya

  3. Buku tulis SMK Agama Miri (dijual di koperasi sekolah)

  4. Buku Teks (bagi yang tidak layak menerima pinjaman buku teks)

(C)      PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

 

Pelajar Lelaki (Isnin 每 Khamis) 

  1. Kemeja putih berlengan pendek atau panjang (tangan hendaklah dibutang dan lengan tidak dibenarkan dilipat)

  2. Seluar panjang berpotongan biasa dan berwarna hijau ※olive green.§ Labuh seluar tidak menutupi tumit kasut dan paling singkat tidak kurang dari paras buku lali (3 sm dari tumit kasut)

  3. Kasut kanvas putih (kasut kulit hitam/kulit tiruan/PVC bagi pengawas sekolah dan tingkatan enam).

  4. Stokin putih (panjang dan tidak berbelang-belang).

  5. Tanda nama (tingkatan satu akan diuruskan oleh pihak sekolah).

  6. Tali leher berlogo sekolah (dijual di koperasi sekolah).

  7. Songkok hitam (tidak terlalu tinggi).

Pelajar Lelaki (Jumaat) 

  1. Pakaian kebangsaan berwarna putih (leher bercekak musang).

  2. Samping (dijual di koperasi sekolah).

  3. Songkok hitam (tidak terlalu tinggi).

Pelajar Perempuan 

  1. Baju kurung putih (lengan bercekak dab berbutang).

  2. Kain biru muda (bersusun di tepi).

  3. Tudung bulat labuh putih (dijual di koperasi sekolah).

  4. Kasut kanvas putih (kasut kulit hitam/kulit tiruan/PVC bagi pengawas sekolah dan tingkatan enam).

  5. Stokin putih (panjang dan tidak berbelang-belang).

  6. Tanda nama (tingkatan satu akan diuruskan oleh pihak sekolah).

  7. Kain dalam dan alas dalam (simis).

 (D)      PAKAIAN RASMI KEDUA

 

Pelajar Lelaki 

  1. Baju batik hijau, leher ala baju kebangsaan (kain dijual di koperasi sekolah).

  2. Seluar panjang putih (bentuk sama seperti pakaian seragam sekolah).

  3. Kasut kulit hitam/kulit tiruan/PVC.

  4. Stokin putih (panjang dan tidak berbelang-belang).

 Pelajar Perempuan 

  1. Baju kurung batik hijau (kain dijual di koperasi sekolah).

  2. Kain putih (bentuk sama seperti pakaian seragam sekolah).

  3. Kasut kulit hitam/kulit tiruan/PVC.

  4. Stokin putih (panjang dan tidak berbelang-belang).

 

(E)      PAKAIAN SUKAN/PJK/KOKURIKULUM 

  1. Baju T putih berlogo sekolah (dijual di koperasi sekolah).

  2. Seluar sukan biru tua/gelap.

  3. Kasut kanvas putih/kasut sukan putih.

  4. Stokin putih (panjang dan tidak berbelang-belang).

  5. Pakaian seragam unit beruniform akan ditetapkan berdasarkan keperluan pasukan pakaian seragam masing-masing).

(F)    PAKAIAN, PERALATAN DAN KEPERLUAN WAJIB ASRAMA

 

1. Cadar dan sarung bantal dibeli di koperasi 1 helai
2. Selimut  1 helai
3. Pakaian Sembahyang 1 pasang
4. Baju dan Seluar Sekolah 3 helai/pasang
5. Baju Kurung Sekolah dan Kain Sarung dibeli di koperasi 3 helai
6. Tudung Bulat Labuh (putih)  3 helai/pasang
7. Pakaian Rasmi Kedua (batik) dibeli di koperasi 1 helai
8. Seluar Biasa 3 helai
9. Baju Kemeja Biasa 3 helai
10. Baju T Biasa (Berkolar) 3 helai
11. Baju T Sukan / PJK dibeli di koperasi 1 helai
12. Songkok Hitam 1 buah
13. Tali Leher dibeli di koperasi  1 helai
14. Samping dibeli di koperasi 1 helai
15. Baju Kurung Biasa 5 pasang
16. Tudung Bulat Labuh (biasa) 3 helai
17. Track Suit Biru Gelap/hitam 2 helai
18. Kasut Sukan 1 pasang
19. Kasut Hitam PVC 1 pasang)
20. Stokin Putih 3 pasang
21. Sandal Tanpa Tumit 1 pasang
22. Selipar Untuk Tandas 1 pasang
23. Tuala Mandi 2 helai
24. Baldi, Gayung, Sabun Mandi, Ubat dan Berus Gigi dan Alatan Mencuci. mengikut keperluan
25. Penyangkut dan Penyepit Pakaian mengikut keperluan
26. Gelas (cawan), Sudu dan Garfu. mengikut keperluan

 

(G)   KEPERLUAN-KEPERLUAN LAIN YANG DIBENARKAN DI ASRAMA

 

  1. Bekas air panas/sejuk.

  2. Lampu suluh.

  3. Alatan sukan seperti reket dan lain-lain.

 

(H)   KEPERLUAN YANG DISEDIAKAN OLEH SEKOLAH 

  1. Katil, Tilam, Bantal dan Almari (loker).

  2. Tray (dulang).

(I)     BARANG-BARANG DAN PERALATAN YANG DILARANG DI ASRAMA 

  1. Peralatan elektrik seperti komputer, periuk elektrik, cerek elektrik, kipas angin, pemanas air, pengering rambut, televisyen, perakam video/video games, pita rakaman, radio kaset, walkman (hanya radio transistor kecil dan menggunakan bateri dibenarkan) dan lain-lain yang berkaitan.

  2. Pakaian-pakaian yang tidak sesuai seperti jeans, seluar pendek (separuh pendek), baju T bergambar dan bertulisan yang tidak sesuai, pakaian yang mahal dan berjenama, kasut bertumit tinggi dan pakaian-pakaian yang tidak senonoh (menjolok mata).

  3. Bahan-bahan bacaan yang tidak sesuai seperti majalah-majalah hiburan dan komik yang berunsur keganasan, gambar-gambar lucah dan dan tidak sesuai, gambar-gambar artis serta perkara-perkara yang tiada kaitan sama sekali dengan unsur pendidikan dan lain-lain.

  4. Barang-barang yang jelas diharamkan seperti alat-alat perjudian, minuman keras, dadah, pil-pil khayal, rokok dan lain-lain.

  5. Sebarang bentuk api yang terdedah seperti lilin, lingkaran ubat nyamuk, pelita dan lain-lain.

  6. Alat-alat muzik seperti gitar, piano, organ dan seumpamanya (yang dilarang).

  7. Senjata tajam dan merbahaya.

  8. Telefon bimbit.

 


SENARAI SEMAK

YURAN DAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN

 

Nama : _____________________________________
Tingkatan : _____________

 

BIL

PERKARA

TANDAKAN (X)

1. 

Borang Biodata

 

2. 

Salinan Surat Beranak

 

3. 

Salinan Kad Pengenalan

 

4. 

Salinan Keputusan UPSR

 

5. 

Borang SPBT (dari sekolah rendah)

 

6. 

Kad Kemajuan (dari sekolah rendah)

 

7. 

Kad Kesihatan (dari sekolah rendah)

 

8. 

Kad 001 (dari sekolah rendah)

 

9. 

4 keping gambar berukuran passport (perempuan bertudung)

 

 

BIL

PERKARA

JUMLAH

SEMAKAN

1. 

GSA

RM12.00

 

2. 

MSSM

RM3.00

 

3. 

Takaful

RM1.50

 

4. 

Majalah Sekolah

RM10.00

 

5. 

Kertas Peperiksaan

RM6.00

 

6. 

Tabung Bantuan Pendidikan Tinggi

RM2.00

 

7. 

Sumbangan Wajib PIBG *

RM12.00

 

8. 

Kelas Komputer **

RM65.00

 

9. 

Kebajikan Asrama ***

RM20.00

 

10.   

Kad Pelajar

RM4.00

 

11.   

Yuran Ahli Koperasi

RM2.00

 

12.   

Buku Peraturan Sekolah

RM2.00

 

13.   

Kad (buku) Laporan

RM1.80

 

14.   

Set Buku Latihan

RM28.00

 

15.   

Tali Leher (lelaki sahaja)

RM13.00

 

16.   

Samping (lelaki sahaja)

RM20.00

 

17.   

Tudung Labuh (perempuan sahaja)

RM24.00

 

18.   

Batik Sekolah (pakaian rasmi kedua)

RM25.00

 

19.   

Baju T sukan dan PJK (lelaki)

RM17.00

 

20.   

Baju T sukan dan PJK (perempuan)

RM19.00

 

JUMLAH BESAR

 

 

 

*          Untuk seorang ibu / bapa / penjaga sahaja.

**        Untuk tingkatan 1, keahlian adalah wajib

***       Untuk pelajar asrama sahaja.

 

 


SUMBANGAN IKHLAS

UNTUK TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR

 

 

Nama   : _______________________

Alamat : _______________________

______________________________

______________________________

 

 

Tarikh : ______________

 


 

Kepada,

Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri

Peti Surat 1387, 98007 Miri,

SARAWAK.

 

 

Tuan,

 

SUMBANGAN IKHLAS UNTUK TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR

 

 

Perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Dengan ini saya sertakan sebanyak RM ______________ ( dengan perkataan: ______________________________________________

________________________ ) sebagai sumbangan ikhlas dari saya untuk Tabung Kebajikan Pelajar SMK Agama Miri.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Yang benar,

 

 

 

..................................................

(                                                )

 

 

Sila serahkan sumbangan ini di Kaunter PIBG. Terima kasih di atas sumbangan anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

© Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri