Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Islam Agama Fitrah
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Agama Buddha juga bertentangan dengan fitrah kerana sesiapa yang serius di dalam agama itru mesti menjadi peminta sedekah kepada masyarakat. Dengan periuk sebiji, berjalan tanpa kasut, pergilah mereka mengutip makanan daripada sesiapa yang ingin memberi. Ini sangat memalukan. Bukankah mengemis itu lambang rendah dan hinanya imej seorang manusia. Agama Buddha juga tidak membenarkan sami-saminya berkahwin. Ini bertentangan dengan kemahuan semulajadi manusia.
  2. Agama Hindu juga sama dengan agama-agama lain, tidak ada syariat atau peraturan yang tertentu yang dapat menjamin kemurnian hidup manusia. Ertinya agama ini tidak dapat memberikan garis panduan yang jelas dan tepat untuk membolehkan seseorang itu mengatur hidup sebagai seorang penganut Hindu. Agamanya hanya berkisar di dalam hal-hal ibadah dan upacara-upacara keramaian. Ia banyak mengambil kaedah hidup agama lain untuk diikuti.

Nyata bahawa agama bikinan akal manusia tidak menjawab semua persoalan dan tidak mampu menyelesaikan semua masalah. Sedangkan Islam sifatnya Universal dan sesuai dengan fitrah.

Firman Allah di dalam Al Quran: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (Tetaplah di atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Ar Rum: 30)

Untuk membuktikan syariat Allah sesuai dengan Fitrah manusia, lihat beberapa contoh :

  1. Manusia ini sifatnya suka menghambakan diri kepada tuannya yang menolong, melindung dan mengambil berat tentangnya. Atau dengan kata lain manusia rela untuk mengabdikan dirinya kepada sesiapa yang dicintainya. Kalau kecintaannya kepada perempuan, maka jadi hambalah ia kepada perempuan itu. Kalau cintanya kepada kereta, maka jadi hambalah kepada kereta itu. Kalaulah cinta atau pautan hatinya kepada nafsu yakni menurut kata nafsu, maka jadilah dia hamba nafsu. Tetapi yang anehnya manusia sangat marah apabila digelar hamba betina, hamba kereta atau hamba nafsu. Fitrah menolak sekalipun sikapnya memanglah betu begitu. Mengapa ? Sebab sememangnya fitrah manusia itu ingin menjadi hamba Allah. Cuba katakan kepada sesiapa sahaja samada Islam atau kafir " Kamu ini hamba Allahlah", nescaya ia akan mengiyakan dengan senang hati. Hal ini adalah kerana fitrah manusia itu memang Allah jadikan untuk menyembahNya.

Firman Allah : "Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah Aku" ( Az Zariat : 56 )

Sememangnya manusia itu diciptakan untuk menyembah Tuhan yang esa. Tetapi kenapa setelah di beri peringatan, manusia semakin lupa dan lalai ? Ini adalah kerana hasutan nafsu dan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia. Mereka lupa Allah dan meninggalkan segala perintah Allah. Namun hati kecil tetap rasa bersalah dan ingin sekali mentaati Allah dan ianya akan bertambah ketara apabila manusia itu berdepan dengan kesusahan hidup dan memerlukan pembelaan daripada sesuatu kuasa. Manusia Ateis yang kononnya tidak percaya Tuhan itu, sebenarnya cuba membuang rasa bertuhan dari hatinya. Tetapi rasa itu tetap tidak akan hilang terutama berdepan dengan saat yang memerlukan pertolongan yang manusia tidak dapat memberikannya dan ketika bersendirian. Mereka sebenarnya menipu diri mereka sendiri. Mereka yang sebegini tidak akan bahagian walaupun hidup di dalam istana, ada kuasa, tahta, wanita dan harta.

Mereka yang percaya kepada Tuhan tetapi tidak kenal tuhan juga ramai. Banyak persoalan yang tidak selesai di dalam fikirannya seperti "Mengapa Tuhan itu tiga dan telah mati sebahagiannya?.". "Mengapa aku mengambil patung atau tokong ini sebagai perantaraan aku dengan tuhan sednagkan tanpa tokong ini juga dapat merasa akan adanya Tuhan." Dan sebagainya. Mereka yang tidak kenal tuhan ini akan mengalami kerunsingan yang tidak dapat ditenteramkan. Dan hasilnya hilanglah bahagia hidup di dunia ini.

Baitullah - Mekah
Baitullah - Mekah
Baitullah - Mekah
Baitullah - Mekah

 

 

 

 

 
Muka 1 | 2 | 3 |
 
 
dipetik dari syukur.com